Wednesday, August 7, 2013

Raya jadi ke esok????

Jadi ke esok raya?? Beria semua org balik kampung, punya la risau tak sempat segala. Cuti sekolah plak kali ni 2 minggu, harus mak pak pun 2 minggu cuti wooo. Hai, kau buat apa tu Cik Kiah kat dapur? Buat menda lagi yang oiii, anyam ketupat. Betul ke anyam ketupat? Ke tgh mengumpat? 

Haa...korang tgh menghadap ketupat nasi ke ketupat palas? Ketupat nasi dari pucu daun kelapa muda, ketupat palas daripada daun palas. Mahal okey kalau nak beli ketupat yang dah sia dianyam seperti dibawah ni. Rasanya ikut kawasan, RM0.50 - RM1.00 setiap satunya.


Sempena ramai tidak tahu menganyam ketupat nasi, sama la cam I yang serba tak tahu ni, korang ikut la step-step ni sampai jadi. Ingat, usaha tangga kejayaan. Tak mula sekarang bila lagi? I mula nanti la, bila anak-anak (double tu nampak) dah besar, belajar sekali harung dengan diaorg. Apa kes nak belajar sorang... hhahahhahahah


Actually gambar dua di atas ni ehsan kekawan yang rajin share via whatsapp. Terima kasih kawan-kawan, I share untuk ilmu bersama juga di sini. Insya Allah memdapat berkat di akhirat.

Ohhh untuk makluman semua, semalam akak LHDN ada ckp yang today semua office LHDN tutup sebab semua kena ambil cuti sempena raya. Harus faham mereka juga seperti kita yang ingin pulang ke kampung menyambut hari raya.

Sayu juga hati, Ramadhan ku tidak sempurna namun ada Ramadhan lagikah tahun hadapan untuk aku? Semoga perkara yang baik mengiringi langkah ku hingga ketemu Ramadhan 1435, insya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: