Tuesday, August 6, 2013

Baju mahal?

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya org bersuka ria

Adik ku manis cantik bergaya
bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemua mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaafan kita bersama
Lupakan sahaja sengketa lama 

Haruslah kan...bercantik-cantik sepanjang Syawal. Last weekend ada la aku menyibuk tgk akak aku beli baju raya untuk anak dia. Setiap orang dapat 2 pasang baju melayu, buat pergi mengaji Quran. Banyak pilihan dah walau untuk kanak-kanak lelaki je pun. Kitaorg tak terjah la Jalan TAR, cukup sekadar Bintang Fashion. Harga mengikut size baju kanak-kanak, kecil dalam RM30++ dan besar sikit dalam RM60++.

Lepas sambar menyambar baju melayu tu, kitaorang masuk la TESCO Kajang. Sibuk la budak-budak tu test samping, songkok bagai semua. Harus aku belikan songkok dan samping untuk bujang aku tu kan. Ddnya waktu beli tu mmg aku tau dah nak balik KL. Pusing-pusing terkejut tgk depan mata baju-baju Orked, rekaan Jovian. Harga? Aku rasa standard harga pasaran pun, RM250++ dan ke atas.

Adoi...kalau aku belum custom-made dah lama aku sambar okey. Ni aku baru lepas habiskan duit RM1k++ hanya untuk bayar 4 pasang baju. Jangan nak mengata aku membazir. Duit berkat gaji aku tu, tak minta Dd pun kali ni (harus bangga dengan kejayaan sendiri kan, tidak meminta...nampak!!) Dengan size ku yang rendang, baik pilih kain, ukur dan tempah. Nanti aku citer perihal 4 pasang baju aku yang d'boom tu yek.



Berbalik pada Orked by Jovian. Design wise mmg modern, semasa gitu ayat mak aku yang sangat rajin judge anak-anak dia pandai bergaya atau tak. Color lebih ke arah paste color, sesejuk warna di mata. Option selendang turut dijual bagai yang berhijab ok. So jimat masa, tak payah nak pergi 2 3 kedai semata nak matchkan. Designer dah tolong fikir dah, tinggal pakai sahaja. Untung-untung, kalau orang lain tu, termasuk aku la, harus berpanas gi kedai Ariani, Aalia, Ratu, Fareeda bagai nak cari sehelai hijab. Tu belum panas orang pandang aku lekeh je. Almaklum aku dengan jeans dan t-shirt masuk kedai jual tudung mahal-mahal. Dia tak tau aku bawak tukang bayar, aku cakap nak ini sure bayar nyer sbb dah malas nak jadi pak pacak tunggu bini pilih. Ha...nampak permainan politik time bulan Ramadhan!!

Tapi cuba korang baca ayat kat bawah ni, kawan dok debat dalam WA...hehhehehheh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: