Friday, August 30, 2013

Monolog pre birthday

Cake from my office for August month of birthday
Happened during Raya celebration on 20 August 2013


Window tinting for my Honda.
Of course it was my husband responsibility to pay for it.


What's next?
Hum...whatever!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 28, 2013

Raya @ Equatorial Melaka

Syawal ke 4 check in Equatorial Melaka
sbb Azizi "cemas"
Yeah...kampung I kat Melaka
don't ask me why why why

Al kisah my toddler sorang ni
mmg suka tidur hotel
masuk je bilik, terloncat2 happy dia
akhirnya mak pak dah sleep
dia dok sorang2 buat apa tah
next morning bila org nak g breakfast
jenuh kejut tak bangun
angkat je la dan letak kat sofa cafe hotel
punya la bising laga pinggan cawan
tapi dia tetap rileks tido


Big breakfast
for I la of course
mmg sedap makanan kat sini


After 12pm, kita pun check out & balik ke KL.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, August 22, 2013

Garuda Indonesia

Korang kan tau aku dah masuk minggu ke 9 meng'zombie'kan diri, ulang alik nun dari Smyh - KL.

Bila aku tahu dan tahu esok maid aku balik, terus sikap malas aku dtg. Dah ada 2 pasang baju kurung untuk dibasuh tgn, selonggok baju untuk dilipat, byk baju untuk digosok.




Esok pukul 8 dah kena tercongok tunggu dia kat KLIA. Ya dong, pesawat nya Garuda Indonesia.

It's ok, aku mmg nak rest cukup2, supaya kemudaan aku terus terpelihara, aku tak nak cepat tua walau usia aku bakal bertambah.

Doakan perjalanan pulang maid aku success, tiada halangan demi kesenangan aku, of course.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan P16,Putrajaya,Malaysia

Thursday, August 8, 2013

Eid Mubarak!

Wah...pagi lagi semua dok bising kat whatsapp dengan ucapan selamat hari raya, gosip pasal si polan-polan, share gambar raya.

Mm bangun tido sangat lambat, mabuk tido je memanjang, dari semalam kritikal betul smp asal dpt kawasan empuk, teruk mata memberat tak tentu pasal.

Walau dah matahari dah tinggi, kami nak gak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.





Mulai esok smp 19 Ogos 2013, off day utk korang semua!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 7, 2013

Raya jadi ke esok????

Jadi ke esok raya?? Beria semua org balik kampung, punya la risau tak sempat segala. Cuti sekolah plak kali ni 2 minggu, harus mak pak pun 2 minggu cuti wooo. Hai, kau buat apa tu Cik Kiah kat dapur? Buat menda lagi yang oiii, anyam ketupat. Betul ke anyam ketupat? Ke tgh mengumpat? 

Haa...korang tgh menghadap ketupat nasi ke ketupat palas? Ketupat nasi dari pucu daun kelapa muda, ketupat palas daripada daun palas. Mahal okey kalau nak beli ketupat yang dah sia dianyam seperti dibawah ni. Rasanya ikut kawasan, RM0.50 - RM1.00 setiap satunya.


Sempena ramai tidak tahu menganyam ketupat nasi, sama la cam I yang serba tak tahu ni, korang ikut la step-step ni sampai jadi. Ingat, usaha tangga kejayaan. Tak mula sekarang bila lagi? I mula nanti la, bila anak-anak (double tu nampak) dah besar, belajar sekali harung dengan diaorg. Apa kes nak belajar sorang... hhahahhahahah


Actually gambar dua di atas ni ehsan kekawan yang rajin share via whatsapp. Terima kasih kawan-kawan, I share untuk ilmu bersama juga di sini. Insya Allah memdapat berkat di akhirat.

Ohhh untuk makluman semua, semalam akak LHDN ada ckp yang today semua office LHDN tutup sebab semua kena ambil cuti sempena raya. Harus faham mereka juga seperti kita yang ingin pulang ke kampung menyambut hari raya.

Sayu juga hati, Ramadhan ku tidak sempurna namun ada Ramadhan lagikah tahun hadapan untuk aku? Semoga perkara yang baik mengiringi langkah ku hingga ketemu Ramadhan 1435, insya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 6, 2013

Issue Bumper Ramadhan #4

Semalam sibuk la semua org dok mengata kitaorg yang masih bekerja. Bukan rajin wei tapi balance cuti tak banyak, dengan hujung tahun nak pergi berjalan satu rombongan Cik Kiah lagi. Harus plan cuti elok-elok.

Ok, as you all knew I kan baru balik dari kursus yang panjang. One good thing about our sidang mate ialah keukhwaan yang terus terjalin sehingga kini. Really appreciate our good relationship so far, insya Allah it will last forever.  

Graphic di bawah disediakan oleh kekawan yang creative, thank you Abg Din. So, ini lah wajah kami ber'54 orang yang bergelak tawa, suka duka, gaduh-gaduh semua.
Salam Aidil Fitri untuk anda ber'53, anda tahu siapa diri anda yang tidak perlu saya sebutkan. Maaf Zahir & Batin.

To Bacti, aku rasa kau je tahu blog aku (saja aku eja nama kau lain sikit supaya bila org buat search tak jmp blog aku ni). Thank you sebab tak bocor rahsia blog aku kepada mereka yang lain. If ada silent reader yang lain, sedikit masa lagi mesti aku tahu. Hhahaha...anyway betul apa kau tulis sebab aku mmg ckp apa aku fikir dan rasa, kemudian aku tak simpan lagi. But nowdays aku sometimes kena tapis apa aku nak cakap, yeahhh...tak semua org boleh terima kita sebagai kita!!

Kepada Yana, Yati & Ida...korang mmg rock!!! Yati dah selamat pun smp kampung di Jitra. Yana mlm ni ke Kluang. Ida masih keje sampai esok. Aku? Lepas sahur esok balik Kuantan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Baju mahal?

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya org bersuka ria

Adik ku manis cantik bergaya
bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemua mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaafan kita bersama
Lupakan sahaja sengketa lama 

Haruslah kan...bercantik-cantik sepanjang Syawal. Last weekend ada la aku menyibuk tgk akak aku beli baju raya untuk anak dia. Setiap orang dapat 2 pasang baju melayu, buat pergi mengaji Quran. Banyak pilihan dah walau untuk kanak-kanak lelaki je pun. Kitaorg tak terjah la Jalan TAR, cukup sekadar Bintang Fashion. Harga mengikut size baju kanak-kanak, kecil dalam RM30++ dan besar sikit dalam RM60++.

Lepas sambar menyambar baju melayu tu, kitaorang masuk la TESCO Kajang. Sibuk la budak-budak tu test samping, songkok bagai semua. Harus aku belikan songkok dan samping untuk bujang aku tu kan. Ddnya waktu beli tu mmg aku tau dah nak balik KL. Pusing-pusing terkejut tgk depan mata baju-baju Orked, rekaan Jovian. Harga? Aku rasa standard harga pasaran pun, RM250++ dan ke atas.

Adoi...kalau aku belum custom-made dah lama aku sambar okey. Ni aku baru lepas habiskan duit RM1k++ hanya untuk bayar 4 pasang baju. Jangan nak mengata aku membazir. Duit berkat gaji aku tu, tak minta Dd pun kali ni (harus bangga dengan kejayaan sendiri kan, tidak meminta...nampak!!) Dengan size ku yang rendang, baik pilih kain, ukur dan tempah. Nanti aku citer perihal 4 pasang baju aku yang d'boom tu yek.



Berbalik pada Orked by Jovian. Design wise mmg modern, semasa gitu ayat mak aku yang sangat rajin judge anak-anak dia pandai bergaya atau tak. Color lebih ke arah paste color, sesejuk warna di mata. Option selendang turut dijual bagai yang berhijab ok. So jimat masa, tak payah nak pergi 2 3 kedai semata nak matchkan. Designer dah tolong fikir dah, tinggal pakai sahaja. Untung-untung, kalau orang lain tu, termasuk aku la, harus berpanas gi kedai Ariani, Aalia, Ratu, Fareeda bagai nak cari sehelai hijab. Tu belum panas orang pandang aku lekeh je. Almaklum aku dengan jeans dan t-shirt masuk kedai jual tudung mahal-mahal. Dia tak tau aku bawak tukang bayar, aku cakap nak ini sure bayar nyer sbb dah malas nak jadi pak pacak tunggu bini pilih. Ha...nampak permainan politik time bulan Ramadhan!!

Tapi cuba korang baca ayat kat bawah ni, kawan dok debat dalam WA...hehhehehheh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 5, 2013

Issue Bumper Ramadhan #3

Faham-faham la korang semua, org yang kerja kat KL ni memanjang stress di atas jalanraya. Kerja kat office tu aku rasa lama-lama kita boleh catch up la kan. Takkan la lambat sangat nak fahamkan kaedah sampai makan tahun. Rata-rata rakyat Malaysia semua pandai membaca, menulis dan mengira (3M).

Dalam aku dok boring layan jem yag tak hingat la Friday, otw nak balik rumah la kan, tengah-tengah mood aku swing-swing gitu tetiba....haishhh, lain macam aje....moh snap pic ni:


Kalau la mata korang tajam bak helang, atau terang bak arnab....cuba korang cari atau teropong apa yang tak betul pada gambar kat atas tu.

Cari sampai jumpa, anggap ini kuiz lunch break korang untuk hari ini.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Lagi pasal Handbag

Yeah, I know Dd already back from his business trip about a week ago. Did you remembered that I'm struggling about 3 hours to short list handbags that potentially he could buy for me? Come on friends, you cannot simply jumped into this topic without knowing the history!!!!

Ekkkkkekkekekekek....he went to bicestervillage and.....and.... klik here to read more story about it.

At the end of the post, I promised to share my "idaman kalbu" handbag in next post. So, are you ready to view my new handbag collection??? Of course dear...pompan mana tak jerit suka dapat high end handbag!

Dan jangan nak mengata aku gila korek duit Dd, high end handbags yang ada kat gobok aku tu bukan item confirm yearly dapat. Mendapat aku kot kalau tiap tahun mintak.

So...I present to all of you my new handbag collection of Year 2013...
.
.
.
teng teng teng
.
.
.
fewiiiiittttttttttttt
.
.
.

Owhhhh...my Gucci!!!!


Welcome to the family dear Gucci. 

Korang nak kata aku gila ke hapa ke...lantak!! I like leather handbag. Gila tahan lama ok...so kalau kedekut jgn nak cebik-cebik muka baca post aku kali ni. Aku rasa la...a bit perasan di sini di mana aku lebih anggun bila ber'handbag'kan Gucci!!!! Hahhahahaha...suka korang gelakkan aku yek.

Owh, baru ku tahu dan aku yakin bos husband aku pasti pernah menyinggah baca blog aku ni. Silent reader kau ye boss. Tak marah, confirm tak marah sbb kalau marah jgn tulis blog kann. Ada ucapan sikit je. Hehehhehe...kalau boleh boss SJ selalu lah bagi husband saya gi oversea, bukan apa, selalu la saya mendapat handbag baru. Yea arr, balik-balik handbag sama je pakai, boring gak. Nak beli kat KL masih mahal, sana dapat la murah cket. Harap boss SJ pertimbangkan la permohonan saya ni. Jgn risau, dia pergi atas kapasiti kerja. Bukan mudah saya nak ngekor ditambah lagi ad hoc style opis you all kan. Tq boss SJ, we love u!!!

Ada gak la member pernah cakap kat Mm, kau beli mahal-mahal nak wat pe. Bukan boleh nak tinggal pada anak pun. Hehhehehe...mmg Mm blum ada princess lagi tapi kalau ada menantu nanti boleh la kasi dia!! Sungguh murni niat kau yea Mm. Sungguh kau ingat menantu kau suka fesyen lama-lama tu??? Dah tu camna aku nak justify permintaan pada Dd. 

Dd...oooo...Dd....bila Channel plak?? Bukan nak wat havoc atau nak menunjuk tapi kalau kita clear apa kita nak, kita akan berusaha ke arah itu. Amin...

Hai Azizi. Itu la phrase yang suka diulang-ulang sejak 2 menjak ni. Azizi ni belajar cakap English drp cartoon dia. Since dia yan excited dgn minyak wangi Mm ni, nah jadi model kejap. Dd bersungguh cari minyak wangi ni sbb kat Malaysia antara yang mahal adalah Chloe. Dd la kata ni range baru minyak wangi tu, See By Chloe. Dd kata lagi, tak murah mana pun...about RM50 je murah berbanding pasaran Malaysia. Actually dengan terbelinya minyak wangi ni bermakna untuk sekian kalinya Dd aka tukang beli minyak wangi utk Mm. Pembelian kali ni atas dasar 'agak-agak'. Terima kasih la yea Dd. Mm? AKu gaji kecik la wei...kalau gaji besar dah lama aku beli macam-macam....hahhahahahahha!





Apa yang boleh dibeli kalau aku kaya? Beli handbag, makeup, baju baru, saloon rambut, beautician, beli emas, kasut, kereta, rumah...macam-macam aku beli termasuk mainan untuk Azizi.

Anyway, thanks Dd. You are awesome!! Handsome lagi anak I, Azizi. Hahhahahahahah


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 3, 2013

Putra Car Wash, Presint 14

Sakit telinga kena kutuk dgn Dd keter Mm kotor. Eleh...kotor pun boleh jalan lagi sana sini. Mmg kotor and yet Mm blum ada kesempatan nak hantar g cuci. Tgk jam pukul 8.47am, terus ajak Dd g usha kedai cuci keter kat Presint 14. Wah, kawasan kat sini dah meriah, sibuk dgn kenderaan keluar masuk.

Lalu dan masuk, satu kali pusing terus masuk kedai ni Putra Car Wash.


Sini kemudahan radio, TV, kipas, lampu, deretan kerusi dan wifi ada.









So, yang nak balik raya tu boleh la singgah sini dulu utk kilat kereta anda!!! Harga sama seperti kedai lain.

Lokasi: No.33, Jln Industri Putra 1, Presint 14, 62050 Putrajaya.


- Posted using BlogPress from my iPhone