Kisah mummy moden dengan 2 hero kesayangan, membahagikan masa karier, keluarga dan pendidikan
Monday, November 30, 2009
Doa aku untuk hari ini...
Amin.
Sunday, November 29, 2009
Kenapa dan Mengapa...
Muka uncle and Nain cam happy. Muka Li bosan, sibuk ajak balik umah. Yang belakang sekali tu nama panggilan anak sedaranya SU, tuan punya PS2 ni. Tapi demi ketenangan rumah TPS, baik la SU redha aje Nain main game kat atas!!
Wednesday, November 25, 2009
Aku kisah apa korang pemandu motor besar jenis hape pun...!
Aku tau korang habis duit banyak beli motor besar, tak kira la motor jenis Jaguh ke, jenis Harley ke, jenis Dataci ke, aku kisah apa...duit korangkan...tapi kalau rasa tak nak guna jalan khas bagi motor, nak gak guna jalan biasa Federal Highway tu, aku minta tolong sangat-sangat bawa motor elok-elok. Jangan terhoyong-hayang sana-sini sebab sibuk cakap dengan orang belakang. Aku tadi rasa macam boleh langgar je si suami dan si isteri atas sebab kecuaian mereka.
Bodoh juga mereka tu!!!
Tuesday, November 24, 2009
Kisah hari terakhir bersama arwah nenek
Mak banyak kali call nak informed dia ke rumah nenek, nenek muntah-muntah semenjak hari Jumaat. Aku ambil keputusan untuk ke rumah nenek selepas habis game hubby.
On the way ke rumah nenek, mak call yang dia on the way nak hantar nenek ke PPUM. So, kami terus u-turn dan menunggu di unit trauma & kecemasan PPUM. Elok kami sampai, ayah pun sampai. Nenek terus di bawa masuk ke bilik kecemasan. Aku dan husband turut serta sekali, IC nenek ada di tangan hubby. Jam pada ketika ini 3.00 petang ++.
Nenek diminta baring di atas katil. Nenek tanya mana bantal, aku maklumkan di hospital ni tak disediakan bantal. Nenek kelihatan diam sahaja. Doktor menanyakan adakah nenek menghidap sakit kencing manis, darah tinggi, etc.
Hubby telah ke bahagian pendaftaran, jadi tinggal aku seorang di situ menemani nenek. Doktor memberikan nenek ubat untuk menstabilkan keadaan dia, dan akan membuat x-ray sebagai langkah pengesahan. Nenek pun tertidur. Kami tunggu di luar.
Mak aii, mana plak nenek aku diorang bawah?? Oh, ke bilik x-ray rupanya. Selepas x-ray, nenek kelihatan lebih segar dan memaklumkan dia haus dan tekak kering tapi perlu berpuasa. Aku n hubby menyenangkan hati dia dengan berkata, mereka dah masukkan air dalam badan nenek, insya-allah cukup. Nanti nenek tanya doktor boleh tak nenek makan, bila doktor datang lawat nenek yea. Aku berborak pendek dengan nenek dan meminta dia berehat, kerana dia telah tidak cukup rehat dari hari Jumaat.
Setelah dimaklumkan keadaan nenek stabil tetapi mereka tempatkan nenek di bilik kecemasan sebagai langkah memerhatikan kestabilan sakit nenek, kami pulang untuk membersihkan diri dan sembahyang. Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.15 malam. Kemudian nurse di situ memaklumkan mereka akan membawa nenek ke wad 7U pada pukul 9.00 malam. Bibik menemani nenek pada malam tersebut. Kemudian, aku pun bersalam dengan nenek buat kali terakhir dan memberi tahu aku pulang dan akan melawatnya esok. Dia mengangguk tanda setuju.
Aku baru sahaja terlelap, mak memanggil memaklumkan doktor meminta semua anak datang dengan segera ke hospital kerana jantung nenek dah tak dapat diselamatkan lagi. Semua terkejut dan bersiap-siap sesegera yang mungkin. Jam pada ketika itu pukul 12.45 malam.
5 minit kemudian, telefon rumah pula berbunyi. Hubby yang mengangkatnya, Bibik menangis mengatakan nenek telah tiada. Hubby meminta Bibik bersabar dan kami akan datang dengan segera.
Kami sampai di PPUM unit trauma dan kecemasan tepat pukul 1.25 pagi. Terus hubby sedekahkan yassin buat nenek. Aku? Aku membantu Bibik mengambil barangnya di wad 7U. ayah pula menguruskan segala urusan terakhir sebelum boleh membawa jenazah pulang.
Jenazah nenek telah di bawa ke Taman Melawati dalam pukul 2.00 pagi ++. Kesemua muka yang ada agak terkejut, apatah lagi akak aku, kerana keadaan nenek stabil sebelumnya.
Dari pengesahan cerita pihak PPUM, jantung nenek telah berhenti sebelum mereka memasukkan nenek ke dalam CT scan. Jadi terjawablah kenapa nenek perlu berpuasa. Dan nenek tidak menyusahkan sesiapa, dia pergi dengan sendirinya dan dia juga yang meminta di masukkan ke hospital.
Aku menangis setelah mencium nenek buat kali terakhir sebelum mereka mengkafan dia sepenuhnya. Aku sudah tidak akan berjumpa nenek lagi selepas ini...itu yang terdetik dihati aku ketika itu...!!
Al-fatihah.
Tuesday, November 17, 2009
Special email from my sis
Sunday, November 8, 2009
Hari terakhir kursus IES VE 5.9
Saturday, November 7, 2009
RM2.00 at Suria KLCC
Friday, November 6, 2009
IES Virtual Environment 5.9 course
Sure korang tertanya-tanya apa tu IES VE kan...??? Jangan nak bohong la...aku tau, sebab software ni blum banyak expert lagi terutama kepada mereka yang bekerja melibatkan isu tenaga.
Ni aku copy dari pop up message bila mula-mula aku klik VE 5.9:
BUILDING DESIGN SOFTWARE FORARCHITECTS, ENGINEERS & BUILDING MANAGERS
Evaluate the performance of the building throughout the design process
- Predict Comfort Conditions
- Examine the Visual Impact
- Satisfy Safety Standards
- Design Services Quickly and Accurately
- Optimise Energy Efficiency
- Control Costs
Using the Virtual EnvironmentBefore you use the building analysis software, you must either create a new project or open up an existing one. Use the dialog which appears at start-up to do this. When you type in a project name, the VE automatically creates a sub-folder of this name which the project will be placed in. You will then be taken into the ModelIT modelbuilding application view.To navigate to different modules within the framework, select the appropriate application groups tab from the side bar. Once selected, you will be able to select the appropriate application by clicking on the application button within each tab. When you open a project, you will be automatically taken to the ModelIT (model building) module. When you've finished creating the model geometry, just navigate to the module you want using the method above
Software Licences.
You will need to obtain software licences for your software from IES. If you haven't done this already, please select 'IES Online', 'Request Licence Keys' and follow the on screen instructions.
Ok, now aku share experience aku dalam masa 2 hari (hari ni hari terakhir aku kursus) sebab sure korang nak tau punya!! Bermula dengan nak construct model, latihan biasa senang aje, macam software itu, macam software ini, tapi bila beri real drawing nak kena follow, ambik ko...pening kepala lagi-lagi nak pastikan stright line, kalau tak intersect plak...frust tonggeng-tonggeng!
Dah agak terror dengan model-model rumah/ bangunan, ha..ni lah masanya nak guna semua ilmu di dada, yang korang tuntut, yang korang tahu ketika kerja, yang korang tahu sebab korang banyak membaca, itu je kot...ada lagi ke??? Sebelum kita run simulation, kita kena masukkan segala properties bahan bina, contohnya wall kita buat dari brick apa, apa heat properties dia, berapa layer, emissivity dia, COP apa, energy efficiency apa, electric watt berapa, blablabalb..bla..
Kemudian baru boleh simulate....so kalau salah insert info, salah beri direction mampus graf kau salah dan nak interpreate apa ha??? So, sambungan hari ini adalah HVAC dan CFD. Aku share lagi lepas ni.
Wednesday, November 4, 2009
Keterujaan aku dalam kerja mekanikal
Monday, November 2, 2009
Weekend yang best!!
Seingat aku, kami tidak lagi mengunjungi dan menghabiskan duit di panggung setelah kahwin. Hutang? Ish...semua orang ada hutang, terutama kereta. Bukan la kitaorg kedekut, cuma masa tak mengizinkan.
Ada je kerja kitaorg hujung minggu. Kalau takde kenduri kahwin, kenduri doa selamat, birthday party, open house, hum...paling tidak kami bekerja di hujung minggu. Sound weird? Takde la, bukan rajin sangat, terpaksa ko....dah takde pilihan. Tak siap kena bambu, dah siap pun kena comment/ bonus sikit/ kenaikan ok2 je!! Realiti hidup sekarang.
Back to my story, aku dah rancang nak tengok papadom movie on 31 Oct 2009. Ini pun atas saranan kawan2 opis, best gila katanya. Aku pun line up a day before kat GSC Mid Valley. Aku book B09 dan B10, Hall ...ish tak ingat! Sebab aku lapar & hubby pun lapar, kami borong popcorn, a cup milo, hotdog 1901 dan twisties.
Kami makan sungguh-sungguh walau takde apa lagi kat screen. Hubby kata, takpe nanti boleh concentrate tgk cerita sebab perut dah kenyang. Punya best makan, then layan cerita. Aku enjoy dan seronok selepas sekian lama tak masuk panggung.
Lepas tonton, makan2 @ San Francisco. Best...siap ada orang tu minum sparkling water! Makan sampai kenyang, balik ZZZZZZZzzzzzzzzZZZzzzzzzz....
Dan...untuk memeriahkan suasana birthday hubby next year, aku nak celeb kat gold class, GSC Mid Valley. Harga? Entah, aku pun tak sure...boleh la sekali sekala bagi kelainan cket dari norm bagi kek, bunga, bear, bola, baju, jam, tali leher, kasut, belanja makan...have to try dude!!