Dulu masa bercinta, agak kerap kami pergi tengok wayang. Pantang ada filem baru, kami la barisan yang memenuhi panggung wayang tu. Dari cerita lawak sampai la ke cerita purba, asal aku atau hubby nak tengok, pantang gi beratur kat Bukit Raja.
Seingat aku, kami tidak lagi mengunjungi dan menghabiskan duit di panggung setelah kahwin. Hutang? Ish...semua orang ada hutang, terutama kereta. Bukan la kitaorg kedekut, cuma masa tak mengizinkan.
Ada je kerja kitaorg hujung minggu. Kalau takde kenduri kahwin, kenduri doa selamat, birthday party, open house, hum...paling tidak kami bekerja di hujung minggu. Sound weird? Takde la, bukan rajin sangat, terpaksa ko....dah takde pilihan. Tak siap kena bambu, dah siap pun kena comment/ bonus sikit/ kenaikan ok2 je!! Realiti hidup sekarang.
Back to my story, aku dah rancang nak tengok papadom movie on 31 Oct 2009. Ini pun atas saranan kawan2 opis, best gila katanya. Aku pun line up a day before kat GSC Mid Valley. Aku book B09 dan B10, Hall ...ish tak ingat! Sebab aku lapar & hubby pun lapar, kami borong popcorn, a cup milo, hotdog 1901 dan twisties.
Kami makan sungguh-sungguh walau takde apa lagi kat screen. Hubby kata, takpe nanti boleh concentrate tgk cerita sebab perut dah kenyang. Punya best makan, then layan cerita. Aku enjoy dan seronok selepas sekian lama tak masuk panggung.
Lepas tonton, makan2 @ San Francisco. Best...siap ada orang tu minum sparkling water! Makan sampai kenyang, balik ZZZZZZZzzzzzzzzZZZzzzzzzz....
Dan...untuk memeriahkan suasana birthday hubby next year, aku nak celeb kat gold class, GSC Mid Valley. Harga? Entah, aku pun tak sure...boleh la sekali sekala bagi kelainan cket dari norm bagi kek, bunga, bear, bola, baju, jam, tali leher, kasut, belanja makan...have to try dude!!
No comments:
Post a Comment