Aku tgh tak keruan, sangat tak keruan sejak dapat berita buruk smlm petang. Sbb aku sedih, aku bantai sorokkan sedih aku dengan mengambil gambar aksi-aksi orang di rumah!!
Sila 'teleng'kan kepala anda 90 darjah ke kiri untuk melihat pic ni!!
Mak aiii...ramai betul penonton. Terror ke 'bujang tak bujang' tu??? Tak plak sakit semua orang ni time main game, heran betul aku daaaa....
Muka uncle and Nain cam happy. Muka Li bosan, sibuk ajak balik umah. Yang belakang sekali tu nama panggilan anak sedaranya SU, tuan punya PS2 ni. Tapi demi ketenangan rumah TPS, baik la SU redha aje Nain main game kat atas!!
Aku? Dah amik gambor so takde la pic nye. Lagi pun muka aku akan reflect hati aku yg hancur, jantung aku yg seakan-akan perlu dihentikan. Bagaimanakah hari esok?? Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya dan aku yakin kepada-Nya jua harus aku mohon pertolongan. Hairan kerana hati tenang tika diri dekat dengan-Nya, dok depan PC ni mcm nak menangis aje rasanya!!!
Semoga semua berjalan lancar esok hari, amin.
No comments:
Post a Comment