Mak aku ada beli satu rumah di Semenyih. Itu pun mak beli di saat dia dah nak pencen. Atas dasar jauh dari kesibukkan kota dan masih boleh sampai KL dalam masa 1 jam (kalau bukan peek hours), mak memilih semenyih.
Dah 5 tahun mak menjelaskan duit rumah tanpa gaji sejak dia diberhentikan kerja sebab dah berusia 56 tahun. Dulu aku ingat lagi dia kata lepas 5 tahun, dia nak aku ambil alih pembayaran rumah dan aku bersetuju.
Bulan May 2009, bank call mak and inform sama ada nak lunaskan terus baki berjumlah RM35000.00 atau ubah pinjaman ke 6%. Ini dah termaktub dalam perjanjian mak aku dan bank. Lama gak mak aku pikir dan kemudian dia bertindak tanya kami:
Jawapan adik aku, entah la mak!
Jawapan aku plak, ha...mak ada seorang anak belajar business study so mak tanya hakam la! Pada aku, dia lebih rasional nak jawab soalan melibatkan kewangan semasa. At last, aku kata oklah, tanya my hubby. Maklumla dia ada gak ambil course insurance, so dari segi untung rugi mungkin lebih bernas.
Jawapan akak aku, ....
Jawapan hubby aku, settlekan terus. Or else kalau tukar kepada 6%, meaning to say rumah ni berbaki lebih RM70000.00.
Jawapan ayah aku pun settle terus.
So, mak aku pun gi bank last week. Siap pihak takaful refund balik RM5000.00. Tah, aku pun tak faham pasal boleh dapat refund. Duit tu boleh digunakan untuk process lawyer dan yang pasti mak aku nak beli almari baru. Aku terus jawab, boleh aje tapi mak kena pikir kat mana nak letak.
Ayah aku pun ada beli sebuah rumah di Melawati. Lama dah, aku rasa 30 tahun yang lepas. Sekarang, rumah tu dijaga oleh akak aku. Yelah, akak aku dok situ ibarat jaga rumah tu lah. Rumah tu pun dah habis bayar. So, akak aku dok FOC. Mmg untung dia kerana tempat kerja dia cuma 5 minutes aje dari rumah.
Aku: Hakam nak rumah mana?
Adik aku: Rumah Melawati.
Aku: Zizie ko nak letak mana? Tapi dia pun nak beli rumah sendiri.
Adik aku: Oh..kalau mcm tu aku pilih semenyih la sbb 2 tingkat, besar sikit. Aku jiran dengan mak ngah!
Aku: Dah tu, siapa nak dok Melawati? Aku pun nak beli rumah sendiri gak! FYI, rumah mak ngah tu nanti jadi rumah Cik Nadz. So, ko jiran dengan Cik Nadz la...tapi jauh plak ko nak gi kerja.
Adik aku: Alah, tak lama lagi ada la link highway to KL. Sedangkan konon kawasan ni aman, tetiba ada TESCO kat depan tu. Lagi pun FOC la dik!!!
Aku: Hampeh....
No comments:
Post a Comment