Soalan untuk hari ini seperti berikut:
1) Namakan negeri-negeri di bawah Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
2) Perjanjian Pangkor adalah peristiwa penting dalam sejarah Tanah Melayu. Kenapa?
3) Mengapakah Rundingan Baling diadakan pada Disember 1955?
4) Apakah tujuan Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada 1955?
5) Di manakah pengumuman tarikh kemerdekaan diadakan?
6) Bilakah dan di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya?
7) Pada tahun berapakah penubuhan negara Malaysia?
8) Apakah tujuan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?
1 comment:
aku bagi jawapan kendian yea..buku dah naik atas!
Post a Comment