Monday, December 7, 2009

Teringat kisah zaman sekolah rendah

Tah kenapa dan mengapa tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan baik semasa di Sek Ren Keb Sultanah Asma. Nama dia HIDAYAH. Ada nur atau siti atau apa2 lagi aku dah tak ingat.

Aku satu kelas dengan dia ketika darjah 4 Setia. Aku dengan tak faham bahasa utara, so agak sukar aku nak fahami apa la yg kawan2 aku ceritakan ni. So, aku pun berkawan dengan kawan 1 kelas macam biasa.

Sebaik naik darjah 5, aku kena masuk kelas 5 Sedia. Walhal, kawan2 aku yg lain semua masih di dalam satu kelas. Aku yang naif ni sempat berkata pada HIDAYAH, "...nanti time recess (rehat) jumpa aku di kantin. Kita makan sama2." Bila tiba time rehat, ada seorang kawan aku yang lain menyatakan, "Dayah dah tak mau kawan denga hang, hang budak pandai, dia kelas last...dia saja tak mau jumpa hang kat kantin ni sbb dia malu nak kawan dengan orang pandai."

Sejak hari itu, aku pun sudah tidak berkawan dengan dia lagi. Kenapa aku tetiba teringatkan cerita ini? Pelikkan...............

Friday, December 4, 2009

Gambor terbaru aku @ PMO


Nampak slim, walhal dah berlemak sana sini. Tapi paling ketara pipi, dah chubby balik!! Kalau tanya hubby, sure heboh jawapan dari dia. Samada dia akan mengata aku dah gemuk atau orang dah senang hati sekarang. Betul ke aku senang hati? Tak juga kerana aku harus menjalani kehidupan ini yang penuh onak dan duri. Kalau nak kira aku ni engineer, boleh la sbb aku pun dah successfully register under BOE Malaysia.

Tuesday, December 1, 2009

Syukur atas kasih sayang yang diberikan olehNya

Alhamdulillah, aku tenang menghadapi masalah di SPS UTM. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah menulis surat rasmi untuk memohon penagguhan semester. Nampak senang tapi bila mencari mc yang tak muncul jua, terpaksa aku susahkan rakan2 di opis lama.

Mengikut perancangan, nak settle by today tapi esok jua baru aku boleh selesaikan perkara tersebut 100%. Jangan lalai lagi sehingga terlupa kepentingan sesuatu pekerjaan itu.

Doa aku untuk hari ini semoga aku efektif bekerja sehingga tamat waktu kerja pejabat, tak mengantuk atau sakit, dan aku memohon agar kerja yang aku lakukan adalah cemerlang mengikut landasan yang betul, Amin.

Monday, November 30, 2009

Doa aku untuk hari ini...

Ya Allah, aku memohon keberkatan mu untuk memudahkan segala cabaran yg harus aku tempuhi di SPS UTM hari ini. Aku mohon agar aku masih diberi peluang untuk menyelesaikan apa yang aku tidak selesaikan lebih 1 thn yg lalu, beri aku kekuatan dan kecekalan untuk menyudahkan ianya.

Amin.

Sunday, November 29, 2009

Kenapa dan Mengapa...

Aku tgh tak keruan, sangat tak keruan sejak dapat berita buruk smlm petang. Sbb aku sedih, aku bantai sorokkan sedih aku dengan mengambil gambar aksi-aksi orang di rumah!!


Sila 'teleng'kan kepala anda 90 darjah ke kiri untuk melihat pic ni!!

Ni anak bongsu (buat masa ni lah yea, masa depan aku tak sure!!) akak aku. Nickname dia Afiq. Pada aku dia ni jahat gila, suka buli abe no.2 sbb abe no.2 tak lawan balik, redha aje apa budak ni buat pada dia. Punya la nakal.....mak aiii, rambut bibik pun boleh ditarik sekuat hati tanda protes!!

Mak aiii...ramai betul penonton. Terror ke 'bujang tak bujang' tu??? Tak plak sakit semua orang ni time main game, heran betul aku daaaa....

Muka uncle and Nain cam happy. Muka Li bosan, sibuk ajak balik umah. Yang belakang sekali tu nama panggilan anak sedaranya SU, tuan punya PS2 ni. Tapi demi ketenangan rumah TPS, baik la SU redha aje Nain main game kat atas!!

Aku? Dah amik gambor so takde la pic nye. Lagi pun muka aku akan reflect hati aku yg hancur, jantung aku yg seakan-akan perlu dihentikan. Bagaimanakah hari esok?? Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya dan aku yakin kepada-Nya jua harus aku mohon pertolongan. Hairan kerana hati tenang tika diri dekat dengan-Nya, dok depan PC ni mcm nak menangis aje rasanya!!!

Semoga semua berjalan lancar esok hari, amin.

Wednesday, November 25, 2009

Aku kisah apa korang pemandu motor besar jenis hape pun...!

Apa punya hal pagi-pagi orang syok sendiri atas jalan. Aku tau semua orang bayar income tax, semua orang ada bayar road tax tapi itu bukan la lesen korang nak buat perangi suka hati atas jalan. Aku pun bukan terror sangat tapi kalau action korang tu dah menyusahkan orang lain, bukankah itu sudah mengganggu ketenteraman orang lain?

Aku tau korang habis duit banyak beli motor besar, tak kira la motor jenis Jaguh ke, jenis Harley ke, jenis Dataci ke, aku kisah apa...duit korangkan...tapi kalau rasa tak nak guna jalan khas bagi motor, nak gak guna jalan biasa Federal Highway tu, aku minta tolong sangat-sangat bawa motor elok-elok. Jangan terhoyong-hayang sana-sini sebab sibuk cakap dengan orang belakang. Aku tadi rasa macam boleh langgar je si suami dan si isteri atas sebab kecuaian mereka.

Bodoh juga mereka tu!!!

Tuesday, November 24, 2009

Kisah hari terakhir bersama arwah nenek

Sabtu lepas, aku demam. Hubby pula ada game bowling di Mid Valley, so aku ambil keputusan ke klinik di situ sahaja. Hidung aku pun dah start tersumbat, jadi wujud ketidak selesaan di dalam diri. Mengikut kata wife kawan hubby yg bekerja sebagai doktor, pengambilan vitamin C sudah mencukupi, so kalau malas nak jumpa doktor tu boleh la amalkan kaedah ni jika keadaan di peringkat baru demam.

Mak banyak kali call nak informed dia ke rumah nenek, nenek muntah-muntah semenjak hari Jumaat. Aku ambil keputusan untuk ke rumah nenek selepas habis game hubby.

On the way ke rumah nenek, mak call yang dia on the way nak hantar nenek ke PPUM. So, kami terus u-turn dan menunggu di unit trauma & kecemasan PPUM. Elok kami sampai, ayah pun sampai. Nenek terus di bawa masuk ke bilik kecemasan. Aku dan husband turut serta sekali, IC nenek ada di tangan hubby. Jam pada ketika ini 3.00 petang ++.

Nenek diminta baring di atas katil. Nenek tanya mana bantal, aku maklumkan di hospital ni tak disediakan bantal. Nenek kelihatan diam sahaja. Doktor menanyakan adakah nenek menghidap sakit kencing manis, darah tinggi, etc.

Hubby telah ke bahagian pendaftaran, jadi tinggal aku seorang di situ menemani nenek. Doktor memberikan nenek ubat untuk menstabilkan keadaan dia, dan akan membuat x-ray sebagai langkah pengesahan. Nenek pun tertidur. Kami tunggu di luar.

Mak aii, mana plak nenek aku diorang bawah?? Oh, ke bilik x-ray rupanya. Selepas x-ray, nenek kelihatan lebih segar dan memaklumkan dia haus dan tekak kering tapi perlu berpuasa. Aku n hubby menyenangkan hati dia dengan berkata, mereka dah masukkan air dalam badan nenek, insya-allah cukup. Nanti nenek tanya doktor boleh tak nenek makan, bila doktor datang lawat nenek yea. Aku berborak pendek dengan nenek dan meminta dia berehat, kerana dia telah tidak cukup rehat dari hari Jumaat.

Setelah dimaklumkan keadaan nenek stabil tetapi mereka tempatkan nenek di bilik kecemasan sebagai langkah memerhatikan kestabilan sakit nenek, kami pulang untuk membersihkan diri dan sembahyang. Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.15 malam. Kemudian nurse di situ memaklumkan mereka akan membawa nenek ke wad 7U pada pukul 9.00 malam. Bibik menemani nenek pada malam tersebut. Kemudian, aku pun bersalam dengan nenek buat kali terakhir dan memberi tahu aku pulang dan akan melawatnya esok. Dia mengangguk tanda setuju.

Aku baru sahaja terlelap, mak memanggil memaklumkan doktor meminta semua anak datang dengan segera ke hospital kerana jantung nenek dah tak dapat diselamatkan lagi. Semua terkejut dan bersiap-siap sesegera yang mungkin. Jam pada ketika itu pukul 12.45 malam.

5 minit kemudian, telefon rumah pula berbunyi. Hubby yang mengangkatnya, Bibik menangis mengatakan nenek telah tiada. Hubby meminta Bibik bersabar dan kami akan datang dengan segera.

Kami sampai di PPUM unit trauma dan kecemasan tepat pukul 1.25 pagi. Terus hubby sedekahkan yassin buat nenek. Aku? Aku membantu Bibik mengambil barangnya di wad 7U. ayah pula menguruskan segala urusan terakhir sebelum boleh membawa jenazah pulang.

Jenazah nenek telah di bawa ke Taman Melawati dalam pukul 2.00 pagi ++. Kesemua muka yang ada agak terkejut, apatah lagi akak aku, kerana keadaan nenek stabil sebelumnya.

Dari pengesahan cerita pihak PPUM, jantung nenek telah berhenti sebelum mereka memasukkan nenek ke dalam CT scan. Jadi terjawablah kenapa nenek perlu berpuasa. Dan nenek tidak menyusahkan sesiapa, dia pergi dengan sendirinya dan dia juga yang meminta di masukkan ke hospital.

Aku menangis setelah mencium nenek buat kali terakhir sebelum mereka mengkafan dia sepenuhnya. Aku sudah tidak akan berjumpa nenek lagi selepas ini...itu yang terdetik dihati aku ketika itu...!!

Al-fatihah.