Rasanya Mm belum pernah ulas pengalaman x-ray peranakan/ rahim. Dan disebabkan dah berjanji dengan Dd, sebab kawan dia segan nak tanya Mm hal ni.
X-ray ini dijalankan pada penghujung tahun 2008, so kalau advance technology selepas itu mungkin pengalaman Mm dan anda berbeza.
Kenapa buat x-ray?
Selepas beberapa ujian dan pemantauan doc Hamid terhadap kes Mm, yelah diberi makan ubat subur pun tak menandakan apa-apa hasil maka doc Hamid advice untuk melakukan satu lagi pemeriksaan fizikal ke atas rahim. Tiada paksaan cuma bila kita cepat mengetahui root cause, doc Hamid boleh merawat Mm dengan betul.
Bacaan sebelum membuat x-ray?
Nurse di klinik doc Hamid tak advice Mm untuk really discover proses x-ray. Mungkin jika kita terlalu stress, kita takut dan akhirnya tarik diri...menyerah kalah sebab takut sakit. So yang banyak buat research pasal x-ray ni of course my husband (2 thumbs up).
Proses x-ray?
1. Mendaftar dengan dada yang berdebar-debar.
2. Salin pakaian dan sangat tidak digalakkan memakai barang kemas ke klinik pada hari berkenaan.
3. Baring di katil yang disediakan. Sila mata tu jgn nak gatal-gatal intai barangan yang digunakan.
4. Procedure klinik memasukkan tube. Jangan tahan nafas ketika ini, hanya mengundang kesakitan kali kedua sebab kena keluarkan balik tube dan masukkan semula.
5. Sedikit rasa tidak selesa bila ubat dimasukkan. Ubat ini adalah untuk memastikan tiada sumbat atau bocor pada tiub fallopian.
6. Kita akan dipusingkan kepada posisi mengiring untuk diambil gambar x-ray dalam kedudukan berbaring.
7. Selesai procedure, tukar baju kembali. Dinasihatkan membawa tuala wanita bersama pada hari tersebut.
8. Diberi mc untuk 2 hari, berehat secukupnya bersama gambar x-ray dan report.
Apa berlaku selepas x-ray?
Ada kes yang kawan Mm sendiri alami, bila klinik x-ray discover tiub fallopian sempit maka ubat akan dimasukkan supaya % persenyawaan untuk berlaku meningkat.
Mm sendiri semuanya ok, alhamdulillah. Cuma kedudukan rahim kebelakang (bahasa org tua kita) sahaja.
Next appointment dengan doc Hamid kena bawa x-ray dan report yang dibekalkan oleh klinik x-ray.
Kebenaran disebalik pengalaman ini?
Insya-Allah jika kita berusaha untuk dapat anak, kita mampu menempuh pemeriksaan ini. Think positive. Memang sakit kerana ada benda yang dipaksa masuk ke tubuh kita, sedangkan terhiris pisau di jari pun sakit. Selepas itu, jaga pemakanan dan en suami sila memahami kesakitan yang ditanggung isteri ketika mc tu. Jangan la nak suruh masak bagai kan...
No comments:
Post a Comment