Tuesday, May 15, 2012

Table Manner

Alhamdulillah, toddler Azizi tiada masalah bila diminta duduk di high chair unless dia baru lepas kena tegur sebab buat kesalahan or baru lepas menangis sebab lapar sangat, macam kat KL Bird Park tu.



Seringkali parents mesti dengan mudah bercakap yang anak dia
  • tak mahu duduk
  • nanti bersepah la, nasi berterabur
  • bukan nak makan, lebih main-main aje
tapi itulah halangan yang dicipta dan tanda menyerah yang jelas daripada diri parents itu sendiri.

Seawal toddler Azizi pandai duduk, terus Dd belikan high chair, begitu juga atok. Dalam kes toddler Azizi, sedari kecil Mm & Dd kalau makan mesti invite dia sekali duduk semeja. Apa anak kecil berusia kurang setahun reti buat atau faham duduk semeja beramai-ramai menghadap makanan? 

Bukan duduk aje, lepas tu biar anak tu pandai-pandai layan diri sendiri. Kebiasaannya Dd akan makan dahulu dengan kadar segera sementara Mm layan toddler Azizi. Mm biasanya akan suap dia makan dari pinggan sama jenis pinggan orang dewasa. Yang lebih baik, sediakan satu pinggan kecil bersesuaian dengan usia anak dan diletakkan sayur bersaiz figer food untuk latihan memegang makanan dan pembelajaran table manner secara tidak langsung.

Lagi satu kesalahan always parents nak mudah, boleh melantak cepat sebab perut dah berbunyi...apa dia? Ambil satu pinggan, letak segala benda suruh anak makan. Satu pinggan lagi, bubuh segala benda parents makan at the same time. Lepas parents dah kenyang gila, dah gembira siap gelak-gelak...then baru nak tengok anak...masya-Allah, nasi bersepah atas lantai, baju, muka comot...baru nak suap anak makan dan lebih tragis anak mula bosan dan refuse nak makan...kemudian parents salahkan anak, dia mmg tak suka makan. Yang jelas, di minda anak-anak ketika di meja makan pun adalah medan permainan. Makanan itu adalah bahan mainan, nanti aku dapat susu kenyang juga. Kena banyak bersabar dan tahan lapar nak jadi ibu bapa yea...bukan mudah...!

Kalau nasi jatuh, kutip dan ketepikan. Sup meleleh dibibir, terus dilap dengan lembut. Sambil tu selitkan majlis ilmu sedikit...introduce fish, vegetable, rice, etc. Latest Dd mulakan dengan bacaan doa makan dan alhamdulillah toddler pandai tadah tangan sambil senyum. Semua ini akan direkodkan dengan baik diminda anak-anak.

Mm & Dd memang jarang nak marah-marah toddler Azizi di meja makan. Mm paling tidak suka suasana hiba ada dalam diri toddler Azizi padahal perut lapar dan nak makan. Mm cuba tegur dengan baik bila aksi toddler Azizi berlebihan ibarat nak main dari makan. Always...Mm akan kata makan dulu then baru main.

Satu pantang Mm, nama pun memberi anak kecil makan tetapi diperhatikan ada mommy yang ambil nasi dan lauk dalam kuantiti yang banyak. Siap ada kadang tu tanya, nak banyak ke nak sedikit. Pandangan Mm, tak perlu nak membazir nasi/lauk dan nak tanya soalan basi-basi tu. Ingat, memori anak-anak tu super duper hebat. Sebagai orang tua, kita selayaknya pandai nak justify keperluan nasi/ lauk mengikut berat badan dan keperluan anak-anak. Contohnya, kalau baru 1 jam yang lepas beri minum susu 6 oz, do you think your child could finish 1 scoop of rice now? Salah ke kalau nak tambah lagi sedikit nasi/ lauk bila dah habis?

If Mm terlalu lapar, then Mm akan minta permission toddler Azizi untuk Mm makan dulu cepat-cepat. Then Mm suap dia pula. Selalunya dia OK terutamanya dia ada kawan dan sedang bermain. Cuma kalau ada ketam, Mm mesti kena marah dengan toddler Azizi sebab makan lama sangat....rasanya mcm dia nak kata nak gemuk ke Mm makan lama-lama?

Yang baik Mm & Dd praktik kan boleh dijadikan panduan...insya Allah usaha  membesarkan anak terbaik dipermudahkan, Amin. 

No comments: