Wednesday, May 9, 2012

Tonsillitis

Semalam Mm & Dd terpaksa EL, bawa toddler Azizi ke klinik akibat demam panas. Suhu dia pada pukul 5.50 pagi adalah 38.1 degree. Padan pada malamnya toddler Azizi banyak bergantung pada Mm. Selalunya Mm akan rasa panas di mulut sekiranya dia demam tapi kali ini tidak. Semua stok ubat sedia ada dah expired (melebihi 3 bulan).

Hasil pemeriksaan Doc Afifah mendapati toddler Azizi memang demam, lebih kurang 37.6 degree dan pemeriksaan lanjut mendapati dia ada tonsillitis tahap 2. Yea, normal kalau demam mesti tekak dia sakit. But now tahap 2. Doc inform kalau tiada langkah pencegahan diambil, akan setiap bulan toddler Azizi jatuh sakit iaitu demam.

Dari dulu lagi sememangnya Doc berpesan boost Vit.C tapi bukan mudah yea, scott emulsion perisa oren & asli senang-senang direject tekak toddler Azizi. Yang boleh jus buah-buahan dan fresh fruit cut. Oleh sebab baik buah oren atau apa-apa berkaitan oren telah dipangkah oleh toddler Azizi, Doc sarankan gold kiwi yang mana kandungan Vit.C lebih tinggi berbanding oren.

Sukatan ubat ketika ini 3.3ml untuk setiap 6 jam. Jenuh juga nak memujuk bujang kesayangan untuk makan ubat dengan rela hati. Buat masa ini hanya Paracetamol je perlu diberikan kerana selesema dan batuk tiada. Ke'terror'an memuntahkan ubat dan segala isi perut adalah keupayaan toddler Azizi. Jenuh juga Mm & Dd berperang untuk beri makan ubat.

Doc beri masa sehingga Khamis, kalau tak reda mungkin kena ambil darah sebelum dibekalkan antibiotik. Dan untuk memberi antibiotik bukan kegemaran Doc, begitu juga Mm & Dd. Dan pagi ini, sebelum ke pejabat Mm dah beri toddler Azizi ubat pada pukul 7 pagi. Suhu dia pun dah turun kepada 36.9 degree. Hope momentum ke arah sihat terus diusahakan, tak mahu hantar toddler Azizi ke hospital.

Dari segi selera, setakat ini dia masih enjoy makan nasi, ice cream vanilla dan yogurt. Kekacang dan keropok dia tak mau, mungkin tekak sakit.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tonsillitis, sila layari doc1 dan doc2.

No comments: