Wednesday, May 30, 2012

Baby Crayon


Semalam terfikir memberi pendedahan terbaru kepada toddler Azizi..
Ibarat new discovery untuk dia la kann..
Since rumah kami tinggi melangit,
of course tak boleh nak ber'camping site' bagai..
Ok..ok..
new excitment untuk toddler berusia 1 tahun 8 bulan..

Apa dia kan...

think..

think..

Heheheh..nak introduce inilah


tapi...kena beli meja belajar dulu
kerusi dan meja yang sesuai untuk usia toddler Azizi

karang meniarap la...
posisi yg tak sihat untuk perkembangan toddler
terconteng sana sini...dinding rumah free ada lukisan pulak, kerusi Mm comot...
haishh...
tgk tetap put barrier walhal perkembangan anak sendiri...

Now difikiran Mm adalah
pembelian meja dan kerusi di Mothercare
crayon di Toy R Us
kertas A4 Dd dlm kabinet rumah

nota: gambar ihsan google image

Tuesday, May 29, 2012

Datuk Seri Syed Zainal Abidin

Bertiup kencang MD Proton bakal letak jawatan before this, dan malam ini segala spekulasi terjawab dengan statement dikeluarkan pihak Proton tersebar luas.

Sedar atau tidak pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh beliau selaku MD Proton. Banyak juga pembahruan diketengahkan, suka atau tidak sangat subjektif cuma beliau telah menjalankan amanah itu sebaik mungkin.

Mm bukan big fan dia, cuma sedikit pandangan atas kejayaan yg beliau telah lakarkan kepada Proton.

If kawan Mm yang keje kat Proton said goodbye my big boss, Mm pula nak ckp mungkin Proton kehilangan boss yang bagus dan next MD harus lebih berjaya melonjak nama Proton kehadapan. Gila besar cabaran itu...but insya Allah boleh jika right people at right time & place.

To Datuk Seri, enjoy your retirement day.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Hadiah

Benda simple tetapi kadang tu kena marah jugak Dd dgn Mm, sebab kebas wayar iPhone.

Murah tak murah RM9 tapi yang tak boleh tak layan tu warna pink.
Dd beli kat Grupon (betul ke ejaan tu, aissshhh memanjang tak sure) colour pink, blue & green.

Yang comel tu bgn tidur, Mm laju je tuju dapur nak wat bolognese utk toddler Azizi.
Tetiba kena tahan dgn Dd sambil tersengih hulur wayar pink.
Ter'blur' kejap tapi respond minta Dd letak tepi iPhone, punya la tak romantik ko ni Mm.

Apo nak romantik kalau mulut busuk, cisss...




Tq Dd, wayar ni hadiah anniversary kannn.
Spt yg diarahkan, kedudukan ia di dalam kereta Honda.

Monday, May 28, 2012

Sayang toddler Azizi

Hari ini sebelum melangkah kaki ke pejabat, sayu rasa tengok toddler Azizi. Rindu di hati bila terkenang dia terbangun nanti tak nampak Mm & Dd.

Sebab rindu yang meluap-luap, Mm nak cerita hal toddler Azizi. Ok, kita bercerita akan kegemaran toddler Azizi.

1. Suka pakai baju berlubang-lubang. Sampaikan Mm & Dd selalu kata seksi la, nampak kaki semua. Mungkin itu adalah baju yang paling dia selesa.

2. Suka Teletubbies. Gelak mengekek-ngekek. Sebab dah subscribe HyppTv, maka jadual tengok Teletubbies pun Mm & Dd kena hafal.

3. Suka makan kacang. Dah friends dengan Atok, Dd...maka suka makan kacang.

4. Suka main periuk belanga Mm. Haishhh...Mm dah lama off dapur tapi toddler Azizi setia masak untuk seekor bear kat rumah tu.

5. Suka makan nasi. Macam org Jawa.

Friday, May 25, 2012

Our 5th anniversary





My dear husband,

Thank you for choosing taking me  as into your life partner and sharing your life too with me.
My Allah blesses us, loving our family till the last breath.




Thursday, May 24, 2012

Tomyam Kung, Presint 15, Putrajaya

Pada tekak Mm, tidak sedap mana pun walau harga lebih mahal.

Ketika nasi dah habis



Cuba fikir kenapa masih byk lagi
lauk-lauk di atas meja....




ikan ni kami order stim asam limau
hanyir masih terasa
dah la dah sejuk kuahnya bila lauk ni smp di meja
mmg bukan asam limau
tah apa resepi dia belasah tah



sayur pula
udang tak segar, lembik tu... 
pedas sbb lada hitam aje haaa
rasa kuah tu langsung out..
tah apa dimasaknya!

Ok, Mm pun tak reti masak
tapi tau tinggi rendah keupayaan diri!
tak la makna nak dera org makan
masakan yg tah apa-apa dari Mm...

Wednesday, May 23, 2012

X-ray peranakan wanita

Rasanya Mm belum pernah ulas pengalaman x-ray peranakan/ rahim. Dan disebabkan dah berjanji dengan Dd, sebab kawan dia segan nak tanya Mm hal ni.

X-ray ini dijalankan pada penghujung tahun 2008, so kalau advance technology selepas itu mungkin pengalaman Mm dan anda berbeza.

Kenapa buat x-ray?
Selepas beberapa ujian dan pemantauan doc Hamid terhadap kes Mm, yelah diberi makan ubat subur pun tak menandakan apa-apa hasil maka doc Hamid advice untuk melakukan satu lagi pemeriksaan fizikal ke atas rahim. Tiada paksaan cuma bila kita cepat mengetahui root cause, doc Hamid boleh merawat Mm dengan betul.

Bacaan sebelum membuat x-ray?

Nurse di klinik doc Hamid tak advice Mm untuk really discover proses x-ray. Mungkin jika kita terlalu stress, kita takut dan akhirnya tarik diri...menyerah kalah sebab takut sakit. So yang banyak buat research pasal x-ray ni of course my husband (2 thumbs up).

Proses x-ray?

1. Mendaftar dengan dada yang berdebar-debar.
2. Salin pakaian dan sangat tidak digalakkan memakai barang kemas ke klinik pada hari berkenaan.
3. Baring di katil yang disediakan. Sila mata tu jgn nak gatal-gatal intai barangan yang digunakan.
4. Procedure klinik memasukkan tube. Jangan tahan nafas ketika ini, hanya mengundang kesakitan kali kedua sebab kena keluarkan balik tube dan masukkan semula.
5. Sedikit rasa tidak selesa bila ubat dimasukkan. Ubat ini adalah untuk memastikan tiada sumbat atau bocor pada tiub fallopian. 
6. Kita akan dipusingkan kepada posisi mengiring untuk diambil gambar x-ray dalam kedudukan berbaring.
7. Selesai procedure, tukar baju kembali. Dinasihatkan membawa tuala wanita bersama pada hari tersebut.
8. Diberi mc untuk 2 hari, berehat secukupnya bersama gambar x-ray dan report.






Apa berlaku selepas x-ray?

Ada kes yang kawan Mm sendiri alami, bila klinik x-ray discover tiub fallopian sempit maka ubat akan dimasukkan supaya % persenyawaan untuk berlaku meningkat.
Mm sendiri semuanya ok, alhamdulillah. Cuma kedudukan rahim kebelakang (bahasa org tua kita) sahaja.
Next appointment dengan doc Hamid kena bawa x-ray dan report yang dibekalkan oleh klinik x-ray.

Kebenaran disebalik pengalaman ini?

Insya-Allah jika kita berusaha untuk dapat anak, kita mampu menempuh pemeriksaan ini. Think positive. Memang sakit kerana ada benda yang dipaksa masuk ke tubuh kita, sedangkan terhiris pisau di jari pun sakit. Selepas itu, jaga pemakanan dan en suami sila memahami kesakitan yang ditanggung isteri ketika mc tu. Jangan la nak suruh masak bagai kan...


Monday, May 21, 2012

Jualan Murah

Dd tak suka tapi barang banyak dan tiada space nak simpan lagi.
Sayang? Of course tapi kita kena realistic pada tempat dan masa nya.
Next? Mestilah nak...kalau boleh girl.


Ok...korang tak faham.
Cuba nak faham?
Ok, korang memang baik dengan I...


Macam ni....


I bercadang nak buat clearance barangan bayi yang dipunyai oleh toddler Azizi.
Yes...my only toddler at this point of time!


Ada few things yang I dok kira-kira nak let go.
Btw, jgn mimpi nak stroller dia sebab mmg mahal dan kalau bagi
50% off pun sure you all lagi sanggup beli yang baru.
Mesti ada ckp baik beli Combi stroller baru kat kedai...
Bukan nak menunjuk tapi stroller tu sangat boleh di'adjust' ikut kesesuaian kita.


Dan memang banyak sangat baju nyer...
errr...mmg separuh dah derma pada anak Orang Asli...
yang pasti jeans pun ada...
cuma origional Jeans Levis from Paris tu...
kalau ada yang berani beri harga & dipersetujui, baru deal yea...
siap Dd bising ada yang tak dipakai lagi...
dah tu konsep menang beli, gagal pakai nak wat camna!


Apa nama blog nyer?
Ok ke...Mummy Eliyazz Eyes'

Yes...agree kita kena declare elok-elok...
kalau dah fade, declare fade colour...

mainan pun nak let go jugak...
sebab nak beli table & chairs and of course kena ada space
tapi I berkenan Mothercare punya la Dd...

Sunday, May 20, 2012

Starbucks Coffee

Berita baik kepada penggemar kopi Starbucks. 50% pada hari Rabu & Jumaat.

Tak percaya? Nah...buktinya:



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 16, 2012

Hadiah dari Indonesia

Best jadi toddler Azizi, selalu dapat present dari kawan-kawan Dd.
Yang ni hadiah dari Uncle Iman & keluarga.
Mm pula tak pernah bertanya nama Aunty.
Btw, aunty adalah cikgu...maka kita ucapkan Selamat Hari Guru.

Baju tido...tertulis Aku Anak Profesional...
Ok...Dd mmg masuk kategori profesional...
Mm kategori elit....hahhahahah



Ha...ni mmg toddler Azizi kena usaha untuk
jadi lebih baik daripada Mm & Dd



Mm like Ganteng...maksudnya hensem
Hahhahahha....
p/s: Toddler Azizi tidur berdengkur hari ni, Mm pusingkan sedikit posisi tidur. Adakah petanda tonsillitis?

Tuesday, May 15, 2012

Fasha Sandha hamil




Mm ucapkan tahniah kepada Fasha. Mm bukan peminat setia, bila terbaca di BH bahagian Hip hari ini, terpanggil untuk menyampaikan ucapan tahniah itu.

Apa pun pandangan orang, kita memang tidak boleh puaskan hati semua pihak. Yang penting, niat empunya diri. Namun, kita harus sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Bukan mudah untuk menjadi ibu kerana tanggungjawab menjaga anak adalah amanah kepada seorang ibu. Bila Fasha positive bermakna dia telah bersedia, insya Allah akan dipermudahkan. Banyakkan berehat dan jaga diri baik-baik.

Table Manner

Alhamdulillah, toddler Azizi tiada masalah bila diminta duduk di high chair unless dia baru lepas kena tegur sebab buat kesalahan or baru lepas menangis sebab lapar sangat, macam kat KL Bird Park tu.



Seringkali parents mesti dengan mudah bercakap yang anak dia
  • tak mahu duduk
  • nanti bersepah la, nasi berterabur
  • bukan nak makan, lebih main-main aje
tapi itulah halangan yang dicipta dan tanda menyerah yang jelas daripada diri parents itu sendiri.

Seawal toddler Azizi pandai duduk, terus Dd belikan high chair, begitu juga atok. Dalam kes toddler Azizi, sedari kecil Mm & Dd kalau makan mesti invite dia sekali duduk semeja. Apa anak kecil berusia kurang setahun reti buat atau faham duduk semeja beramai-ramai menghadap makanan? 

Bukan duduk aje, lepas tu biar anak tu pandai-pandai layan diri sendiri. Kebiasaannya Dd akan makan dahulu dengan kadar segera sementara Mm layan toddler Azizi. Mm biasanya akan suap dia makan dari pinggan sama jenis pinggan orang dewasa. Yang lebih baik, sediakan satu pinggan kecil bersesuaian dengan usia anak dan diletakkan sayur bersaiz figer food untuk latihan memegang makanan dan pembelajaran table manner secara tidak langsung.

Lagi satu kesalahan always parents nak mudah, boleh melantak cepat sebab perut dah berbunyi...apa dia? Ambil satu pinggan, letak segala benda suruh anak makan. Satu pinggan lagi, bubuh segala benda parents makan at the same time. Lepas parents dah kenyang gila, dah gembira siap gelak-gelak...then baru nak tengok anak...masya-Allah, nasi bersepah atas lantai, baju, muka comot...baru nak suap anak makan dan lebih tragis anak mula bosan dan refuse nak makan...kemudian parents salahkan anak, dia mmg tak suka makan. Yang jelas, di minda anak-anak ketika di meja makan pun adalah medan permainan. Makanan itu adalah bahan mainan, nanti aku dapat susu kenyang juga. Kena banyak bersabar dan tahan lapar nak jadi ibu bapa yea...bukan mudah...!

Kalau nasi jatuh, kutip dan ketepikan. Sup meleleh dibibir, terus dilap dengan lembut. Sambil tu selitkan majlis ilmu sedikit...introduce fish, vegetable, rice, etc. Latest Dd mulakan dengan bacaan doa makan dan alhamdulillah toddler pandai tadah tangan sambil senyum. Semua ini akan direkodkan dengan baik diminda anak-anak.

Mm & Dd memang jarang nak marah-marah toddler Azizi di meja makan. Mm paling tidak suka suasana hiba ada dalam diri toddler Azizi padahal perut lapar dan nak makan. Mm cuba tegur dengan baik bila aksi toddler Azizi berlebihan ibarat nak main dari makan. Always...Mm akan kata makan dulu then baru main.

Satu pantang Mm, nama pun memberi anak kecil makan tetapi diperhatikan ada mommy yang ambil nasi dan lauk dalam kuantiti yang banyak. Siap ada kadang tu tanya, nak banyak ke nak sedikit. Pandangan Mm, tak perlu nak membazir nasi/lauk dan nak tanya soalan basi-basi tu. Ingat, memori anak-anak tu super duper hebat. Sebagai orang tua, kita selayaknya pandai nak justify keperluan nasi/ lauk mengikut berat badan dan keperluan anak-anak. Contohnya, kalau baru 1 jam yang lepas beri minum susu 6 oz, do you think your child could finish 1 scoop of rice now? Salah ke kalau nak tambah lagi sedikit nasi/ lauk bila dah habis?

If Mm terlalu lapar, then Mm akan minta permission toddler Azizi untuk Mm makan dulu cepat-cepat. Then Mm suap dia pula. Selalunya dia OK terutamanya dia ada kawan dan sedang bermain. Cuma kalau ada ketam, Mm mesti kena marah dengan toddler Azizi sebab makan lama sangat....rasanya mcm dia nak kata nak gemuk ke Mm makan lama-lama?

Yang baik Mm & Dd praktik kan boleh dijadikan panduan...insya Allah usaha  membesarkan anak terbaik dipermudahkan, Amin. 

Monday, May 14, 2012

KL Bird Park

We went there last Saturday, just to make another happy story for toddler Azizi. He like very much about bird. And he could said clearly bird(s) when he saw them. For Malaysian citizen, the ticket price is RM25 per person while children under 12 years old no need to pay at all. Rupanya kalau ada JCard ada lagi discout, RM15 per adult. Huhu...rugi tak study betul2 dulu.



Ha...muka macam tak seronok je kan...
terkejut la tu banyak bird sekeliling awak kan...
speechless la tu....
baik je dok atas stroller tu.



banyak sungguh bird jenis ni...



oren bird...hehheeh...
ko je terang...
sampai sekarang kalau tunjuk pic ni, sure toddler Azizi senyum simpul



boleh ke sekawan burung ni dengki Mm bagi toddler Azizi botol air..
mmg depa ingat kami nak bagi makan kot...
maklum sahaja di sini korang boleh beli makanan burung & ikan untuk feed mereka...
kalau tak salah RM1.00 (2 x 50cent coin), mcm beli bola2 kat kedai mamak tu...



kan mengekor je kami ke sana sini...
Dd stop, dia pun stop...



dok atas jambatan ni pun masih follow...
aishhh...nak ikut balik Putrajaya ke?



pertunjukkan burung pada pukul 12.30 tengahari...panas terik dah waktu ni



org tgk bird show, awak nak main playground...
Dd informed toddler Azizi stressed sbb dia tak boleh crawl thru tunnel tu..
dia kan style mengensot..pity my baby...
nanti Mm cari jalan supaya awak boleh main yea...nanti Mm cari maklumat



Sebab dah lapar & haus sangat, kami ke restaurant ni...
nama pun restorant, harga standard sikit la yea...
kami bertiga RM77 untuk lunch


Lepas lunch, cari doorgift kat kedai cenderamata...
jumpa pulak female peacock...
mesti la tau..sebab kat bird show to mereka inform spesis burung kalau nak tau sex mereka...
tengok pada mata..kalau merah adalah female, kalau dark adalah male



dah makan baru boleh nak senyum ehhhh...gelak-gelak
tadi dedua ni mengamuk, lapar & dahaga...



Fridge Magnet (FM) ni harganya RM9.90. Ada yang lebih murah. Kalau ikut maskot KL Bird Park ni adalah burung enggang but kami dah ada jenis ni kat fridge.

Visit http://www.klbirdpark.com/ for more details & promotion.

Tips for mommies out there:
1. Make sure your family had a heavy breakfast on the day itself before vist KL Bird Park.
2. Kalau boleh, for children sgt digalakkan berpakaian baju kain kapas, lubang-lubang...panas kau...
3. Bawa payung, kalau malas jenis lipat. Bawa topi juga. Kadang tu hujan tengah jalan.
4. Bawa air dan finger food, kesian kalau dah lapar tu kesnya jerrrittt aje.
5. Bawa kain kecil untuk lap peluh dan lap tangan.
6. Pakai sandle leper or lagi bagus sport shoes.
7. Jgn lupa bawa kamera...hehehhe

 

Sunday, May 13, 2012

Jari kelengking

Mm ni kalau cuci ikan or udang or hidupan laut lain sure mengalami:



kegatalan....



kepanasan....

Sape la yg mewarisi tgn mahal Mm ni!!

Friday, May 11, 2012

Letupan Gas Di Petronas Paka

Gempar sekejap satu Malaysia bila berlaku letupan gas di Petronas Paka. Siap masuk berita tv jam 8 malam, Mm pulak sedang enak tolak stroller toddler Azizi untuk outing.

Maklumat kekawan, kira bukan maklumat rasmi yea...
  • lokasi PRR area 2
  • jumlah yang cedera 42, tak kira cedera sedikit atau byk atau meninggal
  • ketika kejadian mmg sgt kuat gegaran tu, ingat perang meletus
  • letupan kemungkinan daripada salah satu pump di situ
Mm mendoakan keluarga mangsa banyak-banyak bersabar. Betul kata seorg kawan Mm, kalau minyak kita nampak dan bila dekat dengan punca baru terbakar. Ini gas, mana boleh dilihat dengan mata kasar.

Kalau ada merungut atau dengki dengan warga kerja O&G industri, of course dari segi wang, cecuba ambil kira faktor keselamatan, faktor emosi keluarga dan faktor masa.  

Thursday, May 10, 2012

Punca Tonsillitis

Being a mother, kalau anak sakit tu sure nak tau mana silap. Selain tu, mesti nak bagi semua mknan berkhasiat at one time. Itulah kekalutan Mm bila toddler Azizi sakit.

Dd jgn terasa, Dd boleh describe sakit tu mcmana cuma Dd tak request nak makan apa, so double 'do no' je la Mm. Ampun...

And after 7 times on allowable paracetamol dose, toddler Azizi fever was gone. Thank you Allah. But..but...to be on safe side Mm decided to give another 2 time which at 8am and next around 2pm. Yang kelakar tu, ada budak tu siap tarik tangan Mm ajak main dlm bilik yg sedang on aircond.

This morning, suhu dia dah jadi 36.1 degree...er, kelakar plak rasa reading ni. Normal suhu badan manusia around 35 - 36.9 degree right...but to Doc suhu 37.5 degree baru demam.

Balik kepada punca penyakit tonsillitis, Mm tergamam bila terbaca di sini & Mm quote semula di sini:

......" Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tonsil selain dari infeksi virus termasuklah seperti rangsangan iritasi oleh asap rokok, makanan (pedas, berminyak, basi atau diperam), faktor cuaca, suhu udara yang terlalu sejuk dan mulut yang tidak bersih." .........

Ada yang kena berus gigi, lelangit dan lidah tiap hari lepas ni...siap sedia yea...

Dan pembacaan lanjut Mm juga menunjukkan kebersihan tangan itu penting yea. Hum...again kalau kegemaran masukkan jari dlm mulut tu apa nak buat? Mana boleh gam tangan ke baju pulak kan...

Ok, root cause of problem dah di'identified'. Pelaksanaan pencegahan pula kena dilaksanakan dengan penuh berdedikasi...cewaaahhh!

Wednesday, May 9, 2012

Tonsillitis

Semalam Mm & Dd terpaksa EL, bawa toddler Azizi ke klinik akibat demam panas. Suhu dia pada pukul 5.50 pagi adalah 38.1 degree. Padan pada malamnya toddler Azizi banyak bergantung pada Mm. Selalunya Mm akan rasa panas di mulut sekiranya dia demam tapi kali ini tidak. Semua stok ubat sedia ada dah expired (melebihi 3 bulan).

Hasil pemeriksaan Doc Afifah mendapati toddler Azizi memang demam, lebih kurang 37.6 degree dan pemeriksaan lanjut mendapati dia ada tonsillitis tahap 2. Yea, normal kalau demam mesti tekak dia sakit. But now tahap 2. Doc inform kalau tiada langkah pencegahan diambil, akan setiap bulan toddler Azizi jatuh sakit iaitu demam.

Dari dulu lagi sememangnya Doc berpesan boost Vit.C tapi bukan mudah yea, scott emulsion perisa oren & asli senang-senang direject tekak toddler Azizi. Yang boleh jus buah-buahan dan fresh fruit cut. Oleh sebab baik buah oren atau apa-apa berkaitan oren telah dipangkah oleh toddler Azizi, Doc sarankan gold kiwi yang mana kandungan Vit.C lebih tinggi berbanding oren.

Sukatan ubat ketika ini 3.3ml untuk setiap 6 jam. Jenuh juga nak memujuk bujang kesayangan untuk makan ubat dengan rela hati. Buat masa ini hanya Paracetamol je perlu diberikan kerana selesema dan batuk tiada. Ke'terror'an memuntahkan ubat dan segala isi perut adalah keupayaan toddler Azizi. Jenuh juga Mm & Dd berperang untuk beri makan ubat.

Doc beri masa sehingga Khamis, kalau tak reda mungkin kena ambil darah sebelum dibekalkan antibiotik. Dan untuk memberi antibiotik bukan kegemaran Doc, begitu juga Mm & Dd. Dan pagi ini, sebelum ke pejabat Mm dah beri toddler Azizi ubat pada pukul 7 pagi. Suhu dia pun dah turun kepada 36.9 degree. Hope momentum ke arah sihat terus diusahakan, tak mahu hantar toddler Azizi ke hospital.

Dari segi selera, setakat ini dia masih enjoy makan nasi, ice cream vanilla dan yogurt. Kekacang dan keropok dia tak mau, mungkin tekak sakit.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tonsillitis, sila layari doc1 dan doc2.

Monday, May 7, 2012

Keropok Lekor




Keropok kegemaran Mm & Dd. Pada org lain mungkin lain rasanya, pada kami inilah yg terbaik dari Warung Pak Soh, Kuantan.
Sedap? Telan air liur la yea.

Sunday, May 6, 2012

Azizi's day

Memula mkn dulu, vegetarian pasta:



Dah letih jln, dpt pulak mini pot ni:



Mmg khas utk mainan kanak-kanak, RM49. Kalau jatuh, mengacau senduk tu mmg bunyi mcm periuk Mm la.



Tidur pun dpt baju berpasang-pasang, untung kau nak.



Celebrate birthday Aunty Long ke siapa punya birthday ni???

Mm tgh sakit dada waktu menulis ni. Kena gi buat ECG rasanya.

Friday, May 4, 2012

TV

Mm minta tv drp Dd, atas faktor keselamatan.



Pemasangan tv without Unifi. Alhamdulillah tukang pasang ni masih steady walau jam pukul 10mlm, kawan dia sorang lagi dah kurang ajar tahap tak cerdik.



Pemeriksaan balas oleh Dd. Byk sgt function so byk la testing nyeerr.



Ni geng pemasangan Unifi, bagus mereka ni cuma tak bagus call center Unifi yg nak charge RM200 bagai kalau kami itu ini. Kalau mereka yg fail utk deliver tak pulak dpt duit nyeerr.



Ini sekarang tanpa kabinet tv yg molek.



Cantik tak rak ini? Mahal sgt? Tak caya? RM1299. Angan-angan tapi siapa tau rezeki terpijak.

(mode berangan yg diteruskan kerana pasrah ketentuan hidup).

Thursday, May 3, 2012

Bihun goreng

Ini bihun goreng khas untuk toddler Azizi. Perencah yang super simple iaitu bawang putih & merah finely chopped, daging ayam hancur dan sos tomato.


Mmg dia tak suka ayam tapi tak kan kosong je. Tu pun saja letak crab stick sikit kasi merah. Karot pun dah tak suka, haisssh...






Bagusnya sbb dia mkn byk, hanya 25% je tak habis. Tak rugi masak untuk toddler Azizi.

Wednesday, May 2, 2012

Sushi King

Mm tak gemar sgt tp give a try la jugak pada hari kejadian.

Toddler Azizi steady, makan sotong yg digigit tak hancur.









Wasabi jugak kau berkenan nak main ehhh.