Resume penting utk orang yg sedang mencari kerja. Terutamanya kepada fresh graduate mcm adik Mm, kazen Mm.
Mungkin fresh graduate memandang enteng kertas yang dihantar kpd HR tersebut. Dan mungkin juga sikap fresh graduate yang tidak mencari bersungguh-sungguh format/cara/kaedah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada HR.
Sesungguhnya tiada siapa jua ambil kisah. Siapa bertanggungjawab untuk memberi komen terutama kepada bangsa sendiri? Tentulah harapan tersebut tergalas di bahu ibu dan bapa secara tidak langsung. Sudahkah anda melaksanakannya? Tepuk dada, tanya selera.
Dan apabila Mm terlihat akan resume seperti di atas, sangat dukacita. Improve yang sangat banyak perlu dilakukan. Antaranya:
1) Cari kertas yang lebih berkualiti iaitu tebal 80mg better drp 70mg
2) Gambar mestilah jelas, kalau nak jimat pun cari lazer printer
3) Format terutama yang pakai kotak-kotak, make sure dari atas smp bawah mesti sama. Ni
kejap berkotak, kejap tanpa kotak walhal cerita sekolah aje part kotak-kotak tu.
4) Di bahagian reference, kena letak nama...bukan general opis or fakulti. Sape kat fakulti tu
kenal semua students dia dalam satu-satu batch? Ko ingat ko glamour ke...?
5) Bukan semua salinan photostat certificate ko kena hantar....ni smp sijil masuk lari rentas desa
pun ada...sebaiknya dalam resume state aktiviti luar yang pernah diwakili. Nanti time
interview jangan lupa bawa sijil origional. Kot menang award dekan pun tulis la dlm resume.
Make sure highlight yang outstanding achievement shj, kalau tak jadi macam karangan la
pulak.
6) basic kena ada sijil degree/diploma/latihan, academic trasncript, sijil SPM, PMR, UPSR. Lain-
lain berdasarkan permintaan daripada pihak HR tersebut. Kalau nak hantar photocopy pun
make sure jelas.
Kalau sekadar menabur resume tapi kualiti sangat boleh dipertikaikan, baik jangan bersusah payah hantar dan membazir duit.
Fikir-fikirkannnn.....insya Allah anda berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal.
No comments:
Post a Comment