Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri buat semua blog readers

Mohon ampun dan maaf sekiranya penulisan Mm telah melukakan hati/ perasaan/ etc anda semua secara sedar atau tidak.


Selamat bercuti disamping keluarga tersayang. Ingat .... jaga kesihatan jua, jangan melantak lemang sampai terlupa segalanya.

Friday, August 26, 2011

Maid aku lagikkk

Mm dah terperasan yang maid aku ni, kalau cuci kain manually...habis tercabut segala beadings kat tudung. Baju jangan cerita la ... memang Mm tak terasa sangat interms of RM but cacat la baju, malu le nak pakai ke pejabat macam setengah siap jahitan tu.


Bila orang tegur, menafikan sekeras-kerasnya. Come on la weiii....dulu aku cuci sendiri, 4 tahun tudung tu tahan. Kau baru wujud tak sampai 1 tahun, habis tercabut bagai. Dd lagi gangster dulu, cuci baju/ tudung aku pakai washer machine but still OK. Dekat 9 bulan gak la Dd tarah guna machine (kes Mm always bleeding, so kena totally bed rest time preggy). Takkan ko nak salahkan baby Azizi pulak, budak tu mana pandai tarik sekuat hati sampai putus benang!


Pagi Isnin lepas, Mm suruh dia cuci baju raya baby Azizi tapi kena cabut tagging/ pelekat kat baju dulu dan asing cucian ikut colour baju. Korang tau apa dia buat? Dia kan manusia kelam kabut. Hangin Mm tengoknya...tapi Mm masih diam wokeh! Main tarik je tagging tu....pastu rendam baju tu tanpa terbalikkan kain. Akhirnya, kerana B.O.D.O.H S.O.M.B.O.N.G tak bertempat maid Mm tu, dengan kertas-kertas dia basuh.


Kau ingat murah Dd beli? Ko ingat murah Nenek beli? Mm potong gaji kau nanti baru tau.

Thursday, August 25, 2011

Daddy terbalik

Korang percaya tak cara Dd berfikir berlainan dengan Mm?


Betul......Mm tak tipu! Mm dah lama kenal dia.


Memang la banyak hal di rumah Mm yang putuskan atas arahan Dd (malas nak fikir katanya) cuma mmg terang lagi disuluh apa yang dia fikir, apa keputusan yang dia akan ambil sangat berbeza daripada cara kebanyakkan kita.

.


.


.


.


.


.


.


.



Nah...ni buktinya! Lipat sejadah kebelakang instead of kehadapan.


Sila abaikan gadget disekeliling sejadah kerana Dd tengah kalut cari wayar apa tah waktu ni....

Wednesday, August 24, 2011

Island concept in washroom

I love this deco ...




Ingat dapur je boleh buat pulau, tempat basuh tangan pun boleh Yong ooiii. Kelas lagi tu dengan marbel...


....cuma....cuma....signage washroom ni je yang buat Mm terfikir:



Ladies mmg figure kembang bawah ke? Yang gentleman plak semuanya tegap belaka yek?

Mm masih ada curve wokeh....

Not that kembang mcm signage tu!!!

aissshhhhh....what's say you?

Tuesday, August 23, 2011

Party Pack Birthday Azizi

Mm heret gak Dd ke kedai nak beli goodies sempena birthday party baby Azizi. Takut kedai tutup lama-lama, karang takde benda untuk yang datang.

Since takut ter'over spent' sana-sini untuk persiapan raya sahaja, tu yang sanggup berasak-asak dengan lautan manusia shopping untuk raya. Orang beli kuih, kerepek, candies....Mm plak sibuk dengan barangan ni:





Banyak gak la korek duit kat bank tu, senggih aje budak kaunter tu terima duit daripada Mm.




Memang Mm yang melebih pun dalam hal ni, sampai rumah terus bonjotkan jadi party pack.





Plastic bag tu special untuk baby, white paper bag tu khas untuk toddler. Dah ada banyak gigi, boleh la mengunyah macam-macam.




Cuma kalau mak or pak you allos tak kasi, tak merasa la yek! And sorry from aunty...hehehhheehe

Sunday, August 21, 2011

Sale Raya @ Manjaku

Bak kata Dd, bilanya Manjaku ni tak sale. Memanjang sale, sepanjang tahun. Tengok kain rentangnya dah di makan usia.





Compare tempat lain, kedai ni mmg sesuai kalau mencari baju belasahan baby Azizi. Yakni baju yang tanpa ragu-ragu Mm lenting-lentingkan bila dah kureng di mata Mm.





Harga berpatutan dan jenis kain sesuai dipakai baby Azizi di kawasan hujan tropika ni. Tu pun garu sana-sini dengan baju lobang-lobang.

Pakaian tido mlm adalah jenis jump suit coz tidur pakai aircond tanpa selimut. Sejuk beb, Mm dan Dd dah litup dengan selimut tapi selamba je baby Azizi berdengkur. Extra dari poket Dd kerana Mothercare je jenis kain yang Mm percayai.


Jangan korang merajuk, siapa rasa nak Mm buat review kualiti pakaian dia, bak mai sini Mm try, test & review. Heheeeehhh...

Friday, August 19, 2011

Design Kek Birthday Azizi



You all rasa OK tak design kek ni?


Countdown: 21 days more to go

Thursday, August 18, 2011

Jangkitan

Mm dah jangkitkan selesema pada baby Azizi. Hari Rabu, suhu badan dia sgt tinggi sekitar 39.4, sekarang ni pun sekitar 37.8.

Bergegas la Mm balik, ambil baby Azizi dan maid terus tuju KPJ Kajang. Hum....punya la bertahun nak cari file pesakit. Sampai hangin Mm satu badan. Tu belum cerita bab bayar dan terima ubat. Sampai maid aku yg tak sekolah tinggi pun boleh cakap pekerja ramai tapi lama sangat buat keje. Yang ramai-ramai tu tak buat apa pun.



Paper bag instead of plastic bag.


Sekali lihat cam ubat , rupanya ubat selesema. Doc kata usia ni tak sesuai dah tu nape bagi.


Aku dah ckp ada ubat demam, yang ni anak aku tak makan, dimuntahkan balik nanti.


Yang ni manis, tiada masalah utk makan.


Yang perisa strawberry ni diterima tekak baby Azizi. Ubat ni aku bawa sbg bukti aku ada ubat demam yg baru shj diambil 2 days before.


I demam la Mummy....I nak kepit aje dgn you. Dalam pada tu pun 2x jatuh dlm usaha nak merangkak smp berdarah gusi.

Wednesday, August 17, 2011

Iftar @ Hotel Istana

Sungguh mulia Dd & geng apabila sanggup membelanja isteri & anak-anak di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada hari 13 Ramadhan yang lepas.

Huhuh...banyak sangat nak makan so tak banyak pictures berjaya dirakamkan.





Air yang membantu menambah susu badan juga disediakan. Sudah bagggussss...!




Deretan manisan yang sesungguhnya sangat boleh membuat berat badan Mm meningkat dengan mendadak. Cupcake tu seriously sangat sedapppp...sedappp...sedapp...kalau tak suka cream, sila ketepikan but cake kecil tapi sangat sedappp...sedappp...




Ini makanan all time favourite oleh baby Azizi. Habis berterabur keliling high chair dia....




Yang ni tak rasa pun but a bit kelainan sbb BBQ Mongolia gitu. Dah macam goreng-goreng bodoh gitu pun ada gak rupanya!




Segala benda goreng-gorengan. Ada cucur, keledek, pisang....cempedak pun ada. Mm tak sempat rasa coz dah habis!!




Segala gorengan ayam dan sewaktu dengannya...




Ayam tempayan... kalau di bazar ramadhan Kuantan seekor RM20.00




Coconut milk shake yang sangat yummmylishios...




Door gift untuk yang sudi berbuka di sana. Mm tengok sedap je si Nain & Afiq tu belasah kek ni, sedap kot gamaknya.


Overall, alhamdulillah sebab kenyang dan gembira jumpa kawan-kawan. Dd dan Abe Pumie kata sedap lagi KLCC nyer! Entah...Mm tak pernah berbuka di KLCC tahun ni.

Tuesday, August 16, 2011

New Frizer for Nenek & Atok

Mm dan adik-beradik bertekad untuk memberi yang ter'BEST' sempena birthday Nenek & Atok tahun ni. Kira all-in-one! Since 2 yang berkerja pun gaji cukup-cukup dan 1 lagi baru je kerja (ketika bulan-bulan bayar masih student), kami tubuhkan tabung anak gajah.




Hheheheh...tabung anak gajah...tiap bulan RM100 seorang. Kutipan untuk lima bulan. Biar pun birthday Atok (bulan Februari) dan Nenek (bulan Mei) sudah berlalu, kami tak betah membelinya tepat pada penghujung bulan Mei. Alasan? Sibuk dengan kenduri Akikah, sibuk dengan itu, dengan ini...tapi akhirnya pada bulan Ramadhan ini kami berjaya membayar hutang tersebut jua.




Nenek request nak besar dari rumah Mm. Hum...kos pun besar but you have to topup la Nenek. Duit kami cukup-cukup aje.

Akhirnya...Mm pilih yang ini:



















Kami adik-beradik berharap Atok & Nenek gembira dengan hadiah tahun 2011 ni. Dan jangan lupa belanja kami balik...hehehhehehe! Ye arrr...penjimatan tenaga elektrik lebih afdal belanja kami anak-anak mu ke mana-mana percutian yang menarik...heheheh!




Hadiah akan tiba hari ini di rumah Atok & Nenek. Selamat duit Nenek kena tambah RMXXX since Mm hanya termampu tambah RM50.00 je!




Selamat stor makanan banyak-banyak Atok & Nenek.

Monday, August 15, 2011

Kuantiti EBM di Minggu Kedua Bulan Ramadhan

Sangat teruja bila kuantiti ebm lebih meriah sekarang, alhamdulillah.



8 Ramadhan = total dlm 10 oz rasanya...kalau tak salah, sangat lupa ketika menulis ni!



9 Ramadhan = 8 oz pagi, 4 oz tengahari, 4 oz petang = 16 oz



10 Ramadhan = 7 oz pagi,....=15 oz



11 Ramadhan = 15 oz



12 Ramadhan = 12oz



13 Ramadhan = 5 oz (weekend aje terus M.A.L.A.S)



14 Ramadhan = 7 oz (weekend aje terus M.A.L.A.S)


Ya Allah, syukur atas nikmat ini. Dengan limpahan rezeki ini, dapatlah baby Azizi hilang lapar dan dahaganya, untuk membesar dan menjadi orang yang bijak, cerdik, cergas, cerdas.

Amin.

Friday, August 12, 2011

Sepupu disebelah Dd

Baru-baru ni, baby Azizi telah pulang ke kampung untuk bertemu aki, nenek dan cousin. A bit cranky bila bertemu cousin nyer....


Kenalkan Husna. Sangat aktif sampai muka baby Azizi pun dah ditamparnya. More advance since dia dah boleh merangkak, terbalik sana sini, berdiri ....




Owhhhh ... baby Azizi tak suka duduk dalam walker ni. Mungkin too pinky la Dd.


Seterusnya, kenalkan Hazim. Berumur 5 tahun. 1x je baru berjaya berpuasa penuh, tu pun jenuh dipujuk oleh Nenek. Katanya siap ada sehari tu siap call aki minta beli nasi ayam, kalau tak dia pengsan sebab puasa. Allergy dengan Pak Long dia, ibarat Pak Long dia ni roll model. Semua Pak Long gitu ... siap pesan Pak Long ambil kat sekolah nanti, a.k.a driver je la kan.




Pak Long .... awak ni hebat sangat ke? Kihihihihih ...


Mm rasa ... I lagi hebat!! Hehheheh

Thursday, August 11, 2011

I'm IT savvy too!

Baby Azizi sangat aktif menjalar (bahasa pasar orang tua) sana sini bila atas tilam. Paling dia gemar main adalah plag internet, yang kebetulan dekat je dgn posisi tilam. Selain itu, dia juga gemar .........................



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.







Agaknya dia mesti kata dalam hati....kenapa la Dd aku ni suka sangat pandang screen iPhone ni? Aku tengok takde la besh nyer pun. Mm aku pun sama...ni salah Dd sebab beli 2 je iPhone, aku tak dibelinya! Mintak iPad belum nampak lagi .....

Wednesday, August 10, 2011

Kuantiti EBM di Minggu Pertama Ramadhan

Ramadhan ya Ramadhan ...... seronok menjalani ibadah puasa disamping keluarga tercinta.

Catatan ebm Mm di minggu pertama Ramadhan tahun ini:

1 Ramadhan = 3oz pagi & 11oz pejabat = 14oz
2 Ramadhan = 3oz pagi & 11oz pejabat = 14oz
3 Ramadhan = 5oz pagi @ pejabat, 5oz tengahari @ pejabat, 2oz petang @ pejabat = 12oz
4 Ramadhan = 5 oz pagi @ pejabat, 5oz tengahari @ pejabat
5 Ramadhan = 4 oz (1x sesi je)
6 Ramadhan = 4 oz (1x sesi)
7 Ramadhan = 3 oz (1x sesi)

Nampaknya ada keperluan kekerapan sesi pump dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh!

Tuesday, August 9, 2011

Kepentingan Resume

Resume penting utk orang yg sedang mencari kerja. Terutamanya kepada fresh graduate mcm adik Mm, kazen Mm.



Mungkin fresh graduate memandang enteng kertas yang dihantar kpd HR tersebut. Dan mungkin juga sikap fresh graduate yang tidak mencari bersungguh-sungguh format/cara/kaedah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada HR.



Sesungguhnya tiada siapa jua ambil kisah. Siapa bertanggungjawab untuk memberi komen terutama kepada bangsa sendiri? Tentulah harapan tersebut tergalas di bahu ibu dan bapa secara tidak langsung. Sudahkah anda melaksanakannya? Tepuk dada, tanya selera.





Dan apabila Mm terlihat akan resume seperti di atas, sangat dukacita. Improve yang sangat banyak perlu dilakukan. Antaranya:

1) Cari kertas yang lebih berkualiti iaitu tebal 80mg better drp 70mg
2) Gambar mestilah jelas, kalau nak jimat pun cari lazer printer
3) Format terutama yang pakai kotak-kotak, make sure dari atas smp bawah mesti sama. Ni
kejap berkotak, kejap tanpa kotak walhal cerita sekolah aje part kotak-kotak tu.
4) Di bahagian reference, kena letak nama...bukan general opis or fakulti. Sape kat fakulti tu
kenal semua students dia dalam satu-satu batch? Ko ingat ko glamour ke...?
5) Bukan semua salinan photostat certificate ko kena hantar....ni smp sijil masuk lari rentas desa
pun ada...sebaiknya dalam resume state aktiviti luar yang pernah diwakili. Nanti time
interview jangan lupa bawa sijil origional. Kot menang award dekan pun tulis la dlm resume.
Make sure highlight yang outstanding achievement shj, kalau tak jadi macam karangan la
pulak.
6) basic kena ada sijil degree/diploma/latihan, academic trasncript, sijil SPM, PMR, UPSR. Lain-
lain berdasarkan permintaan daripada pihak HR tersebut. Kalau nak hantar photocopy pun
make sure jelas.

Kalau sekadar menabur resume tapi kualiti sangat boleh dipertikaikan, baik jangan bersusah payah hantar dan membazir duit.

Fikir-fikirkannnn.....insya Allah anda berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal.

Monday, August 8, 2011

Seminggu berpuasa ...

7 = tujuh = seven = sieben




.






.






Apakah misi memasak juadah berbuka untuk Dd berjaya setakat hari semalam?






Jawapannya terperinci seperti di bawah:




Isnin: Tomyam, karipap (segera), mix jus, teh-o


Selasa: Kari Ikan, kangkung dan roti canai (segera), jus grape, teh-o


Rabu: Asam pedas ikan, kacang buncis, kuih varde (segera), air longan


Khamis: Sambal sotong, ikan bilis, telur dadar, karipap (segera), air longan, air soya panas (beli)

Jumaat: berbuka di rumah mertua


Sabtu: berbuka di rumah mertua


Ahad: berbuka di rumah mak Mm




Rasa masakan Mm? Kena tanya Dd untuk jawapan telus ....tengok dia makan aje, mungkin lapar mendahului rasa lidah kot waktu bulan Ramadhan ni. Yang penting bebas MSG atau segala perasa tambahan...TUMIX ke, AJINOMOTO ke, PATI AYAM Tesco ke...apa-apa sahaja! Komen terbuka Dd di sini.

Sunday, August 7, 2011

Pregnancy Test

Hohoho...gapo pulok Mm nok ceto nihh?


Dobar ke mu baco?


Awat mu dobar-dobar pulokk.


Dd ceria OK... seceria matahari yang menyinari bumi.


Alkisah, Mm kuat sangat makan. Untuk confirmkan segala persoalan, buat test sendiri di rumah. Tester beli di klinik sahaja. RM5 sepeket. Mmg murah dari yang available di farmasi lain.




Jawapan kepada soalan tester di atas adalah ............



roll drum please ................



.



.



.



.



N.E.G.A.T.I.V.E

Saturday, August 6, 2011

Pumping Session In Office

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana Mm pump susu di office? Tak pernah, hum..tak apa lah. Let me story-mory to them who want to know about it.



Since I'm only young executive, no allocation SPECIAL ROOM for me. Of course arrr... all rooms available mean for SENIOR OFFICERS. But...the good thing was I still working in a big room, shared with 2 others officers (1 mummy & 1 daddy), split by partition. With 2 doors, I have to lock one in front of me and during pumping session, my friend who working in the middle will act as my GUARD. Alhamdulillah, so far no one try to skodeng-skodeng me...



How do I look like during the pumping session?






.






.











With my pink shwal to cover, place the pump on desk, 2 hands holding the soft-fit and reading email thru.






After 10mins session, place the ebm into this bag. I safely keep this bag at my working area. Just precaution and to avoid people GILA who want to spoil my ebm.





I'm placing used soft-fits and connectors into this tupperware, keeping it in peti ais. After 3 hours, I'll used it again for another session.






That is my way managing my workload as junior officer & mummy. How about you? Please share so that we can have better and improve our own quality time with others. (^_^)


Friday, August 5, 2011

Ibu Menyusu Ketika Ramadhan

Halawwwweeeeeeee....sangat teruja bila Ramadhan menjelma! Insya Allah, kita sama-sama berusaha melakukan perkara yang lebih baik sebelumnya.

So all mummy out there.... apa yang u ols akan lakukan demi memastikan susu ebm anda tetap maintain jumlahnya ketika berpuasa. Kena minum air banyakkan...mana nak telan 3 - 4 liter within berbuka ke waktu bersahur. No choice, kena cari waktu juga...

Ok, apa yang Mm sendiri praktik atau akan praktik sepanjang bulan ini...

1) Tidak sesekali skip S.A.H.U.R - kena makan, makan dan makan

2) Minum air yang mencukupi iaitu 4 liter, if you take supplement this is amount yg kena telan

3) Shaklee Soy Protein utk berbuka & sahur. Nak order? Klik sini.

4) Shaklee Performance. Klik sini jugak yea.

5) Air longan

6) Air Wheatgrass

7) Pil minyak ikan + kalsium + obimin (fikir 2x takut sembelit)

8) Bubur merah + bubur putih .... ni baru di'introduce' oleh Kak Faiza.... resepi klik sini.

9) Kerap pump... meeting berderet-deret jugak, cayokkkk!

Banyak nyeeeeeeeeerrrrrrrr.... hendak seribu daya, tak mau main jauh-jauh!

Thursday, August 4, 2011

Model TESCO or Model MAMY POKO

Every weekend tanpa gagal mesti ziarah TESCO. Ada aje nak membeli, dari sekecik-kecik barang smp ke besar-besar. Dan membayar nyer takde la kurang dari RM100 sekali pergi. TESCO tak nak lantik aku jadi model iklan korang ke?




Barangan bulanan yang paling wajib beli pampers Mamy Poko, sekali beli paling sikit 4 pack jumbo. So, Mamy Poko....korang tak nak lantik anak aku jadi duta korang ke? Punya la loyal Mm & Dd pada kau...sikit pun kau tak nak taja kami yekkkk!! Apa pun tomahan orang terhadap Mamy Poko, tetap kami beli ianya tiap bulan. Dari baby Azizi lahir sampai la hari ini dia dah cukup 11 bulan.


Mm rasa wajah anak aku lebih comei dari gambar budak kat bungkusan tu...huhuhu

Wednesday, August 3, 2011

DiY @ hOmE

Hehe....mati di rumah! Kalau org tu misinterpret atau sound trouble arrr...


Ingat...ingat...perkataan K.A.L.A.U tu!

Apa? Kalau....bukan kalut. Pandai semua orang yang membaca statement tu...!

Dd yg kata dia letih utk fix high chair si kecil baby Azizi, tp buat gak utk si comel tu. Kes Mm kata benda yang sonang pun tak boleh buat ke...hehehehhe



Laju tu pasang, mmg professional la Dd. Atenye engineer kan...hehehehhe

Reaksi baby Azizi selamba je, mcm kat bawah ni:



Safety first, check belt le apa lagi! Atenye Dd ada attend kursus safety kannn...


The good having high chair is ...



.



.



.



.



.



baby Azizi could have dinner & sahur together with Mm & Dd.



.



.



.



i LoVe my family

Tuesday, August 2, 2011

Happy 11th months birthday

Mm & Dd love you. You semakin pandai & manja. A bit nakal, masih belum merangkak or jalan. Tapi kalau duduk dan baring boleh pusing 360 darjah.







Insya Allah, Mm akan sentiasa doakan you.

Makan-makan sebelum Ramadhan

Pagi layan Dd nak
makan Nasi Lemak Mak Aji @ Semenyih.


















Petangnya layan Dd pekena



teh c kosong kat kopitiam.









Bagus kedai kopitiam ni sbb ada recycle bin.









Selamat berpuasa semua....

Monday, August 1, 2011

Travelog Ikea, Ikano & The Curve Kota Damansara

Baby Azizi so happy last Saturday... as Mm & Dd heret dia gi jalan kat Ikea.

Sampai awal dan mudah dapat parking. Cuma halangan di tepi koridor di area loading tu a bit menyusahkan bila stroller baby Azizi tak boleh nak lalu, ada gate kecil pun bantai ikat mati. Kalau gitu baik tak payah buat gate dan tak payah byr gaji guard Nepal tu.....buat habis beras aje!!

Breakfast dulu di kantin Ikea, ini bagi mengelakkan membeli brg dlm keadaan lapar. Fasiliti di sini sangat baby & mummy friendly, selesa pada hemat Mm yg cerewet ni. Snap pix ni boleh bantu korang utk visualize keadaan tu:





Warmer, microwave, plate, fork, spoon, etc....tv pun ada kat play area.



Model menggayakan cara duduk di kerusi mkn Ikea sambil memegang pisau plastik.

Di bilik baby care, sgt cozy....kalau ada rumah sendiri boleh terap idea dekorasi mcm ni:
















Niat utama nak beli set kerusi mkn baby Azizi & household items yg lain.

Then we all ronda-ronda Ikano. Owhhh....time tido baby Azizi, mana nak bf dia ni??? Every floor baby room, selesa & masih guna barangan Ikea. I let those pix tell you:









Yang tak masuk dlm pix ni adalah muzik baby yg dipasang...hehehe

Shhh...dah tido! The Curve here we come.....kat shopping complex ni level 1 adalah baby area Mm boleh katakan. Baby room dia sgt cantik, lavender colour gitu....tp Mm tak berkesempatan utk mencuba.






Di level ini juga buat pertama kalinya Mm berjumpa dengan kedai/ gerai menjual makanan bayi. I'm so impress wokey...since I baru berangan nak buka kedai mkanan utk bayi dan kanak-kanak.





Perut berbunyi minta diisi.... kat sini pun plate, fork, spoon kanak-kanak disediakan. Plus point kalau makan kat kedai The Apartment ni no MSG... sgt selamat utk dimkn oleh baby Azizi. Yelah tu.... smp muak blk apa yg dimkn.



Mm complaint cara msk dia yg tak kena dgn selera I niii.... dia bantai msk baru kau... taubat aku kena mkn 2x mula!!!

Tak lupa beli ini:




Ada ke orang sanggup byr RM30++ utk mkn manisan ini? Tepuk dada, tanya selera Mm.

Kenalkan kakak macaron:



Kenalkan adik black forest dan red velvet....




So yummy....2 thumbs up!!

We safely arrived home at 5pm. Fewuhhhh....taxing outing day!