Auwww....gembira dalam hati, dapat main iPhone4. Tapi seteruk Daddy yg dok belek phone tu kat opis smp malas buat kerja (pandai kata dia tak buat kerja, tah2 tak cukup tangan tp since aku punya blog, suka hati la kan nak ngata Daddy).
Sekarang sambil pump dah ada teman, siapa lagi iPhone4 la...tu yang status FB sentiasa HIJAU. Hahhahahah....
Tp kredit mesti diberikan kepada adikku, Hakam. Terima kasih. Kau la adik aku yang sporting dunia akhirat. Tapi nak suruh kau adjust dgn mak boleh? Aku nak beli Civic tp rasanya mampu City aje, adjust smp mak luluskan dana aku boleh? Ke ko nak derma balik kereta kancil kat aku? Bahagia rasa kalau dapat kancil kecik tu!!!
Back to cerita iPhone. Ke'POYO'ranku terserlah hari ini kerana:
1) check gmail dan MOTHERCARE buat sale, additional 10% utk cardholder - mesti pergi ye Daddy
2) sambil pump main FB, sekali tak sedar botol 5oz dah penuh dan susu dah melimpah keluar ke baju. Padan rasa panas aje peha aku
3) dok usung kiri kanan Nokia dan iPhone4. Dah la warna pink, buat orang sedar lagi tertarik!
4) siap kunci iPhone dalam drawer time nak pegi washroom. Punya la takut jatuh dlm mangkuk tandas
p/s: Nak pergi cari biskut makmur utk ayah dan kuih putu untuk daddy. Macam Azizi selalu jerit, Dad........jerit lagi, Dad........
No comments:
Post a Comment