Hari-hari nak cerita hal Daddy. Tapi tak bosan cerita hal dia sebab I boleh kutuk dia secara berdepan ikut alam maya, hehehhehe.
Semalam, selepas buat rawatan akupuntur di Hospital Putrajaya, Daddy terus balik Semenyih. Awal dia sampai dari aku. Sampai je, dia maklumkan aku iPhone 4 dah dapat tapi ada kat opis. So, nanti lepas maghrib dia nak pegi Bangi ambil kat rumah abe Fahmy. Nak ikut tak? Baik husband aku ni kan....aku berlalu ke toilet tanpa menjawab soalan dia.
Telefon berdering lagi. Kawan dia bertanyakan procedure bersalin kerana wife dia pun ada masalah macam I ni...
Kawan: Memang bersalin ke operation ke?
Daddy: Tak lah...tapi kes bini aku sebab baby melintang.
Bini Kawan: Cuba tanya, kalau operation potong kat mana?
Daddy: Ha'a...potong kat tempat yang sama (jawab dulu sblm kawan dia sempat tanya, tajam betul pendengaran awak yea Daddy)
Kawan: Potong bawah atau atas sikit dari tempat yang operate dulu kot.
Daddy: Aku sendiri tengok. Tapi kalau dulu buka 3", sekarang ni buka lagi besar la tapi masih ditempat yang sama. Dulu mana ada belah uteras tu, sekarang baru belah uteras tu.
Kawan: Mana aku tau, aku SPM biologi paper dapat 7 je.
Daddy: Ha'a...aku plak cikgu biologi aku Dr.Hamid Arshat je.
Tapi, sememangnya Daddy ni banyak belajar dengan Dr. Hamid Arshat. Dari tak tau apa-apa, la ni macam konsultant kat opis. Bagi nasihat pada perempuan yang mempunyai masalah susah nak melekat ni, kalau ada yang bertanya personally kat dia la.
p/s: Anda tak akan menyesal bila mendapatkan khidmat Dr.Hamid Arshat.
No comments:
Post a Comment