Tuesday, May 11, 2010

Kesian...

Kesian pulak aku kat adik ku bernama HAKAM. Patut waktu cuti adalah masa bersenang lenang dia tapi aku paksa dia jadi driver aku pulak...husband aku busy dengan kerja, pagi-pagi selepas subuh keluar rumah dan akan balik rumah paling awal lepas maghrib. Aku? Mana ada kereta, angan-angan nak beli kereta MYVI blum terbeli...heheheheh, sape mau hulur pulus sikit!!!!

Dan aku kesian lagi nak maklumkan pada dia yang aku nak balik bercuti ke Kuantan. Sebab mummy and daddy takde, pergi jalan-jalan ke Spain tanpa beli tiket kat HAKAM. Dah kali kedua ni mummy lupa nak ajak dia...hehheheh, nampak sangat adik aku tu busy mengalahkan wakil rakyat kawasan. Nak minta dia dok umah aku, takut takde makanan. Nak dok umah akak aku, takut dia tension dengan heroes akak aku. Nak dok umah mak aku, fair je la situasinya. Camna? Nampak gaya aku kena beli stock makanan banyak-banyak, tak kira la dia nak dok mana, janji makanan banyak utk dia makan!!!

No comments: