Seorang kenalan abang telah mengajaknya melawat Bandung sekali lagi bersama-sama. Aku diam membisu, bukan tidak bersetuju atau bersetuju (maintain neutral) tapi jauh disudut hati aku ingin ke Dubai.
Yea..sudah hampir 2 tahun kami tidak berjalan-jalan bersama. Kemungkinan banyak dari sibuk hingga ke ujian demi ujian yang terpaksa kami tempuhi dengan sabar dan tabah. Tapi peringatan dari majikan pagi ini lantas membuat kotak fikiran aku berputar.
Jika ingin disenaraikan tempat-tempat yang ingin aku lawati, baik dalam negara mahupun luar negara, mungkin senarai itu melebihi 1 tempat. Biasanya aku ke sesuatu tempat itu atas dasar HUBUNGAN. Tidak perlu aku huraikan, hanya diriku memahami erti ianya ketika ini.
Kenapa Dubai? Kerana jemputan dari teman rapat suami yang sedang bertugas di sana.
Kenapa Dubai? Kerana kota yang cantik tanpa pengisian, betulkah? Itu yang ingin aku cari.
Kenapa Dubai? Kerana nak naik business class punya pasal...hheheheh..boleh HUBBY yea!!
Kenapa Dubai? Kerana kain-kain mahalnya....mentang-mentang dah dapat kain mahal Beijing, demand pulak aku ni.
Tapi, norma manusia...pernah puas ke dengan 1 keinginan? Hahhahah...tika menulis ini pun aku boleh berbisik, boleh tak lepas tu ke Mesir terus. Apa pun, setiap perjalanan itu sebenarnya bertujuan membuka minda, mencari pembaharuan dalam kehidupan dan perkara-perkara positive yang lain.
Macam parents aku, jauh ke Spain time 'ash volcano' ni tapi dengan tujuan mendalami sejarah Islam, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia boleh runtuh. Apa pun, ianya bermula dengan 1 niat di hati.
p/s: Camna nak jalan, time aku free, husband busy dan ia akan berlaku sebaliknya selepas itu.
No comments:
Post a Comment