Wednesday, May 26, 2010

Happy Anniversary

To my beloved hubby,

Thanks for every single things that you have done for me. I knew you have put all your hearts and efforts just to make me happy, comfort & safe.

Kesian dia...hari ni migraine dan sakit mata smp sepet sebelah. Since kerja banyak, pergi kerja juga dengan penuh keikhlasan.


To my beloved baby boy,

I do hope you will be best child to us, Insya-Allah.

Semalam main-main dalam perut waktu tido mummy yea. But I did give you permission to play until you bored, it's OK. Later don't play until midnight my dearest baby boy.


p/s: Bila agaknya aku akan dinner with hubby, tonight atau esok? Lokasi dah dipilih...huhuhuhhhh!!

Tuesday, May 25, 2010

Nice to have...

Pagi ni nak sarung cincin ke jari, terasa ketat dah. Al maklum berat pun dah bertambah-tambah berkilo-kilogram, takkan kecut pulak jeri-jemari ku ni. Terus terdetik dalam hati, boleh kot request hubby beli cincin baru kat bini yang comel ni. Hehhehehe...

Tapi rasanya nanti dia akan memulangkan paku buah keras. Since kerja aku sekarang menilai itu ini, apa yang aku nak ni akan jatuh kategori 'nice to have'.

p/s: Tgh risau sebab semalam perut begitu lawas membuang, baby boy senyap aje, hum..nape yea??

Monday, May 24, 2010

Oh.....

Terkesima..terkejut..tak terkata-kata..apa yang patut aku lakukan sekarang??

Asalnya, boleh bermalam sebelum tarikh kursus. Lega kami apabila mendengar ianya, tapi keputusan tersebut perlu diubah di saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

Aku kasihan untuk meminta suami mengambil cuti dan menghantar aku ke sana. Dia juga ada keutamaan terhadap majikannya. Rata-rata kawan aku jua semua kebuntuan. Dan untuk 'car pool' dengan mereka aku tidak berani.

Jangan aku kena tinggal dalam khemah sudah...apa pun, belajar berdikari...

p/s: Aku hanya membawa seorang sahaja bersama iaitu..baby boy!!

1 pengembaraan, 1 niat

Seorang kenalan abang telah mengajaknya melawat Bandung sekali lagi bersama-sama. Aku diam membisu, bukan tidak bersetuju atau bersetuju (maintain neutral) tapi jauh disudut hati aku ingin ke Dubai.

Yea..sudah hampir 2 tahun kami tidak berjalan-jalan bersama. Kemungkinan banyak dari sibuk hingga ke ujian demi ujian yang terpaksa kami tempuhi dengan sabar dan tabah. Tapi peringatan dari majikan pagi ini lantas membuat kotak fikiran aku berputar.

Jika ingin disenaraikan tempat-tempat yang ingin aku lawati, baik dalam negara mahupun luar negara, mungkin senarai itu melebihi 1 tempat. Biasanya aku ke sesuatu tempat itu atas dasar HUBUNGAN. Tidak perlu aku huraikan, hanya diriku memahami erti ianya ketika ini.

Kenapa Dubai? Kerana jemputan dari teman rapat suami yang sedang bertugas di sana.
Kenapa Dubai? Kerana kota yang cantik tanpa pengisian, betulkah? Itu yang ingin aku cari.
Kenapa Dubai? Kerana nak naik business class punya pasal...hheheheh..boleh HUBBY yea!!
Kenapa Dubai? Kerana kain-kain mahalnya....mentang-mentang dah dapat kain mahal Beijing, demand pulak aku ni.

Tapi, norma manusia...pernah puas ke dengan 1 keinginan? Hahhahah...tika menulis ini pun aku boleh berbisik, boleh tak lepas tu ke Mesir terus. Apa pun, setiap perjalanan itu sebenarnya bertujuan membuka minda, mencari pembaharuan dalam kehidupan dan perkara-perkara positive yang lain.

Macam parents aku, jauh ke Spain time 'ash volcano' ni tapi dengan tujuan mendalami sejarah Islam, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia boleh runtuh. Apa pun, ianya bermula dengan 1 niat di hati.

p/s: Camna nak jalan, time aku free, husband busy dan ia akan berlaku sebaliknya selepas itu.

Sunday, May 23, 2010

Anniversary ke 3

Next week on 26 Mei 2010, it's our 3rd anniversary. Hehhehe..this year probably more special as we are 3 instead of 2.

Tapi...where to celebrate? Ohh...please, anyone had idea? Of course dinner is a MUST!!! So far in my list is PULLMAN.

I even had no single picture of myself now...ramai nak tengok tapi tak gak ambik2, hhahahha!!! Hope hubby could help to sort out this matter.

p/s: Dah seminggu tak update blog, sorry readers!! Really busy.

Saturday, May 15, 2010

Nak??

Semalam kononnya nak makan sate di kajang dengan geng aku, sekali majority ada adhoc meeting, translation task dan yang tak boleh keluar dari opis pun ada. Bak kata Irene dulu-dulu, "untuk menyambung perjuangan". Bunyi macam lawak tapi mungkin ada kebenarannya. Ini adalah kali kedua cerita makan-makan kami ditunda. Dan akhirnya kami sepakat untuk mengadakannya kemungkinannya pada pertengahan bulan 6.

Kerja di tempat sekarang:
1) kalau balik pukul 8 malam tu perkara biasa la...dapat balik pukul 6 petang tu kira magic tau...
2) adhoc meeting tu normal, lunch time tu adalah waktu makan dan sembahyang...tepat pukul 2 dah kena siap sedia untuk menerima tugasan
3) boring bila tengok hasil kerja orang ala-ala aje...penat kami merancang, itu aje hasilnya?

Dan petang ini, mummy nak gi beli bra untuk aku. Yang ada ok cuma perlu juga yang lebih selesa!!!

Friday, May 14, 2010

Schedule

Hari-hari ku untuk 3 minggu lagi sudah penuh. Interesting? Tertakluk kepada penilaian diri sendiri.

16 Mei - 19 Mei = Lab session
20 Mei = Visit
21 Mei = Meeting
24 Mei = Presentation
27 Mei = Pregnancy check up (nak apply cuti ke idak??)
28 Mei = Kenduri
31 Mei - 6 Jun = Training

p/s: Harus bergembira jika masih ada kerja yang perlu dilakukan!! Baru senang nak isi SKT!!!

Thursday, May 13, 2010

Kaedah Pembelajaran

Since aku dan Yanie tinggal di opis dan yang lain pergi lawatan di IPPH, kami telah diajak oleh TP1 untuk sama-sama berkongsi ilmu berkenaan "KAEDAH PEMBELAJARAN".

Banyak yang aku belajar. Dan sekarang aku memahami kenapa ibu bapa hendakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Cuma cara kita mencorak mungkin berbeza. Pilihan terletak pada tangan kita sebagai ibu dan bapa.

Apa pun, aku akan cuba merangsang left brain & right brain baby boy. Dan kemungkinan aku terus mengajarnya membaca instead of kenal huruf. Kenapa? Biarlah rahsia... kalau sesiapa nak tahu, call la TP1 aku...hahahahahha...ada berani ke??? Since dia dah nak pencen, boleh lah dia buat side income, support bumiputra la sikit!!!

p/s: tersengih-sengih sebab tak sabar nak present kat husband!!!

Wednesday, May 12, 2010

Dan kesian lagi....

Berita tergempar hasil chit-chat tengahari bersama batch baru aku adalah yang kami semua dikehendaki menghadiri kursus pengenalan pada 31 Mei 2010 sehingga 6 Jun 2010.



Akhirnya, adik aku masih kena tinggal sorang-sorang seminggu itu.



p/s: Umah akak aku full pada 29 Mei 2010. So, how?? Haiya...susah wau mau cakap lo....

Tuesday, May 11, 2010

Kesian...

Kesian pulak aku kat adik ku bernama HAKAM. Patut waktu cuti adalah masa bersenang lenang dia tapi aku paksa dia jadi driver aku pulak...husband aku busy dengan kerja, pagi-pagi selepas subuh keluar rumah dan akan balik rumah paling awal lepas maghrib. Aku? Mana ada kereta, angan-angan nak beli kereta MYVI blum terbeli...heheheheh, sape mau hulur pulus sikit!!!!

Dan aku kesian lagi nak maklumkan pada dia yang aku nak balik bercuti ke Kuantan. Sebab mummy and daddy takde, pergi jalan-jalan ke Spain tanpa beli tiket kat HAKAM. Dah kali kedua ni mummy lupa nak ajak dia...hehheheh, nampak sangat adik aku tu busy mengalahkan wakil rakyat kawasan. Nak minta dia dok umah aku, takut takde makanan. Nak dok umah akak aku, takut dia tension dengan heroes akak aku. Nak dok umah mak aku, fair je la situasinya. Camna? Nampak gaya aku kena beli stock makanan banyak-banyak, tak kira la dia nak dok mana, janji makanan banyak utk dia makan!!!

Monday, May 10, 2010

Beautiful words

M-O-T-H-E-R
M is for the million things she gaves me,
O means only that she's growing old,
T is the tears she shed to save me,
H is for her heart of purest gold,
E is for her eyes, with love-light shining,
R means right, and right she'll always be.
Put them all together, they spell MOTHER. A word that means the world to me.
@>----- A flower to all mummy in this world!

Sunday, May 9, 2010

Ucapan

Happy Birthday and Happy Mother's Day to my beloved mummy, Pn. Asamah Mahamod.

Walau mak ber'birthday' di balai polis shah alam, harap mak ceria. Semalam dah potong kek kan...hehhehehe..dapat bunga lagi.

Dan yang paling best, mak gi beli baju untuk aku hari ni!!

p/s: Tadi hampir tergelincir di toilet, kena lebih berhati-hati & beringat-ingat. Thanks to my dear darling husband sebab ingatkan thesis writing kena siap juga before presentation day!!

Wednesday, May 5, 2010

Mula gembira, kemudian sedih

Di waktu kerja semalam, aku sgt gembira. Gelak-gelak, sengih-sengih.

Di waktu makan malam semalam, aku masih gembira, belanja pakai duit gaji sekarang.

Di waktu sembahyang solat Maghrib semalam, aku sedih. Aku rasa diri kerdil, ibarat melukut di tepi gantang. Lagi aku cuba tenangkan diri, aku lagi sedih. Persoalan yang agak sensitif sampai boleh bergaduh kalau tidak berhati-hati. Takpelah, orang tidak akan mengerti apa yang aku cuba kongsikan. Aku cakap dengan baby, nasib dia respond. Dia pun mungkin merasai kesedihan aku.

Ini jawapan aku setelah mengunci mulut:

Apa pun, niat aku untuk hadir melihat perkembangan pada 04 Jun 2010 bersama. Tapi jika pihak satu lagi menolak, takpelah janji telah dibuat pada 27 Mei 2010. Bila difikirkan kembali, aku yang rasa dan aku yang bersungguh-sungguh. So, aku yang harus berjuang sehingga ke akhir nyawa.

p/s: Harus berhenti sekarang sebelum orang lain ingat aku GILA sebab menaip smbl keluar air mata....

Tuesday, May 4, 2010

selamat...

To my beloved brother,

All the best for your exam paper today. Hope everything in order as you mentioned last night (aku bru bgn tido waktu tu) as your aim to get A for the paper right!!!

I had done my part, you must show your real talent today. Ahaks....

p/s: Jgn lupa jadi driver aku yea pasni...

Saturday, May 1, 2010

Ucapan sempena 01 Mei 2010

Selamat Hari Jadi kepada Azira Binti Ibrahim.

Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan dan kesenangan dalam membesarkan 3 heroes tersayang.
Akan diuruskan permintaan jam tangan itu, harap bersabar.



Selamat pengantin baru kepada Dr Rifa Aquidah binti Tan Sri Subhan dan pasangannya Azlan Bin Dato' Hj. Md. Amin Shukeri.

Semoga ikatan kasih sayang ini membawa anda berdua ke dimensi kekeluargaan yang diimpikan.



Selamat Hari Pekerja kepada semua yang berstatus pekerja kepada majikan masing-masing.

Semoga kita semua ikhlas dalam melaksanakan tugasan dan memperolehi rezeki yang halal untuk kehidupan sekeluarga.