Friday, September 4, 2009

Penghayatan di bulan Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah, sudah 13 hari aku berjaya menyempurnakan puasa dengan baik dan sentiasa berusaha untuk pastikan ibadah ini lebih sempurna daripada sebelumnya.

Kali pertama aku berpeluang berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran office hubby adalah pada 03 September 2009. Mulanya aku kaget kerana tiada pengalaman tapi alangkah terkejutnya aku, anak-anak itu lebih bersifat pemalu, menundukkan muka ke lantai dan senantiasa menyembunyikan wajah dibalik tudungnya.

Selepas beramah mesra, aku mengenali adik disebelah aku dengan panggilan Ibah. Dia berasal dari Pahang, tapi tidak mengetahui kampung halamannya di mana dengan lebih tepat. Lahir pada 8 September 2001, dalam darjah 2. Dia bercita-cita untuk mejadi cikgu.

Sumbangan pihak office hubby kepada anak-anak kecil ni adalah duit raya, beg sekolah dan kepada rumah itu sendiri adalah duit bagi pengurusan makan, minum dan sebagainya.

Makanan yang dihidangkan enak-enak, dari kuih-muih, nasi, lauk-pauk, air sejuk dan panas. Ibah mengatakan dia suka sate dan kek coklat, lauk yang dihidangkan juga sedap. Air laici ni pun sedap kak.

Keseluruhannya majlis ini berjaya kerana selain berbuka bersama-sama untuk mengeratkan hubungan sesama kita, majlis ini juga menyedarkan kita berapa beruntung kita kerana jika kita rasa kita di dalam kesusahan, masih ada orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita.

Sebak aku apabila adik-adik ini bersalam untuk pulang ke asrama. Selain bersalaman, hubby sempat menghulurkan duit raya kepada adik berdua yang duduk di meja kami. Pesanan terakhir, jangan lupa belajar rajin-rajin!

2 comments:

Jue ~ mama DnD said...

Alie, akak baca ni pun dah sebak...huhu... hati akak mmg x cukup kuat... akak pernah nampak anak yatim buk apuasa ramai² kat alamanda... x pepasal akak yg meleleh air mata...kesian merekakan..

eliyazz said...

betul..bila pikir kembali, kita yang ada kemampuan ni mmg sentiasa alpa atau hanyut dengan hal keduniaan...sebak gak nak salam-salam dengan mereka time nak balik tu...moga rezeki orang yang membantu anak-anak yatim bertambah murah, AMIN.