Traffic jam dah hampir ke semua jalan KL lepas semua orang balik dari bercuti panjang di kampung sempena sambutan Hari Raya. Liputan surat khabar semalam menunjukkan kesesakan teruk hampir di semua tol-tol utama dan jalan persekutuan sekitar KL.
Apa yang menghairankan kenapa la tiada pihak penguatkuasa untuk mengawal keadaan? Aku bukan nak tunjuk pandai tapi hairan kerana:
1) bilangan penguatkuasa mencukupi untuk turun padang membantu rakyat
2) waktu perlu mengawal traffic hanya pagi (7.00 pagi - 9.00 pagi) dan petang (4.30 petang - 6.30 petang)
3) 5 hari seminggu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)
4) pihak penguatkuasa lebih arif cara/ kaedah untuk mengawal arus kenderaan di sekitar KL
Yang aku geram, tiap-tiap pagi, tak kira la dari jenama kereta mercedes, volvo, satria, kancil, kenari, honda, toyota, etc menggunakan "bahu kiri" jalan (a.k.a. laluan kecemasan)! Bodoh tahap gaban...menyusahkan semua orang dan ni jenis manusia yang tak sabar, pentingkan diri! Yang paling kesian adalah motor sebab nak kena ikut rentak mereka-mereka yang kurang asam nih.
Cadangan aku mudah, pihak penguatkuasa SAMAN aje pemandu yang kurang asam ni! Kalau nak cepat, sila la keluar rumah lebih awal!! Salah ke keluar awal dan sampai awal kat opis? Ke memang nak sampai opis cukup-cukup masa untuk punch card aje? Walhal, kalau sampai awal anda boleh breakfast dan baca surat khabar dan mula bekerja tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak majikan anda.
Renung-renungkan bersama demi keselamatan kita semua.
No comments:
Post a Comment