Monday, December 7, 2015

School Holiday Programme - Day 9

Aktivit: Chocolate Making

Mummy tak dapat gambar Azizi mencairkan coklat
Ada kat FB mungkin, nanti add-on lagi kalau ada
Hehhehehh


Susunan coklat & marshmallow


Setakat ni mummy dan nenek je rajin merasa hasil air tangan Abg Azizi

Friday, December 4, 2015

School Holiday Programme - Day 7

Aktiviti: Cookies Decoration


Putar-putar...cam chef jr. plak mummy tgk...


Roll..roll..nipis sikit yea nakkk...


Tada...hasil kerja azizi
Siap berhias balang cookies


meriah dgn choc rice...i like...


sesungguhnya sedap cookies ni, nipis ranggup dan berlemak
nenek pun suka
good job azizi

Wednesday, December 2, 2015

School Holiday Programme - Day 5

Aktiviti Day 5 - Sushi making

Rajin Abg. Azizi menyusun tomato dalam bekas bento
Smp bekas org lain pun Abang Azizi nak tolong susunkan

Hari ni kat sekolah buat sushi
Mmg Abang Azizi tak pernah makan sushi
Mcm2 la ngelat dia bila mummy suruh rasa


Tadaaaa...set bento Abg Azizi

Takziah Dato Siti Nurhaliza (DSN)

Takziah kepada DSN dan keluarga.

Mungkin mudah utk org lain menulis dan berbicara, hanya org yang pernah melalui ianya sahaja memahami situasi yang dilalui DSN ketika ini.

Saya jua pernah melaluinya. Pertama pada 1/4/2009 dan kedua pada 19/5/2014.
#sayanganak

Friday, November 27, 2015

Program Cuti Sekolah - Day 4

Aktiviti Day 4 - Vase Painting

Wow...itik gembo-gembo...hari ni azizi masih meneruskan perjuangan arts dia di sekolah.


Pasal mewarna mmg kegemaran yek Azizi.


Sungguh tekun kamu mewarna itik.


Tak sabar mummy nak tgk pasu ni smp rumah!!!

Thursday, November 26, 2015

Program Cuti Sekolah - Day 2

Aktiviti Day 2 - Cupcake Decoration


Telek betul-betul, Mm kena buat kek Ahad pagi bersama Abang Azizi nampaknya.


Sama dengan jenis butter nenek pakai, ok halal check.


Saya nak cuba...nak cuba...
tak takut plak pada bunyi ni, kalau vakum agak-agaknya cabut lari


Deco atau rasa? Mm pasti merasa krim..hehheh


Inilah hasil usaha Abg Azizi, keep it up, don't give up.
Insya Allah, Abang Azizi akan berjaya dunia akhirat.

Wednesday, November 25, 2015

Program Cuti Sekolah - Day 1

Memandangkan Dd & Mm tak mau Abg Azizi boring duduk rumah sepanjang cuti sekolah, maka Mm subscribe la kelas-kelas yang boleh Abg Azizi ikuti.

Day 1 - Oil Panting


Abang Azizi dah besar, 5 years old. 
Active and love challenge task in arts and baking+cooking.


Young artist in action...insya Allah, amenn.

Friday, November 13, 2015

Pembantu Rumah

Semalam mak aku tepon, informed yang maid aku dah tak nak datang kerja kat umah aku lagi.

Alasan dia:

1) Gaji sebulan aku bayar RM600. Setakat bagi gaji RM600 tu kat kampung dia pun dia boleh dapat.

2) Sebelum dia balik kampung hari tu, aku bagi dia gaji RM420. Gaji tu aku kira hari selama 21 hari.

3) Lepas tu aku beri lagi duit tambang feri dan makan RM100. Tak cukup sebab dia kena bayar cukai nak keluar dari kampung dia pun kena lagi RM100.

Aku dah agak dia takkan datang semula bekerja sebab:

1) semua barang dia dah angkut balik, termasuk sepit kuku dan baju seluar yang kami beri untuk dia pakai

2) cara dia bekerja di rumah aku, dia hanya sapu dan mop tingkat bawah rumah di pagi hari, jalankan mesin basuh dan sidai baju, berus baju baby dan sidai, angkat baju yang dah kering dan lipat, mandikan baby 2x sehari, buat susu, basuh botol susu dan sterlise, jaga baby waktu day time shj. Ruangan atas, sapu sawang, sapu luar rumah hanya dibuat atas permintaan aku, pun bukan disegerakan, harus repeat permintaan 2/3 kali

3) pernah bercerita dengan mak aku dengan mengatakan dia nak mendaftar di pejabat buruh, pertikaikan gaji RM600 kecil, menyoal kenapa kerajaan kata RM1200 (baru cadangan kot dlm berita tu)

Dan ini adalah kos yang dia tak sedar, aku bayar dengan gaji bulanan aku untuk membolehkan dia datang bekerja di rumah aku:

Kos buat passport dan feri untuk datang = RM700 
Kos gaji (kerja 21 hari) = RM420
Kos tambang feri dan makan minum = RM100

Dan ini hidden kos yang dia consume bila di rumah aku:

1) Kos makan minum - makan beras basmathi, minum nescafe gold, dll makanan minum tahap premium yang dinikmati dalam rumah aku
2) Kos penginapan - sebuah bilik bujang lengkap katil, almari, penyangkut towel, cermin muka, jam dinding, berlangsir
3) Kos bil air - mandi bersabun, berus gigi berubat semua
4) Kos bil elektrik - charge telefon, tengok tv pagi smp lewat petang non stop (korea, tamil, semua minat tgk drama bersiri)

Tak nak cakap byk, lebih dari cukup big family aku cuba ambil hati dia tapi kerja tak sepenuh dibuatnya:

1) kain cotton jepun dari mak aku
2) sekotak teh songket dan sepeket keropok ikan kering untuk mak dia di kampung 

Persoalannya, sekiranya dia menggunakan passport yang ditanggung oleh aku itu untuk mencari kerja di Malaysia, korang agak aku nak halal kan ke apa? Sebab dia tak aqad apa-apa dengan aku or mak aku.....

Something to ponder yea, dalam bekerja kena ingat halal haram.

Monday, November 2, 2015

Nikmat rezeki

Alhamdulillah, alhamdulillah...tiada rezeki yang baik melainkan nikmat rezeki yang Allah swt kurniakan.

Tak lambat walau sesaat.

Ini rezeki anak-anak, rezeki Azizi & Aqil. 

Mummy sayang Azizi & Aqil, loves both of you till jannah.

Thursday, October 22, 2015

Azizi turns 5

Nak cerita juga sambutan birthday Azizi kat sekolah.


Party pack untuk kawan-kawan, bersungguh Mm and Azizi shopping kat Cold Storage pada hari birthday Mm.


Kek tema cars, nak gak 2 tingkat. Order kek daripada CAKES STUDIO. Klik sini jika ingin order.


Abang Azizi geli dengan getah topi!!!

Wednesday, October 21, 2015

Sons

As promised, Mm dengan izin Dd nak share sweet moments kelahiran Muhammad Aqil Syalia dalam keluarga kami.

Aqil dilahirkan di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2015 sekitar jam 7.40 pagi. Dilahirkan secara c-section oleh Dr. Aziz. Sakit...mana tak sakit bersalin nyer tapi Mm cepat pulih, hari kedua dah boleh berjalan sana sini dalam bilik

Abang Azizi hadir ke PCMC dengan atok dan nenek, malu-malu dan ingin ikut atok dan nenek balik ke rumah kemudiannya. Malam hari pula Abang Azizi tak biasa dengan bunyi tangisan baby, dia pun ikut terjaga dan menangis. Tapi Mm dan Dd tahu, Abang Azizi happy ada baby.


This was their first picture taken by Dd @ PCMC, room DXXX.


Abang Azizi: Nak angkat baby.
Nenek: Ok, duduk elok-elok.


Memang sedih kalau Adik Aqil tak tido bersekali. Mesti nak tido sedekat yang boleh dengan tempat Adik Aqil.


Abang Azizi mmg suka gesel muka dia ke rambut Adik Aqil. Tapi pantang ditegur jangan pegang kepala Adik Aqil, mesti nak pegang. Semua sebenarnya risau kot-kot Abang Azizi tekan ubun-ubun Adik Aqil.

To date, Adik Aqil memang pantang nampak Abang Azizi. Dia mesti perhati apa abang buat, lepas tu dia akan sengih-sengih. Abang Azizi pun, Mm balik kerja je mesti dia minta Mm pegang Adik Aqil. Dia sentiasa ingatkan Mm untuk tgk Adik Aqil.

nota: terus rindu saat-saat cuti bersalin dengan mereka berdua

Tuesday, September 1, 2015

Mm turns 33!!!

Takde yg paling bahagia dan paling mengujakan untuk sambut birthday dgn org yg kita paling hargai kewujudan dirinya di sisi hidup kita.

Apa yg Mm dpt pada kali ini, sgt diluar jangkaan akal waras. Terasa diri tak tertanggung gelodak hati, minda dan penat bertarung dgn diri sendiri.

Ya Allah, masalah dan beban yg kau berikan amat berat sekali. Aku cuba bertahan, aku yg kuat diluar amat rapuh didalam. Aku semakin penat. Walau tiada air mata mengalir bukan tanda aku tidak berfikir dan punya perasaan sedih.

Dd, terima kasih atas apa yg pernah diberikan selama ini. Mm akan mula berhenti mengharap untuk hari jadi ke 34 dan seterusnya.

Mungkin tiada sambutan lbh baik, biar hari berlalu seperti hari biasa.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 17, 2015

Single with 2 boys

Alhamdulillah, selamat dah Mm bersalin pada 15/7/15, 7.35am di PCMC. Ianya adalah pada 28 Ramadhan 1436H. Maka Mm ponteng puasa 2 hari dan perlu diganti.

Bersalin secara c-section, semasa proses agak psiko tapi kemudian lbh baik dr pengalaman sebelumnya. Mungkin Allah nak mudahkan rasa sakit tu kerana rasa sakit lain yg Mm kena telan.

Kadang terfikir la Mm adakah suratan atau sumpahan kawan Mm dulu kepada diri ini? Betul dia sumpah Mm dgn mengatakan kalau Allah tak turunkan bala kat kau, anak2 kau akan dpt atas apa yg kau dah buat. Kawan itu, andai kau baca coretan ini, aku takkan sumpah kau balik sebab aku tahu kau tak cukup kuat utk tempuhi ianya. Semoga Allah melindungi anak2 Mm di dunia dan akhirat, Amin.

Maka hari ini secara official nya Mm dah 34 hari berpantang. Dan hari ni jugak Dd g offshore selepas lama menyembunyikan diri dari laut. Bukan main lagi Dd naik chopper, Mm bergelut dgn Bb kat umah. Tapi Dd sentap tadi bila Mm ckp jgn hilang kat udara plak 😛.

Azizi agak buat perangai jugak bila Dd takde. Tapi now dia makin better selepas sesi face to face pagi tadi. Rajin nak pegang adik ehhh...

Insya Allah cukup 60 hari usia Bb, akan di upload pic dia secara official 😁. Bukan artis pun tapi sebagai diary kepada mereka bila besar nanti.

Mm sedang sibuk dgn preparation birthday party azizi, buat sekala kecil je.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 30, 2015

Nak kurussssssssssss!!

Morning u'ols... Mm very ener'gedik today nak story-mory pasal melangsingkan badan kepada geng2 wanita dan mengempiskan perut kepada geng2 laki perkasa di luar sana.

To be honest la, Mm tgh preggy dan disahkan ada GBM pada minggu ke 24. Fuhhhh...of course Mm separuh blur apa ke penyakit tu lepas di'test minum air gula mug gemuk gedempol kat PCMC. Atas nasihat dietitian Datin Farah Dhiba maka berubahlah pattern pemakanan Mm. 

Yang sadis tu kena sukat nasi. Waaawaaaaaaaaaa...mana boleh sukat nasi, tak kenyang tau. Dalam masa seminggu, dengan ubah cara makan, turun berat Mm yang mengandung ni sebanyak sekilo. Apa yang Mm buat?

1. Breakfast roti ber'fiber, 2 keping, sapu olive oil spread jeeww + air kosong
2. Makan biskut 2 keping pada pukul 10pagi + air kosong
3. Lunch nasi 1 senduk + kuah byk2 (nasi kembang + tak lalu makan) + ikan/ ayam/ daging + sayur + air kosong
4. Minum petang sekadar biskut + air kosong
5. Malam nasi 1 senduk + lauk + air yakult kurang manis 1 botol + buah

Nota: air manis hanya 1x sehari sahaja, sebolehnya opt beras basmathi

Tapi...doctor endocrine plak tak happy sbb sbg mak buyung, berat kena naik. So dia minta makan macam biasa, kira try and error dan tgk reading bacaan paras gula dalam darah selepas 2 jam makan camna.

For Mm, selagi makan beras basmathi bacaan paras gula sangat OK, buah-buahan pun OK, air sila opt seperti teh o kosong, teh susu segar, air tauhu panas tanpa gula...gitu la kesesuaian cara control gula.

Kalau Dd, dia byk opt makanan sampingan mcm kat bawah ni:








Review Mm? Tidak berkesan kepada Dd. Hanya setelah berjumpa doktor, baru la dia boleh kurus. To be honest, jumlah yang di bayar kepada makanan tambahan ni sama hampir sama byk bayaran bila jmp doktor. Key word dia tetap kena control jumlah makanan, elak manis2 dan carbo.

*** SELAMAT BERPUASA ***

Tuesday, June 9, 2015

Hanya Kerna Duit

Lately mcm-mcm hal timbul, Mm ni setia mendengar dan hanya mengulas bila perlu, itu pun dari sudut pandangan diri Mm la.

Yang hot mcm pancake adalah berkenaan tanggungjawab sebagai anak. Mcm-mcm cerita, berapi-api, yang simbah petrol pun ada, yang simbah air kasi reda tu takde plak. To be honest, Mm mmg tukang simbah air. Bila orang dalam situasi yang tegang, kita always kena tgk opportunity di sisi yang baik. But you must have good ears, dgr dulu masalah. Biar lega dada dia dulu dgn masalah yang ditanggung.

Isu yang diputar-putar bila anak ni always rasa dia dah bagi lebih, lebih dari segi masa, tenaga, DUIT....

Sebagai anak, please la...
  • jangan nak cakap duit tak cukup, gaji kecil
  • jangan nak cakap tolong jangan paksa-paksa dia keluar duit bagi parent
  • jangan nak cakap kau boleh bagi sumbangan tenaga sahaja
  • jangan nak cakap yang kenapa abang/ kakak/ adik lain bagi sikit sangat
Sebagai parent, kalau boleh
  • meminta pun berpada-pada supaya tiada pihak yang terbeban
  • gunakan duit anak beri sebaiknya untuk sara hidup, beli beras, bayar bil utilities hatta nak beli gadget seperti Touch'N Go tu semua
  • termasuk bayar hutang kat bank jugak, along jugakkk! Erkkk...
Pada pandangan saya, ingat la jasa parent kita, kalau mereka tak berhabis duit, tenaga, memberi sokongan moral dari kita kecil smp sekolah menengah, smp universiti...pun ada kat universiti siap menangis nak balik sbb fail paper, ada yang blah je quit universiti sesuka hati, ada yang tiap minggu tepon minta duit...mcm-mcm peel korang kan...

Bila memberi mesti niat tu ikhlas untuk bantu org tua, baru ada berkat. Nilai wang yang dihulur jangan sesekali nak bandingkan, kenapa aku bagi lebih kau tidak sedangkan kau keje HEBAT. Keje HEBAT makna komitmen HEBAT. 

Perlu ke setiap inci RM yang dibelanjakan nak share kepada orang lain, hatta bini sendiri. Contohnya hari ni abang belanja sebanyak RM50 dengan perincian seperti berikut:   

Minum pagi = RM10
Makan tengahari = RM20
Parking = RM15
Tol = RM5

Tak perlu kot, kena beri ruang kepada penerima wang untuk menikmati hasil titik peluh dia.

Dan saya berjanji pada diri saya, sesungguhnya saya akan cuba untuk mengumpul dana hari tua saya sendiri. Saya cuba mengurangkan beban 2 pahlawan saya memberi wang saku kepada saya. Mm nak korang luang masa je on weekend dtg gathering kat umah Mm jika ada kelapangan, kita makan piza yea....hahahhahah

Monday, June 1, 2015

Dah lama, sangat lama sebenarnya tak menulis perkembangan Azizi Jr. Sebabnya mudah, Mm belum bersedia nak berkongsi cerita. Tekanan demi tekanan, dugaan demi dugaan tapi percaya ada jalan keluar yang menanti.

Februari 24, 2015 Mm demam yang amat panas. Bahagian belakang leher kepala terasa sakit yang amat, tak boleh fokus dan tertidur dalam mesyuarat akhirnya. Mmg tak larat, terdengar suara bosses yang menegur tetapi diri mmg tak larat. Hatta untuk drive pulang ke rumah pun menunggu keadaan traffic kurang. Sekitar 6.30 ptg balik dengan pandangan dan fikiran kosong. Alhamdulillah selamat sampai rumah dan terus tergolek di bilik bawah.

Tak boleh nak makan malam, badan terasa sangat lemah. Terus minta adik Mm hantar ke klinik, nenek dan Azizi Jr. ikut bersama dan setia menuggu dalam kereta. Demam biasa, itu ayat doctor. Hanya bagi ubat dan 1 hari mc utk esok harinya. Masuk je dalam kereta, aku termuntah-muntah. Azizi diam, tidak berbunyi. Malam harinya aku teman Azizi tido di bilik dgn nenek.

Makin tengah malam, sengal badan makin terasa. Suhu makin meningkat. Aku gagah turun ke bilik bawah, menangis sorang-sorang di tengah malam kerana asyik muntah tanpa boleh makan atau minum air walau setitik. Baby dalam perut dah diam tanpa bergerak, aku cemas.

Februari 26, 2015 pagi aku berkunjung sekali lagi ke klinik yang sama, keadaan diri aku kering, mulut kering habis sbb tidak boleh makan dan minum. Darah diambil dan dijanji akan dimaklumkan melalui telefon keputusannya. Mc lagi 1 hari. Sekretariat meeting telefon, minta wakil. Aku sendiri nak pandang screen tak mampu tapi kerja tetap perlu diselesaikan. Mohon bantuan rakan untuk ganti tempat.

Februari 27, 2015 pagi aku bersiap ke pejabat. Aku mmg tak larat tapi demi kerja yang melambak, aku gagahkan diri. Aku masuk dengan niat utk print semua berkaitan, minta rakan sepejabat hantar kepada yang berkenaan. Kesian boss baru aku, aku mmg tak mampu nak terangkan dengan lbh jelas tentang kerja tersebut. Muka aku merah, aku sakit kepala yang amat apabila memandang screen, aku rasa loya yang amat, tapi aku gagahkan diri utk selesaikan mana patut. Balik je rumah, muntah2. Makan sepotong epal. Ya...itu jelah makanan aku boleh makan semenjak 3 hari lepas. Menunggu keputusan darah tapi tiada panggilan telefon yang masuk dr klinik tersebut. Atok ambil Azizi Jr. disekolah, Mm terus tepon klinik. Dia cakap doktor nak jmp. Dah tu nape la tak tepon aku. Kalau tak dtg ptg ni, jumpa next week. Kau gila nak jmp next week, aku tak boleh nak makan minum ni. Baby dalam perut dah senyap aje.

Smp klinik doktor kata maybe viral. Aku bertegas untuk buat denggi test. Alasan demam panas sgt, aku tak boleh makan minum, baby dah senyap. Doktor deny nak buat, tunggu ahad. Aku cakap tolonglah, i know something is not right in me. Buat denggi test, POSITIVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku opt utk masuk hospital sbb aku dah memang tak boleh makan minum, baby dah senyap. Terus call husband, smp putrajaya you kena hantar i masuk hospital. Aku kemas baju dan tunggu. Azizi Jr. menangis nak follow.

Masuk hospital, redo test darah dan platlet dah tinggal 70 shj. Terus drip ubat demam dan air seterusnya. Since wad penuh, duduk bilik ber4. Aku tak boleh tido sepanjang malam, ke toilet sahaja. Esok move ke bilik sorang. Dah boleh makan minum sikit-sikit.

The following week, Azizi masih di bawah supervision Atok & Nenek. Dengan Dd kena outstation semula, kesian dia. Hard time for me, baby dan Azizi Jr. Tapi alhamdulillah Mm getting better and better.

Bln. 3 dan 4 Azizi Jr pula yang on off demam. Kesian dia. Mcm-mcm sakit. Performance dia drop terus. Dia tak suka ke sekolah. Puas Mm fikir, tanya macam-macam tanpa ada jwpan yang pasti. Tarik nafas panjang-panjang, bawa jmp doctor perkembangan kanak-kanak. Dia kata Azizi Jr normal cuma kurang komunikasi. Contra dengan Speech Therapist yang mengatakan performance dia stagnant. Sgt psycho waktu ni, Mm dgn perut lagi, Azizi Jr dengan tak berapa sihat, masalah tadika lagi. Until try tukarkan dia sekolah satu hari, sekolah tu reject dia sbb dia tak mampu uruskan diri untuk ke toilet sendiri. Hello....anak aku boleh cakap kencing berak, buka seluar sendiri tapi baju mmg la tak boleh nak buka sendiri. Takpe la wahai dunia, kalau korang kata Azizi Jr sebaliknya, aku usaha smp dia berjaya jadi orang satu hari nanti. Jangan ketika itu, korang datang mengaku korang membantu.

Extra duit dikeluarkan, dilaburkan. Always put priority sabtu dan ahad adalah hari Azizi Jr. Maaf kepada family dan kawan, Mm dan Dd hanya boleh beri komitment selepas selesai hal-hal berkaitan Azizi Jr selesai.

Now Azizi Jr happily ke sekolah tapi terlalu bergantung kepada Uncle Alif. Smp nak masuk kelas pun kena ada Uncle Alif. Not a good sign, takpe we work cara lain pula untuk tarik minat dia. 

Satu yang pasti, anak-anak kecil boleh merasa adakah org ni sincere untuk berdamping dengan dia? Perlu ada chemistry dalam hal ini.

Now Mm dah masuk 32 weeks, after my delivery Azizi Jr akan ke sekolah separuh hari sahaja. Mm tahu dia tertekan kena ke sekolah smp petang. Tapi Mm tak jumpa calon yang sesuai untuk tunggu awak di rumah. Insya Allah, biar Mm fussy sbb nak jaga anak Mm. Maid yang lama pun macam-macam hal, bagus dia berhenti sbb Azizi Jr makin dewasa dengan perubahan environment yang ada sekarang.

Wish us all the best - planning and working to help Azizi Jr.

Nota: Lately dia rajin berbicara, tetapi Mm tak dpt tangkap butir nya. Bersungguh dia menerangkan 2x kepada Mm...

Monday, January 12, 2015

Belajar membuat pilihan

10-1-15, pukul 11.00 pagi ada appointment di PHKL. Sesi Azizi bermain bersama Ms Goo. Dah 3 minggu Azizi tidak bertemu mata dengan Ms Goo.

Bantai malu-malu plak bila lama dah tak ketemu. Azizi pun, cuba chill sikit. 

Ms Goo bagi task kat Mm & Dd. Bagi Azizi belajar untuk buat pilihan. Kalau progress Azizi slow, maka kena buat intensive class semula. Antara sebab Azizi bayak cakap Bahasa Inggeris (BI) balik.

Mmg Mm dah perasan yang Azizi dah mula buat struktur ayat BI. Anak Mm yang sulung ni mmg hujung bibir tu BI je kan, selamba je this is mummy, this is lorry...etc. Ayat tu betul dan Mm kena acknowledge faham maksud ayat dia.

Wish us the best, Azizi si comel meneroka dunia dengan ceria dan selamat.

Tuesday, January 6, 2015

Cabaran pakai baju dan seluar sendiri di usia 4 tahun

Selepas cabaran potty training berjaya (klik sini untuk baca), langkah seterusnya pakai baju dan seluar. Bukan mudah tapi kena berusaha. Asasnya supaya Azizi tahu sebagai manusia kena pakai baju, jangan bila tak pakai baju rasa normal. 

Sebab tu sebagai mak budak, kita kena lebih sensitif tentang adab/ aurat anak lelaki dan perempuan. Jangan kita ambil mudah, mandikan anak laki dan perempuan selonggok dalam bilik air pagi hari. Konon mudah, mudah sekarang, sengsara kemudian.Keluar bilik air, tuala ke lantai berlari kebogelan. Bilik nenek tegur, cakap nenek tak sporting. Nak modern thinking pun biar berasas beb!

Sungguh tercabar kerana Azizi kurang cekap nak pegang baju, seluar, spender. Sebab tu Mm syorkan jenis sarung je dulu. Konsep pegang, sarung dan tarik. Kena bagi masa, kena sabar, kena fokus. Hai ingat anak kau je ke kena fokus. Dalam kes Azizi, sampai duduk atas kerusi. Still in learning progress, jangan mengalah yea Azizi.

Now kena pastikan di sekolah pun you been trained untuk pakai baju dan seluar sendiri. Cuma cabaran teacher sebab Azizi tak suka pergi bilik air sekolah, sanggup tahan kencing.

Another idea, mungkin guna sistem good achievement will be reward. Hape plak nak bagi? Hum....