Monday, December 30, 2013

Cermin Ajaib

Sekejap sahaja masa berlalu, tinggal 1 hari lagi sebelum tirai 2013 dilabuhkan. Saat begini penting dalam menilai pencapaian diri sepanjang perjalanan 365 hari yang lalu. Ada duka, ada suka, ada lara, ada hati terluka. Pahit yang ditelan, ukiran senyuman plastik, ucapan ya yang berpura-pura... byk lagi sehingga tidak terungkap dgn kata-kata.

Yang manis untuk dikenang:
1. Gaji naik 2x - terima kasih boss

2. Status jawatan lebih baik - ada pencen

3. Bercuti sekeluarga besar (12 org) ke Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau. My son first experienced naik flight, selain happy feeding calf, cow....

4. Bercuti ke Tanjung Piai sekeluarga kecil (3 org). Enjoy tgk my son yg suka adventure, sanggup berjalan jauh untuk sampai ke titik paling selatan benua asia walau dalam keadaan demam panas.

5. Owhhhh my..... Gucci

Yang pahit untuk dikenang:
1. My beloved son kena operate gigi - Mummy sedih sgt! Fully recovered with minimum cranky time, Alhamudulillah!

2. Honda City buat perangai - EPS failure & waktu pembaikan hampir 1 bulan!! Nasib baik masih dalam warranty period, Alhamdulillah!!

3. Tak boleh guna annual pass Legoland Malaysia. My son demam panas ketika tu namun bersyukur my son sihat kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah.!!!

Pengalaman lain bukan tidak penting tapi sentimental value tu kurang. Impak kepada kematangan hidup tetap ada. Setiap kejadian itu ada pengajaran namun kita kena terus melangkah demi kelangsungan hidup.

Contoh 1: Terpaksa menyusahkan parent di kampung untuk hadir kursus. Walau ada pembantu rumah bersama namun masa, kepenatan, kesusahan, kesihatan my mum and dad mmg tak mampu nak dibalas. Bagai ada perakam yang dimainkan di telinga ini, ibu bapa akan disusahkan oleh anak mereka sendiri bila mana kita menghampiri akhir zaman. Dalam konteks ini, ibu bapa yang semakin tua disusahkan untuk menjaga cucu yang berusia 2 tahun. Menjaga cucu siang dan malam selama 6 bulan bukan perkara yang mudah. Semoga diri ini tidak terus hanyut menyusahkan kedua orang tua selamanya, insya Allah.

Contoh 2: Ingin menghantar anak ke tadika. Wah, bayaran pendaftaran dah 4 angka namun tak perlu kot ada homework bagai untuk anak kecil berusia 4 tahun. Dan aku percaya kepada pembangunan holistik seorang anak yang baru bertatih berdikari. Pengalaman pertama itu penting dan harus diperhalusi supaya memberi kesan positif kepada kendiri. As mummy, aku percaya kita jangan nak susahkan diri dan kedekut untuk melabur RM. Trust me, you must give some kind of value added to small things in real time. I focus nak hantar ke tadika, exposure untuk sosial skill, communication skill and motor skill. But I don't need nursery. And I setuju untuk dia naik bus but my husband don't. Secara ideal mmg nampak mudah as parent hantar & ambil anak ke sekolah tapi kita terikat dengan masa dia. Kenapa kita nak susahkan diri hanya untuk jimat RM40 sebulan? Kenapa kita sibuk nak kira masa yang anak rugi oleh kerana bus pusing jauh, hantar anak orang lain balik dulu? Kenapa kita lebih sanggup anak bodoh pengurusan masa, bodoh berkawan atau kita risau kita tak mampu kawal anak hanya kerana dia dah pandai cakap kasar hasil pergaulan dengan rakan sebaya? Kenapa??? I sanggup my son naik bus walau sekolah 500 meter dari rumah kerana:

1. pengalaman ke sekolah dengan school bus lain feel nyer.

2. luaskan skop kawan-kawan, biar minda terbuka yang hidup ini ada kawan jahat, baik, etc. Perbualan sesama rakan seusia lain daripada kita.

3. I suka nak pantau dia dari kereta. Mcmana dia react bila sedikit kebebasan diberi dalam selang masa yang terbatas.

4. I nak dia dewasa mengikut usia dan peredaran masa, tak dungu bila sesuatu situasi itu berlaku. Dan I bersedia ambil risiko untuk confront dengan dia seandainya dia bercakap atau bertindak kasar.

5. I kena terima suatu hari nanti my son kena mengorak langkah sendiri tanpa perlu I lihat. Probably by his request, mummy jangan ikut...malu la... etc... Tapi at least I dah pantau dari kecil dan truly I rasa I lebih bersedia melalui saat itu!

6. I focus nak hantar di ke asrama by age of 13. So dia kena ada pengalaman seperti org biasa, untuk mematangkan pemikiran dan jati diri. Insya Allah.

Sebagai summary, flashpoint 2013 saya berkisar hal anak saya sendiri. Banyak mummy hutang Azizi tapi mummy akan lunaskan satu per satu. Insya Allah. Anak adalah refleksi ibu bapa...ibarat cermin berjalan untuk ditonton dan dinilai org ramai!


To my husband,
Thank you for every single cents you have spent for me and my son especially. May Allah bless you and all the best for your 2014 journey.

Wednesday, December 18, 2013

Aku dan diriku


Ada harapan dengan syarat aku kena berusaha hingga sampai ke garisan penamat.

Ingatan buat diri sendiri:

Jangan takut dengan manusia kerana rezeki milik Allah.
Jumpa pakar yang pakar dalam bidangnya untuk bantuan duniawi.

Kalau bukan aku dan diriku.... 
siapa lagi yang nak diharapkan ??????

Monday, December 16, 2013

Chemo Therapy

Last Saturday morning, around 4.40 am gitu, my husband and I went to Big Bad Wolf 2013. First time ke BBW tapi atas nasihat rakan-rakan, I bawa trolley susu Azizi.....atas nasihat my boss juga sebab tu kami redah BBW pukul 4 pagi.

Awal lagi I dah decide nak cari buku untuk Azizi, dapat la rembat buku yang bagus-bagus mengikut kegemaran dia. Dari satu lorong ke lorong lain, I selak lebih-lebih kurang before buat keputusan beli ke tidak. Lama betul spent masa cari buku dia, about 3 hours. Bila badan dah mula letih, baru beralih arah ke bahagian masakan.

Owh, time I perabih masa 3 jam kat bahagian buku kanak-kanak, my husband dah explore semua. Banyak buku dia ambil tapi baca belum tahu bila. Buku untuk di polan, si dia, si anu. Buku untuk I tak dicari pulak!!!

Di bahagian buku masakan, kepala ni nak cari buku resepi nasi or Chef Wan or resepi untuk kanak-kanak. Hum....Chef Wan takde tapi resepi Kak Ita ada la...ok takpe beli satu untuk my maid. 

Then jumpa 2 buku resepi khusus untuk kanak-kanak...mood happy! Resepi dalam buku tu agak praktikal dengan selera orang Malaysia and another 1 tu siap buat statement anggaran 1 tbs tu berapa ml...bagus-bagus... choi la korang!!! Aku mana pandai masak!!!

Sebelum aku hentikan pencarian buku, mata ku terlihat pada 1 buku light purple bertajuk Chemo Therapy Receipe....lebih kurang la tajuknya...emmmm ambil je la buku ni!! Buku tu ada menyatakan yang taste bud pesakit yang menjalani rawatan chemo ni bitter.

Petang tu, my husband and I melawat rakan lama di HKL. Nama dia Ainie. Dia sakit kanser dan menjalani chemo therapy di HKL selama 3 hari. Baru la kami faham bagai mana rawatan tersebut dijalankan. 

Ibarat kaedah drip water ke dalam badan if kita demam panas. Tapi bagi rawatan chemo 1 beg solution chemo diikuti dengan 2 beg water perlu drip ke dalam tubuh pesakit. Ainie cakap bila solution chemo masuk dalam badan, mmg dia boleh merasai panas ubat tu berjalan ke seluruh tubuh dia. I sendiri tengok dia berpeluh, basah baju dia. Pernah ketika tidur di malam hari, suami dia berkata kena bahang badan Ainie panas ibarat batu tungku orang bersalin? Hampir setiap hari cadar katil perlu ditukar sebab badan dia yang sentiasa berpeluh, lencun gitu. Chemo perlu dibuat dalam masa 3 minggu sekali. Setiap kali itu mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke 8, akan di'injek' sel darah putih melalui tulang belakang, kalau I tak silap dengar la.

If ketika menjalani prosedure tu dia ter'demam' maka rawatan akan dihentikan, baikkan demam sepenuhnya dan ulang semula rawatan tersebut dari botol pertama. Bukan main sambung je rawatan yang terhenti tu. 

Dia pernah down gila bila melihat rambut gugur dengan kadar luar biasa. Terpegang rambut, confirm ada rambut di tangan. Di bantal apa tah lagi. 2 minggu dia down gila dan kemudian dia tekad minta suami cukur habis. Supaya dia tak terus psycho bila tengok rambut yang gugur dengan kadar luar biasa.

Ainie sendiri berkata yang dia kena kuat semangat, kena paksa makan supaya ada tenaga, bershopping dengan anak-anak supaya lupa masalah kesihatan diri dan sebagainya. 

Nampak mudah tapi berat lagi bahu yang memikul. Ainie telah menjalani operation dan membuang organ yang effected (tak nak details kan di entri ini). Ainie dapat degree daripada OUM bulan 4, bulan 6 disahkan menghidap kanser, bulan 12 dah melalui chemo kali kedua.

I suggest to my husband suruh Ainie tulis blog, dokumen kan dari sudut kaca mata pesakit. Sekurang-kurangnya dia berkongsi pengalaman dengan mereka yang lain, insya Allah. Niat baik di balas baik. Keluarga Ainie bersemangat nak try resipi dalam buku yang diberi. Mungkin itu juga modal yang baik utk dikongsi dalam blog kan!

Ainie, walau I baru kenal you tapi I hope you terus bertabah demi keluarga. I doakan you kuat semangat dan sabar menjalani dugaa ini.

Friday, December 6, 2013

Kota Kinabalu, Sabah - Day 1

Pada 29 November 2013 (Jumaat), rombongan Cik As telah bertolak dari KLIA to KKIA tepat jam 10.40 pagi. Delay dalam 30 minit. Hajat nenek untuk membawa cucu dia berjalan-jalan, yang lain tumpang sekaki je.

Tiket telah diambil seawal bulan 8. Hati sedikit risau sebab cuaca seminggu sebelum itu hujan sahaja di bumi KK. Takpe, kita bawa payung besar demi kesenangan anak kecil.

Azizi tak berhenti explained pasal truck, lorry, aeroplane yang ada. Takpe, cubaan kali pertama ni diharap berjalan dengan lancar. Kurang bernasib baik kerana lupa buat web check in maka seat dalam kapal terbang sangat terkebelakang.


Anyway, sampai KK terus kita serbu Hertz. Kami sewa 1 kereta dan 1 van. Mahal? Percayalah bahawa ada diskaun sekiranya anda membuat reservation. Overall kami puas hati, mudah juga sbb ambil di airport dan pulang semula di airport.


Dari airport KKIA kami teruskan perjalanan ke Grace Point Sembulan. Di sini ada food court, pelbagai pilihan menu. Tempat ini dibawah seliaan Sutera Harbour. So harga milo panas RM2.70 dan harga milo air RM3.50. Namun stall makanan diusahakan oleh orang tempatan di Sabah. 


Tempat Grace Point Sembulan ini juga adalah tarikan pelancong. Di sini terdapat Double Six Monument. Agak kurang bernasib baik ketika ini kerana hujan. Tapi payung besar ada, takpe takpe...hahahhah! Hujan tu rezeki kannn!

Lagi satu, I ni suka juga bertanya orang setempat direction ke mana-mana. Ala ala kuno la kann! Sebenarnya kalau pakai Waze pun dijamin sampai, tapi saja nak tau kot-kot ada jalan lain. Mentally prepared if jem. Satu pelajaran yang I belajar, if orang Sabah cakap...terus sahaja...huhuhuhu...jgn percaya sangat. Sebab dia merujuk kepada terus menggunakan jalan utama. Kau tau ke jalan utama mana satu. Maka, lesson learnt #1 adalah GUNAKAN WAZE.

Kemudian, kami terus check in di Hyatt KK. Azizi sangat gembira di hotel. Habis dia explore serata ceruk bilik tu. Sangat gembira memanjat katil yang tinggi tu.

Malam nyer...malam ke pukul 7? Kat KK pukul 7petang dah macam pukul 9 malam. Gelap pekat. Berbekalkan Waze, kami mencari kedai makan Seafood Gayang. Dengan keadaan jalan di KK yang jem, perjalanan mengambil masa 1 jam.


Atok dah bising...atok ni kurang sporting if lambat dapat makan. Hahahhaha...kami buat dek je. Abe Zul, Kak Zira and Hakam ditugaskan memilih ikan, sotong, udang, kerangan untuk disantap. Malam tu Hakam dah prepare duit, dia tokey belanja makan malam. Dah pesan, in fact dia prepare for the worst senario. Tapi I ni akak yang baik, dia yang pergi settle bil pun terkejut...murah la weiiii!

Kau tahu pun, sini makanan fresh, murah dan lebih sedap sedikit dari KK. Namun sila ambil maklum yang mereka serve alcohol drinks atas permintaan. 


Sekembali ke hotel, semua orang berehat kecuali geng Kak Zira ke Pasar Malam Philippine.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 5, 2013

Playground

Lama tak berlari-lari di tanah
dapat lari
bersungguh kau panjat sana sini yea nak!
Takut-takut mahu yea...


Hai Mummy!!
Bila disebut je ayat di atas, tersembur aku sengih.
Penyejuk hati dan halwa telinga Mummy


One thing yang Mummy confirm pasal Azizi
dia suka sgt adventure mcm lari kat lereng bukit, laluan semak, batu-batu dipanjat
takpe...next time kita buat trip ke Sandakan plak ehhh!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 19, 2013

Ubat cacing kanak-kanak

Baru-baru ni, selera makan Azizi agak membimbangkan. Daripada seorang toddler yang suka makan, nasi tak tolak apatah lagi telur kepada seorang toddler yang telan nasi bagai terpaksa, telur pun makan sebiji aje.

It's okey for me if my son had heavy breakfast and lunch, while for dinner he just ate eggs or fish. After all, sumber protein yang paling penting untuk tumbesaran ni ketika ini. Hahhaha...I'm practical Mummy, carbohydrate intake should be control as he did not doing hard work in house. Protein yang more important now, to build tissue and so on for tumbesaran dia.

Knowing my son yang berperut jawa tu, tak mungkin la simply taknak makan langsung. Apa lagi, mengomel la pada my dear husband. My husband suruh bawa pergi jumpa doctor pakar kanak-kanak. Pastu being Mummy yang paranoid sana sini, refresh balik memory apa Doctor Afifah pernah cakap. Emmm...macam ingat...macam dia ada cakap...emmm...

Terus terjah call klinik tempat Doctor Afifah kerja. Owhh, dah lama dia tak duty on Ahad. It's okey. Whatsapp kawan-kawan, kongsi cerita sana sini. Emmm...rasanya if jumpa Doctor Afifah pun, confirm-confirm dia suruh beli sendiri ubat cacing ni.

Selepas melayan karenah Azizi dengan makan di luar, kira kasi new environment kat dia, terus pergi cari farmasi di BBB. Punya la rigid nak jenama Zentel jugak. Hehheheheh...untung GlaxoSmithKline...free review and promo blog ni buat! Untunglahhhh....  


Untuk kesenangan semua, ubat cacing jenama Zentel ni ada bentuk tablet dan cecair. I prefer cecair la nak bagi pada Azizi yang berusia 3 tahun tu. Ubat cacing ni bagus diambil 1 kali dalam masa 6 bulan. Since ini adalah kali pertama beli, kali pertama nak kasi Azizi makan, kita kena cari jenama yang boleh dipercayai. Belilah Zentel kerana ubat cacing yang dibungkus mengikut dose keperluan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.


Korang jangan jadi cam I plak. Pergi farmasi tu, mulut tanya pastu terdengarlah perkataan Oooooo... Emmmm.... Oh, begitu rupanya.... Punyalah ambil enteng berkenaan ubat cacing ni. Ubat ni bukan fokus kepada kanak-kanak je, in fact orang dewasa pun harus makan. Difahamkan ada juga dalam flavor oren. 

1 botol kecil seperti di atas mewakili 1 dose yang perlu diambil 1 kali dalam tempoh 6 bulan.

Knowing Azizi yang bijak muntah ubat semula, maka adalah menjadi tanggungjawab I memastikan 1 dose ini diambil dalam 1 masa yang sama. I tell you, campur ubat ni dalam yogurt strawberry sikit terus settle sekali minum. Lega dia tak dapat detect. Mula tu rancang nak bagi pagi, tapi atas dasar bangun tidur lambat maka aktiviti memberi makan ubat ini hanya berlaku pada pukul 5.30 petang, 18 November 2013. 

Seminggu ni, adalah menjadi kerja maid I untuk membuat kerja monitoring terhadap najis Azizi. If ada, dengan maid aku sekali kena makan ubat cacing. If tercirit, kena bawa jumpa doctor kanak-kanak.

Owh...faktor lain kenapa bersungguh nak kasi makan ubat ni kerana Azizi suka garu-garu punggung. Tak semestinya garu tepat kat dubur, sekitar punggung pun harus timbul syak. Sementelah langsung tak pernah beri makan ubat cacing.

If ada hasil dari pemantauan I or maid, akan di'share dalam post akan datang.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 18, 2013

Happy 3rd Birthday!!!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you Azizi
Happy birthday to you


Alhamdulillah, my son dah besar bagai juara di hati Mummy & Daddy (M&D). Insya Allah, M&D akan sediakan semua yang terbaik untuk Azizi, bagi keperluan dunia dan akhirat. 

M&D doakan Azizi dimurahkan rezeki yang mewah, hensem, baik budi perketi, mendengar kata M&D, dipelihara kesihatan dan keselamatan dunia dan akhirat. Amin. 


This year, Mummy has suggested Daddy buat di restaurant dan jemput family terdekat sahaja. Nenek and atok Semenyih bergegas datang dari kenduri di Ampang. Nenek dan Aki dari Kuantan pun datang. Aunty Long & family, Mak Ngah & family, Uncle Su, Mak Uda & Pak Uda pun dtg memeriahkan suasana.


Bajet masih sama kalau buat di rumah, tapi saja nak kasi semua duduk-duduk borak. Order la ikut tekak masing-masing. Mummy benci pembaziran. Memang Azizi sedia diajar if makan kena ambil sedikit, tak cukup sila tambah. Ambil candy pun secara berhemah, jangan nak membazir.


Mmg lambat sangat berkongsi kisah ni but better late than never kan kan...hahahhaha! Cake dibuat oleh Happyninie Cakes. Cake Red Velvet dgn tema Team Umizoomi. Idea asal nak buat bentuk car, train segala la tapi macam tak worth it. Maybe nanti bila dia dah pandai demand, Mummy usahakan cake mengikut kehendak Azizi.


Haiyooo...tak padam-padam api tu!! Penyudahnya air liur je lebih kot, hahhahahah! Good as he wanted to try again and again...hahhahah!


Tetamu yang dijemput. Untunglah... owhhh, Mummy memang tak nak buat kat fastfood restaurant, itu disimpan untuk zaman sekolah nanti. Owh...kami buat reservation di Restaurant @grills Bandar Baru Bangi.


Tema pakaian merah. Majoriti datang menepati tema, bagus...bagus! Dan tetamu tidak digalakkan membawa hadiah. Ini atas dasar lambakan mainan di rumah.

Anyway, thank you to all of you yang sudi hadir pada majlis ringkas kami.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 7, 2013

PickNik @ Publika

Owhhh...berat saya dah bertambah
mana tak hanya yang terbaik layak masuk ke perut
dengan pelbagai pilihan, sediakan duit sahaja
nahhhh sedia untuk dimakan 


Ekoran terbaca review yang kata sedap makanan yang dihidangkan
mari mari rakan ku, kita mencuba
maka berduyun kami ke PickNik di Publika
open kitchen gitu...korang boleh tgk Chef Nik (finalist MasterChef Malaysia) masak

Tiada pilihan untuk minuman alcohol
hidangan pun daging lembu, kambing, ayam dan seafood sahaja
of course desert ada la pilihan cake!!


kunjugan hormat pada ketika itu
order air Mojito (halal sebab takde white wine)...
erkk pronounce it mou-hi-tou....
dan Spaghetti Aglio Olio 

Personal comments:

1. Even nama kedai Cafe, total bill ada 16% tax maka ada pihak yang rasa mahal ada yang rasa just okey

2. Sila buat research terlebih dahulu hidangan yang org kata MUST TRY, instead belasah order je kat sana

3. Portion makanan cukup membuatkan saya kenyang 

4. Kalau buat perbandingan harga, a bit mahal sikit tapi cara chef masak adalah untuk 'individual meal'. Oleh itu, sila expect delay sikit untuk tunggu makanan dihidangkan.

5. Pasta yang saya makan tu mmg saya dan rakan recommended sgt, ada ummmph!!

6. Air yang saya pilih pun terbaik, mmg suka pilih ada lime untuk elak mulut bau makanan 

Overall, puas hati kerana memenuhi rasa tekak dan perut. Ukuran bintang adalah 4 daripada 5, yeayyy!!

Address:

Picknik Comfort Food Cafe
A4-UG1-05, Publika Solaris Dutamas
Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur

03-64116499
- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 6, 2013

Candy

Clever... very clever
mula tu malu nak masuk kedai Famous Amous
gigih la Mummy angkut 16kg masuk round 1x
takde apa yg diminta, ok kita keluar

Smp luar, terus meluru turun dari dokongan
tengok signage kedai
pastu tengok geng ramai tengah memilih CANDY

wah wah laju kemain tarik tangan mummy ekk
membeli la sikit, sikit apa kalau 100gm minimum
kedekut? Idak la kedekut dgn harga RM4.50


Tgk wajah bahagia makan CANDY 100gm diatas airplane
sebijik pun tak offer pada mummy or maid

jangan tak nak brush teeth sudahhhh!!


Rentetan kebahagian makan CANDY
mood di rumah terbaik!!!


Bahagia kau yea nak, dok kerusi Daddy kau yea nak!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 4, 2013

Busy

Don't know why but he's too rajin...
I repeat...
he's too rajin last night!!!



But
Boleh dia bantai geli dgn bugs mainan kecik2 dulu!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 28, 2013

Gigit

Nak tergelak pun boleh tapi perasaan kesian tu melebihi segalanya. Masihkah kau ingat my son sakit gigit? Dan honestly aku ingatkan takde kesan psychology ke atas dia selepas operation. Rupanya bila hilang nikmat mengigit, dia seakan emo .... why and why Mummy!!!!

Aku pun panas baran gak, harus aku amuk balik. Penyudahnya aku insaf sebab dia kecil, mana tahu apa. Aku yang nak dia hadir dalam hidup aku, yang aku nak amuk apa hal????


Lately ni dia rajin gigit hidung aku. Sakit ok...tapi kalau itu je cara untuk sedapkan hati my son, dan itu sahaja untuk build up confidence dia, I'm ok with it!!!

Pernah korang dengar sorang Mummy tak sanggup berkorban demi anak dia? 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 24, 2013

Boyfriend

He wanted to be in this jeep but Mummy please don't put in coins!

He would sat still but jump out if the jeep start moving!!

He know "I should wear a shirt" but don't realize it cost a month of groceries stock for our house!!! 


He would ask for same kind of toys everytime we visited ToysRUs but yesterday he asked for kite!!!! Something new for Daddy to discover..hahhahah

He will ignore "Mummy and Daddy" if we sat distance from each other but he want to be in the middle once 'Mummy and Daddy" sat next to each other!!!!!  
Hahahhah...again Daddy had to accept that my son is my wife boyfriend....hahhahahah  


Note: Something to cheer me up, missing someone badly! Hahhahahah

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 21, 2013

Brave boy on the show!!!

Daddy cakap dia pun serba salah bila selamba decided cabut gigi Azizi.

Atok cakap Azizi sememangnya jenis tahan sakit. Tak la lembik bila sakit.

Mummy serba salah sebab Mummy ke kursus, you dapat sakit gigi.

If korang tak faham ayat-ayat sedih di atas, sila baca Part 1, Part 2, Part 3.

Sempena meraikan kemenangan Azizi, maka Daddy belikan garbage lorry and airplane.


Sesi penyampaian hadiah oleh Daddy. 
Untunglah...


Owhhh...mummy pun sampaikan hadiah, double bonus gitu.



Inilah wajah hensem Azizi sekarang. 
Penghibur hati Mummy siang dan malam.

But, semalam punya la suka hati berlari-lari dan terjatuh sendiri.
Bibir pecah dan lebam. Akan kongsi dalam post seterusnya.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 9, 2013

Bottle Dental Caries (Part 3)

Lupa sangat nak update pasal bekalan ubat. Humm...doctor hanya bekalkan ubat paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Pun...doctor pesan hanya beri andai your son kata sakit If not, not necessarily. Bekalan yang diberikan pun setakat 2 hari, setiap 6 jam masukkan 1 supp. 

Azizi bukan jenis yang mudah telan ubat maka kami minta doctor bekalkan ubat supp.


Tapi...being mummy yang tukang fikir, terus teringat ubat tahan sakit dalam bentuk supp. Biar betul cabut 4 batang gigi takde proper ubat tahan sakit. Aku yang buat cesarean pun dipesan oleh nurse ambil ubat tahan sakit selama seminggu. Kalau tak cukup bekalan hospital, pergi klinik dan minta.

So, selongkar stok ubat yang ada dan terjumpa Voren. Dan memandangkan Daddy nak gi work petang tu, sila beli stok untuk keperluan pesakit di rumah. 

Utk knowledge korang la, Voren ni pun I pakai to Azizi if suhu badan di panas melebihi 38.5 degree celcius. Demam panas doctor kata. Pun cepat-cepat masukkan untuk elak sebarang masalah lain timbul seperti sawan, etc.


Azizi pakai supp ni untuk 2 hari sahaja. Tengok dia ok, takde mengadu sakit dan sedia makan minum seperti biasa.

Cuma pada malam hari ke 4 tu, dia ada mengadu sakit. Ingat dia main-main. Again, pada hari ke 6 dia ulang cakap sakit sambil tarik jari aku dan letak kat gusi. Ngeri la plak, dan hasil teropong Daddy dikatakan ada sedikit darah.

Daddy pun pantang mummy tanya banyak mula naik angin. Dah dapat bini jenis kepochi, redha je jawab dengan ikhlas. Luka pada gusi, fresh blood. Meaning itu luka baru. Tapi mana dia dapat. Tak puas hati betul. Kena investigate lagi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 8, 2013

Bottle Dental Caries (Part 2)

Just after the procedure, my son dah boleh minum. Di UMSC dia nak minum air kosong guna straw and cup. On the way back to home, dia requested milkaaa (milk). Nyonyot la botol sambil sandar kat mummy dia kan. Cuaca sangat panas, maka muncul kerisauan di dalam hati mummy. Tetiba mummy dengan bunyi dari perut Azizi, confirm lapar. 


Sampai rumah, dia terus berehat dalam bilik. Pastu dia cakap dia nak rice (nasi). Terus Daddy uruskan bihun sup yang dibeli untuk Azizi makan. Jgn tak tahu, makan bihun dgn sup penuh selera. Siap plak kunyah ayam mcm biasa. Tak sakit kah??? Kalau sakit sure menangis.... Alhamdulillah, nikmat awak Allah tak tarik walau sedikit. 

Lepas lunch, geng Kuantan beransur pulang. Atuk and Nenek Semenyih plak sampai, ambil turn nak jaga Azizi. Daddy pergi work pula petang tu while Mummy and Azizi tidur.

Cuma satu kejadian yang Mummy nak tergelak. Daddy boleh mengidam nak makan popcorn Garrett time anak sakit gigi. Apa daaaa...

Esok harinya (4/10/13), Mummy pergi work macam biasa untuk urusan HR. Daddy plak outstation. Azizi bangun tak menangis, makan minum macam biasa. Tapi bila Mummy balik dari work, terus nak manja. Nenek yang jaga Azizi, mandikan dan ensure makan minum. Mummy terus terang cakap tak percaya kat maid sebab dia hati kering. Takut digosok gusi awak tu nanti. Atok penghibur hati awak, main cak cak... 


Sabtu tu, lepas Mummy balik dari service kereta maka Atok and Nenek balik ke rumah mereka semula. Mummy masak nasi goreng tapi Azizi tak nak. Kita pun lepas tu bersiap ke rumah Nenek, tidur sana pula. Sebab Azizi dok sebut KFC, beli la untuk lunch awak. 


Aktiviti harian selepas itu masih aktif. iPad kegemaran masih kena ulang tayang movie Lion King, Planes, Team Umizoomi, Minnie Mouse, Tayo the Bus.... hahahha penat tgk iPad, tgk channel Disney Astro plak.


Mummy diminta beli tanker untuk Azizi. Sebab kepala dan body tanker permanently attached, Azizi macam boring tak boleh bully Mummy kan... Mlm tu buat drama kata sakit gigi (pada hari ke 4 baru sakit....biar betul???). Skype Daddy dan Azizi requested car, lorry, etc...

Hai la anak, ingat Daddy kerja untuk beli toys je ke? Berlambak kot toys awak!!!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 7, 2013

Bottle dental caries

Azizi,

It's hard for mummy bila you nak kena put on GA. Mummy dah ada experienced, sgt pening dan loya.

Yang mummy sedihkan, mcmana la maid mummy tu buat keje. Daddy bayar dia extra sepanjang 6 bulan mummy kursus. In fact, you and maid duduk di rumah nenek and atok. Apa penat sangat dia sampai kan gigi awak jadi mangsa. Mengantuk sangat dia smp awak tertidur pun dia tak cabut botol dari mulut awak.

Azizi,

1 perkara yang mummy benar-benar terkilan adalah mummy bakal sah perkhidmatan tapi awak hilang 4 batang gigi susu.

Duit mummy boleh cari, awak dalam keadaan sakit tu yang mummy tak sanggup lalui.

Tapi bila sakit awak berulang pada tempat yang sama, mummy rasa sesuatu tak kena. 1 general paed, 2 general dentist dan 2 paed dentist mummy arranged utk awak.

Tapi doctor Sabri Musa berjaya yakin kan daddy utk said YES. Mummy yakin yang awak juga selesa dgn approached doctor Sabri as you gave full cooperation during the appointment on 2/10/13.

Without no doubt, you berpuasa bermula 12am on 3/10/13. Around 6.30am kita dah bertolak ke UM Specialist Centre.

Sampai di sana, daddy yang bawa you masuk dan akan hantar smp ke OT room. Sblm you masuk, mummy dah hugs & kisses you. 

You agak tak selesa sementara menunggu diluar OT room. Lebih kurang 8.40am, Daddy keluar OT room tanpa you. Mummy tabahkan hati. Daddy kata lebih kurang satu jam, maka Daddy ajak Mummy, Nenek and Aki minum pagi kat Cafe UMSC. Mummy makan nasi lemak and teh tarik, tak lalu tapi sumbat jugak.



You menangis bila keluar OT room. Daddy yang mententeramkan you sementara doctor brief Mummy what had he done to you.

Basically, treatment yang telah dilakukan pada you adalah:

  • gigi you 4 batang di bahagian atas depan dicabut, dibuang nanah di gusi dan dimasukkan ubat
  • 1 gigi dibahagian atas kanan belakang about nak jadi dental caries tapi boleh diselamatkan maka doctor tampal
  • 2 gigi belakang atas kiri, 2 gigi belakang atas kanan, 2 gigi belakang bawah kiri dan 2 gigi belakang bawah kanan doctor buat sealant. Lebih kurang macam letak coat/undercoat utk protect gigi daripada rosak sebab gigi ni kesemuanya susah nak gosok dengan betul
Then, doctor explained yang you sedang menangis sebab you baru sedar dan bibir terasa tebal. Mummy yang kalut terus tanya:


Q: Bila boleh mula gosok gigi?
A: Maybe esok (4/10/13), tapi bukan pada bahagian gusi 4 gigi yang telah dicabut.

Q: Makan minum macamana?
A: Jgn panas or sejuk sangat. Mungkin mulakan dengan bubur nasi.

Masuk je kat treatment area, Mummy mabuk. Pening bau ubat dan tgk you muntah ada lendir darah.

Daddy cakap yang doctor beri you ubat tahan sakit dan tidur, untuk bagi you sedikit ketenangan. Darah still meleleh keluar. Bila you tersedar orang tgh lap, you mengamuk.


Lebih kurang setengah jam kemudian, you terjaga. Tapi bercakap dengan fikiran yang lebih waras. You nak tukar baju, minum air, suruh bukak jarum kat tangan tapi semua dengan bantuan nurse. Gamaknya you nampak nurse ada hidung mulut berbanding pakai mask, maka you lebih yakin dia orang bukan alien. Hehheh...just kidding!


Balik rumah, Daddy tapau lunch untuk semua orang. Cecuba tgk kaki orang sakit kat dashboard keter Mummy. Tapi aunty Yati, Ieda and Yana whatsapp Mummy and cakap..."JGN MARAH, DIA TGH SAKIT!!!"

bersambung.....
- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 3, 2013

Not gingivitis

We went here:


This picture was taken yesterday:


And now where we are:


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 23, 2013

Gingivitis (Part 2)

Goshhh..... It happened again!!!! As part of my preparation to visit dentist tomorrow, here is the chronology:

8 September : Daddy smelled unpleasant mouth odor, of course it was from Azizi dowh!!

9 September @ 10 am : Azizi screamed and cried when had his breakfast.
9 September @ 10.30 am : Confirmed to visit paed Kajang @ 2pm.
9 September @ 2.10 pm : Confirmed Gingivitis, given wash mouth and Gingival Gel. Estimated 48 hours to recover.

11 September : fully recovered.

22 September @ 1 pm : slight unpleasant mouth odor. Detected ulcer at the same place.
22 September @ 1.45 pm : Visited medical doctor and given oral gel to reduced gel.
22 September @ 5.00 pm : applied oral gel to azizi's gum.
22 September @ 5.30 pm : confirmed to visit dentist on 23 September @ 6.30 pm


Korang nampak tak bengkak kecil di atas gigi dia yang separuh rosak tu? Hum....2nd time ok bengkak, nampak mudah tapi as mummy aku mmg agak terganggu. Punca adalah botol susu, gonggong sangat sepanjang tidur.


2nd time kena medical doctor bagi oral gel jenis ni, sbb dia takde stok utk ubat seperti sebelumnya. Pastu cakap acuh tak acuh je. Menyampah aku, bukan free jumpa kau pun doctor tapi please la give good advice to your patient. Aku tau kau over pandai, but if you think better to visit dentist then just said it. Your patient nowadays dah open minded if you honestly said it, dah put effort baca segala info dari internet before jumpa kau, so kami masih waras dan takde la sampai nak terbalikkan meja. Yang aku bengang tu, if tak settle in 3 - 4 days baru kamu bawa dia jumpa dentist. Kau gila ke apa, dah sakit baru nak jumpa doctor. Kalau sakit mulut segala ni, takde makna sakit baru jumpa doctor sebab treatment kebiasaannya tidak akan dilakukan ketika sedang dalam keadaan sakit. Tu yang aku terus bawa jumpa dentist keesokkan harinya.

Dentist tu plak sgt mendengar rintihan hati mummy yang kalut. Btw, hensem gak doctor Azam tu. Dan dia advice utk pecahkan ulcer, picit keluarkan nanah dan makan antibiotik. Wah...ngeri gak mendengarnya. Tapi dia beri contoh patient umur 2 tahun selepas treatment seumpanya, alhamdulillah baik. Ok, buat je lah. Mummy berdedikasi, harus aku tukang pegang Azizi maka takde photo bagaimana treatment dilakukan.

1. Apply strawberry candy pada tempat yang ingin dirawat. Korang percaya candy? Siap anak aku kumur sebab manis amat dentist kata la. Owh, Azizi memang bagus bab kumur2 ni, of course mummy yang berdedikasi yang mengajarnya.

2. Then dia sembur ubat kebas. This time dentist kata kumur pun ok sebab pahit.

3. Mummy pegang badan, tangan, kaki sebab azizi baring atas mummy. Nurse pegang kepala. Doctor pecahkan ulcer dan picit keluar nanah. Azizi menangis sikit menahan sakit, semua nurse cakap dia kuat sebab menangis tapi sikit je sebab tahan sakit.

4. Makan ubat antibiotik, tak kisah la nak bancuh dalam syrup pun janji habiskan. Seperkara lagi bila dah tido terus cabut puting botol kerana air liur adalah enzim terbaik melindungi gigi kanak-kanak. Kalau tidur air liur meleleh lagi bagus doctor kata, meaning gigi dia akan diselaputi air liur yang banyak maka kurang risiko sakit gigi.

5. Bye bye dentist, bayar dan balik.

Mummy mmg recommend la doctor Azam ni if you all perlu dapatkan treatment bagi kanak-kanak seusia Azizi. Oiiitt...recommend utk kes gingivitis aja OK!!
Owh...ubat antibiotik tu mmg pahit gila. Harus aku bancuh dengan air yogurt dalam kuantiti sikit, to ensure dose sepatutnya ditelan sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan.

Korang ingat senang nak jadi mummy yang berdedikasi???

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 19, 2013

Gingivitis

Last Tuesday adalah antara hari yang sangat merungsikan hati I sebagai seorang Mummy. Beside I kena g jumpa pakar, helper telefon maklumkan my son menangis sakit gigi. Dalam hati cakap, takde apa kot tapi tetap call my husband. Berani cakap takde apa sbb dia tak demam.

Husband decided untuk jumpa paed dulu instead dentist. Kali ni I tak argue banyak, terus je called Dr Afifah's clinic dan doctor available 9-12 & 2-3.30pm. Then, called husband cakap I ambil dia waktu lunch. Call my helper suruh bersiap sedia by 1.30pm.

Smp clinic tepat pukul 2pm. Beruntung sbb jadi org pertama. Owhh...sekian lama baru tahu berat my son now dah 16kg. Good that he want to give full cooperation during the consultation time. Baik punya buka mulut. Akhirnya doctor sahkan penyakit gingivitis.

Nak makan tapi menangis sbb gusi bengkak dan bernanah. Agaknya berdenyut la tu. Nasib dia pandai berkumur sbb berkumur itu apart of ubat yg bakal didapati.

Nasihat doctor:
1) no glucose during bed time. Azizi gemar minum apple juice, soya utk tidur malam. Not good at all. Better minum susu, kurang sikit risiko sakit gigi

2) gosok gigi terutama lps makan

3) no more ice cream, coklat after mandi petang (yang ni Mummy tambah)

Cuma dentist kata no ubat gigi tapi paed berpendapat lain. Alasan dentist if ubat gigi tak remove properly, akan menyebabkan gigi berbelang atau berbalap. Warna putih gigi tidak sekata gitu. Pada paed janji jgn menyusahkan diri. So pilih la sama ada nak cantik or nak mudah jaga.


2 batang gigi arnab yg sakit, caries gigi. Dalam kes ni, ini lah hasil kerinduan Azizi pada mummy. Dia gonggong botol utk membolehkan dia tidur lena sepanjang mummy kursus 6 bulan. Tambah pula, yang menjaga nak mudah. Tak kisah puting di mulut ke hapa, janji tidur di malam hari.

Dan mummy pun alpa, janji gosok gigi ketika mandi pagi dan petang. Dengan makan coklat, ice cream lps pukul 10 malam...ditambah tak gosok gigi sblm tido...harus kena jangkitan. Sebesar biji saga gusi tu bengkak sampai bibir besar. Kesian kau nak.....nasib mummy and daddy bergegas bawa kau jumpa paed.


Nasib bab berkumur perkara normal dalam hidup my son. Cuma herba, maka agak boring nak kena pujuk dia kumur sikit je...sikit je!!!


Gel ni bagus, cepat je kecut bengkak gusi tu. Dan Azizi cergas seperti biasa kembali.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 13, 2013

S26 PE GOLD

I'm used to be a breast feed mummy to my little boy since he was born. It was a wonderful time to remembered, 2 years my day and night time were about milk, milk, milk....!!!!

Either fresh or expressed breast milk (ebm), he knew that mummy milk is the best for him. He grew up so fast, and after 2 years I planned very well to wean off!!!

He was so depressed, rejected one after another formula milk that available on the supermarket shelves. His daddy also a bit stressed as his son was 100% rejected those formula been introduced to him. Of course, we want him to drink milk as he need it for calcium, vitamins, etc. Till we met Dr. Nur Atiqah at Pantai KL, she gave us S26 PE GOLD sample. This was not been practiced in Pantai KL as the hospital 100% supported breast feeding. The facilities in the hospital are the best evidence, well speak to their effort in supporting breast milk.

But because of the sample, it gave us new hope. Our son positively drank and requested for the formula. It is vanilla flavor and it is so yummy, I had tasted it...creamy and rich of vanilla aroma. Hahhahah.... Great taste buds after all ehhhh....

It cost RM63.99 for 900gm (per tin). For 2 - 3 serving per day, a tin can last about 20 days ++.

Kalau dah blogger tu, blogger la kan...dapat info daripada page wife angkasawan negara yang husband dia akan buat penampilan khas dalam sesi promosi produk Wyeth di Alamanda, 31 Ogos. Harus aku melompat sebab dah memikirkan tawaran yang menarik kepada susu S26PE GOLD.

Lepas selamat tawaf KLCC, terus kami tuju Alamanda. Sampai je, being mummy yang berdedikasi mata I ni pantas tengok harga yang dipamerkan. Walawei....setin berharga RM51.90 dan dengan pantas my husband order 6 tin. Selain beli 6 tin tu, kami dapat la free ambil gambar dgn jurufoto professional 2x dan 2 belon. Oh...satu belon tu aku dah bagi 1 budak sbb dia nak sgt. Azizi bukan happy pun dgn belon tu, cuma tak nak ralat tgk org lain main.


Susu ni difahamkan sesuai untuk usia 1 hingga 10 tahun. Sebenarnya our son tak cerewet bab makanan, kekerapan jumlah meal sehari pun bagus. Hanya kerana ini sahaja formula yang dia berselera nak minum, gagah jugak beli.


Punya la tak sporting, 2x shoot pun tak nak pandang depan. Dah smp bulan kitaorg bertiga sebab beli susu S26 PE GOLD...hahahhahahh

I menceceh berjela pun bukan korang percaya, jom kita interview pengguna tegar susu ni. Lebih gemar dipanggil Azizi, 3 tahun menegaskan susu ini adalah susu yang bagus ekoran selera makan dia yang terlalu memilih. Ada kalanya dia menjamah sayuran namun kebanyakan waktu tidak mahu menelannya.


Sesuai nama susu Picky Eater, mummy saya tidak perlu rungsing lagi keperluan vitamin, kalsium, etc yang penting untuk tumbesaran saya. Secara tak langsung, mummy saya kalau terlajak tidur pun tidak mengapa kerana susu saya sudah pasti yang terbaik dan mengenyangkan.


Apa nak cakap lagi ni? Salah cakap nanti mummy angry pulak. Tapi susu saya ni memang sedap, jgn menyesal bila dah 1x rasa!


Mummy... Mummy... Mummy...dah tak nak kena interview, susah la...kita malas dah!!! jgn majok mummy.


Merajuk pun tak guna, mummy pun mata dah kuyu. Jom tido, esok nak keje.



- Posted using BlogPress from my iPhone