Friday, December 6, 2013

Kota Kinabalu, Sabah - Day 1

Pada 29 November 2013 (Jumaat), rombongan Cik As telah bertolak dari KLIA to KKIA tepat jam 10.40 pagi. Delay dalam 30 minit. Hajat nenek untuk membawa cucu dia berjalan-jalan, yang lain tumpang sekaki je.

Tiket telah diambil seawal bulan 8. Hati sedikit risau sebab cuaca seminggu sebelum itu hujan sahaja di bumi KK. Takpe, kita bawa payung besar demi kesenangan anak kecil.

Azizi tak berhenti explained pasal truck, lorry, aeroplane yang ada. Takpe, cubaan kali pertama ni diharap berjalan dengan lancar. Kurang bernasib baik kerana lupa buat web check in maka seat dalam kapal terbang sangat terkebelakang.


Anyway, sampai KK terus kita serbu Hertz. Kami sewa 1 kereta dan 1 van. Mahal? Percayalah bahawa ada diskaun sekiranya anda membuat reservation. Overall kami puas hati, mudah juga sbb ambil di airport dan pulang semula di airport.


Dari airport KKIA kami teruskan perjalanan ke Grace Point Sembulan. Di sini ada food court, pelbagai pilihan menu. Tempat ini dibawah seliaan Sutera Harbour. So harga milo panas RM2.70 dan harga milo air RM3.50. Namun stall makanan diusahakan oleh orang tempatan di Sabah. 


Tempat Grace Point Sembulan ini juga adalah tarikan pelancong. Di sini terdapat Double Six Monument. Agak kurang bernasib baik ketika ini kerana hujan. Tapi payung besar ada, takpe takpe...hahahhah! Hujan tu rezeki kannn!

Lagi satu, I ni suka juga bertanya orang setempat direction ke mana-mana. Ala ala kuno la kann! Sebenarnya kalau pakai Waze pun dijamin sampai, tapi saja nak tau kot-kot ada jalan lain. Mentally prepared if jem. Satu pelajaran yang I belajar, if orang Sabah cakap...terus sahaja...huhuhuhu...jgn percaya sangat. Sebab dia merujuk kepada terus menggunakan jalan utama. Kau tau ke jalan utama mana satu. Maka, lesson learnt #1 adalah GUNAKAN WAZE.

Kemudian, kami terus check in di Hyatt KK. Azizi sangat gembira di hotel. Habis dia explore serata ceruk bilik tu. Sangat gembira memanjat katil yang tinggi tu.

Malam nyer...malam ke pukul 7? Kat KK pukul 7petang dah macam pukul 9 malam. Gelap pekat. Berbekalkan Waze, kami mencari kedai makan Seafood Gayang. Dengan keadaan jalan di KK yang jem, perjalanan mengambil masa 1 jam.


Atok dah bising...atok ni kurang sporting if lambat dapat makan. Hahahhaha...kami buat dek je. Abe Zul, Kak Zira and Hakam ditugaskan memilih ikan, sotong, udang, kerangan untuk disantap. Malam tu Hakam dah prepare duit, dia tokey belanja makan malam. Dah pesan, in fact dia prepare for the worst senario. Tapi I ni akak yang baik, dia yang pergi settle bil pun terkejut...murah la weiiii!

Kau tahu pun, sini makanan fresh, murah dan lebih sedap sedikit dari KK. Namun sila ambil maklum yang mereka serve alcohol drinks atas permintaan. 


Sekembali ke hotel, semua orang berehat kecuali geng Kak Zira ke Pasar Malam Philippine.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: