Siapa tak nak duit kan...duit pun ada macam-macam jenis. Contohnya duit raya, duit kahwin, duit judi, duit itu, duit ini....
Mm terfikir akan duit ketika memandu pagi tadi. Sedang otak ligat mencongak duit yg perlu dibayar kembali kepada Hakam, pop..pop..pop..macam mana org kaya menilai duit.
Utk kes mcm Mm, duit gaji +- RM3,000. Kalau org jual barang dengan RM30, benar la Mm rasa duit yg dibayar bernilai RM30. Kalau perlu bayar RM300, betul rasa kena byr RM300.
Tapi kalau gaji org kaya RM30,000, adakah mereka rasa seperti Mm rasa. Adakah mereka akan merasa bayaran RM30 tu mcm byr 30sen sahaja? Atau bayar RM300 itu seperti membayar RM30 sahaja nilai nyer?
Bukan apa, Mm pernah menyatakan pada husband, jika gaji dia RM20,000 maka dengan senang hati Mm nak duduk rumah sahaja. Kira nak jadi pengurus rumah, boleh jaga Azizi dan tak perlu pakai pembantu lagi. Kira itu cita-cita Mm. Dulu kecik-kecik tanya pasal cita-cita, Mm nak jadi guru besar. Tak semestinya cita-cita itu akan menjadi reality cuma dengan adanya cita-cita kita akan cuba mengapai bintang yang lebih tinggi.
Azizi suka lagu bintang tau...ala, lagu twinkle little star. Nanti dia akan cakap...hayyy..hayyy sambil tersenggih-senggih. Tu la lagu Mm nyanyi ketika dia dalam perut. Dan dia ada buku besar bertajuk lagu ni. Mm dah mula melabur duit ke arah buku-buku untuk Azizi mula membaca, development of child gitu!! Kelas malam Azizi adalah bersama Dd dia la....
Mm dan husband decide tak mau ajar dia ABC, tak mau minda dia tertutup dengan ABC. Nak minda Azizi kreatif, kalau boleh dia tgk perkataan FISH terus sebut fish. Kami berhajat nak rangsang kedua-dua belah minda dia. Dah macam-macam kami plan utk dia, insya-Allah kami akan membesarkan dia supaya jadi lebih baik daripada apa yang kami punyai.
p/s: I love u, u love me, we are happy family....
No comments:
Post a Comment