Pertama kali baby Azizi demam. Kesian tengok, mata kuyu dan badan tak bermaya. Keadaan Mm dan Dd mestilah kalut, first time anak demam. Kepala baby Azizi sangat panas pukul 3 pagi pada 04 Januari 2011. Sambil menyusukan baby Azizi, kain kecil basah diletakkan di atas kepalanya.
Merengek la baby Azizi sehingga pukul 6.30pagi nak tidur atas peha atau dlm pelukkan Mm. Since suhu badan baby Azizi tak turun ke 36 degree celcius, tak kerja la Mm. Rupanya Dd pun buat keputusan tak kerja.
Tepat pukul 8.30 pagi, Mm call hospital tempat Dr. Afifah bekerja. Alhamdulillah, Dr. Afifah ada bermula pukul 9.30 pagi - 3.30 petang. Pemeriksaan awal Dr. Afifah menunjukkan yang demam baby Azizi bukan kerana jangkitan. Mungkin terkejut dapat suntikan 2nd dose 3 serangkai.
Ubat perlu diambil 2x selang 6 jam. Baby Azizi menangis apabila makan ubat, Mm confuse terus rasa...mmg tak sedap pun ubat Paracetamol perisa oren tu!!! Jalan akhir campur dalam susu. Confuse kejap baby Azizi tapi alhamdulillah dia habiskan jua susu.
Pagi ini, kesihatan dia bertambah baik. Mm dan Dd dapat melangkah keluar pejabat dengan tenang, alhamdulillah. Baru sahaja call pembantu di rumah, Azizi tak demam katanya. Elok-elok sahaja keadaan dia.
p/s: Anak...siapa tak sayang kan!!!
No comments:
Post a Comment