Sunday, October 24, 2010

Susu Ibu

Sesekali terfikir, kenapa aku bersungguh-sungguh nak susukan Azizi? Adakah aku:

a) mengikut trend semasa yang orang semua memang heboh/ kecoh menyusukan bayi masing-masing

b) sememangnya memahami kebaikan susu ibu kepada bayi sehingga 6 bulan, dan diteruskan sehingga 2 tahun

c) terikut-ikut kawan-kawan aku yang semua dok sibuk pump susu time rest kat opis

Hakikatnya cabaran aku lebih kerana Azizi disuspek allergy susu lembu. Dan atas nasihat Dr. Atikah Lee aku terpaksa berpuasa makanan & minuman berprotein susu lembu sehingga Azizi 6 bulan. Itu pun sebelum Dr. Atikah dapat melakukan pengesahan adakah Azizi allergy pada Soya pulak.

Apabila aku kena berpuasa protein susu lembu, faham-faham la tengok Pizza Hut pun sedap, tgk cheese lagi sedap. Milo, Ovaltine semua aku tak boleh minum sebab ada campuran susu di dalamnya. Sabar aje la tapi aku kena kuat semangat atau Azizi yang akan merana sakit perut.

Itu pun, rasa sangat tercabar sebab bekalan hasil pump di peti beku mengikut kata ayah aku sikit. Hum...dah biasa dengan formula so bila aku buat DEK aje, hangin plak atoknya!!

Apa pun, dengan single pumping Medela Swing, aku gagahkan juga mencari 2 kali sesi pump. Dapat la store 10 oz sehari, alhamdulillah.

Tapi, ada suami aku kisah ke berapa jumlah aku pump sehari? Rata-rata suami hari ni lebih suka wife berdikari, walhal cuba la ringan mulut tanya hasil susu yang dihasilkan. Tanya la you ada amik supplement tak utk tingkatkan kualiti susu, etc. Again...suami oh suami...

P/S: Sorry Dr Atikah, saya kadang tu malas nak pump keluar 1 oz before bagi Azizi susu. Hehehheh...muak la anak aku pastu...

No comments: