Kejadian pertama:
Azizi sakit COLIC. Yang aku sebagai ibunya tidak memahami, tiada ilmu sebenarnya. Dia kerap terjaga malam dan meminta susu badan. Sampai sakit badanku dan akhirnya angin aku tiba. Aku marahi si kecil Azizi, dia seakan mengerti sambil merenung aku. Akibat renung itu, aku tersedar. Aku terlalu beremosi, terlalu mementingkan diri dan kira mengantuk aku sahaja. Akhirnya aku insaf dan sehingga sekarang walau sakit badanku, aku gagahi memberi susu kepadanya.
Kejadian kedua:
Aku masih tidak reti mengangkat si kecil Azizi tanpa bantuan orang. Puas ku usaha tapi aku rungsing cara pegang itu salah dan menyakitkan. Semalam aku ditegur suami dan diugut untuk dihantar ke kelas PARENTING kerana cara pegang salah di bahgian kepala Azizi. Hakikatnya tangan kanan aku masih sakit dan lemah, tah apa tukang urut tu pulas aku kurang pasti. Nak disapu minyak rungsing bila pegang si kecil Azizi akan memudaratkan dia.
Kejadian ketiga:
Ketika menyusukan si kecil Azizi, biasa terjadi yang lengan dan pinggang akan lenguh. Dalam aku sibuk mencapai bantal, aku lupa si kecil Azizi yang sedang seronok menyusu. Apabila ku iring badan untuk mencapai barang2, apa lagi tersedak la anak kecil itu sehingga tersekat nyawa. Kasihan dan tergelabah la aku sebagai si ibu. Ku tepuk belakang dengan harapan melegakan dadanya. Tapi kesakitan tersekat cecair ditekak itu pasti sakit ditanggung si kecil Azizi.
Maafkan mummy Azizi. Mummy masih bertatih belajar menguruskan kamu.
No comments:
Post a Comment