Hari ini, Azizi telah diberi BOTOL pada pukul 9.40 pagi dan 11.30 pagi. Kesian kerana pada sesi 11.30 pagi dia telah mencemikkan muka tanda sedih yang amat sangat. Yelah, nampak Mm tapi tak dapat 'gayut' la plak.
Atas dasar kemanusian, nenek telah membenarkan Azizi 'gayut' pada pukul 2.30 petang. Itu pun kerana pada pukul 12.55 tengahari, Azizi terjaga dari lena ayam. Oleh kerana nenek belum sudah masak, terpaksa la Mm pegang. Kesian Mm tengok, sebaik sahaja Mm pegang dia terus disuakan bibir kecil dia ke sisi, ke dada Mm minta susu. Mm buat tak tau, lagi pun belum masa minum OK kerana belum cukup 2 jam. Menjerit la dia tanda minta simpati, atok cuba menenangkan Azizi tetapi GAGAL. Akhirnya Mm kena ambil alih tugas nenek di dapur aka TUKANG MASAK dan nenek sahaja berjaya memujuk Azizi. Itu pun menjerit Azizi ketika tukar pampers, takut kena tinggal kat katil sorang-sorang plak!
Dah dapat gayut, apa lagi Azizi buatkan..dia minum sampai tong perut penuh dan melimpah-limpah. Siap bangun tidur muntah kat bantal nenek. Minum balik pun pukul 5.30 petang. Nenek haru, cucu nangis pukul 4 petang dah minta BOTOL dan dia lupa nak check pampers. Rupanya Azizi dah berak, tu yang nangis sebab geli punggung tu.
Dia nangis balik pukul 7.30 petang dan kali ni dibenarkan gayut, konon-konon Mm dah balik office la...
p/s: Mm kena kuat semangat, jangan kesian cepat sangat....
No comments:
Post a Comment