Friday, October 29, 2010

Pampers Mamy Poko

Boleh dikatakan yang aku & Dd adalah pengguna tegar Mamy Poko. Ramai yang perli kata pakai pampers mahal la, anak pertama je mampu nak pakai pampers ni la, dan mcm2 lagi yang aku pun dah penat nak amik tau.

Kenapa pampers Mamy Poko?

1. Sesuai dengan ukuran Azizi sebab kami ada pengalaman beli cawat pampers tu rendah, bila berak Azizi menangis sebab najis melimpah ke belakang. Azizi ni pandai geli sikit!

2. Banyak pampers tak mampu nak tahan najis besar Azizi setempat. Mungkin popo pocket Mamy Poko membantu Azizi dalam hal pembuangan.

3. Boleh la pakai lama sebab Azizi yang kuat kencing tu selamba pakai 3-4 jam baru tukar lain.

4. Harga yang kami dapat murah.

Di mana kebiasaannya beli Mamy Poko?

Yang ni aku kena bagi credit to Dd, sebab kerajinan dia explore kedai-kedai bayi alhamdulillah jumpa sebuah kedai yang menawarkan harga bagus.

Kedai tu hanya terdapat di Semenyih Sentral. Nama kedai The Little One. Waktu operasi Isnin - Sabtu, 10.30 pagi - 8.00 mlm.

Harga pukul rata, tak kira size apa pun dijual dengan harga RM34.50. Kedai ubat pun masih mahal tau!!

p/s: Setakat ni duit dilaburkan pada pampers aje. Kalau ada maid boleh pikir nak pakai CD kot..

2 comments:

yutt said...

Setuju!!! Mamy poko memang sesuai untuk baby yg cerewet. Dulu kak ros pun pakai pampers lain, tp ahmad fatih kulitnya sangat sensitif, asik naik ruam. So bila pakai mamy poko, tiada lagi masalah ruam. Krim yg dibeli tu pun sampai sekarg ader lagi. Pasal harga kena la pandai cari.. Sepanjang almost 2 yrs kak ros beli ada sekali dua jer terpaksa beli time harga mahal, lain2 seme blh dpt harga yg berpatutan. So, kena la rajin2 cari.

eliyazz said...

betul tu..tiada masalah ruam, pakai lama cket pun OK!!