Sedang kami bersiap-siap, PA kepada Dr. Hamid Arshat menelefon memaklumkan GL ING belum diterima lagi oleh Hospital Pantai Kuala Lumpur. Suamiku dengan tenang berkata dia tak hairan kerana ING telah memaklumkan GL telah dikeluarkan manakala Pantai berkata sebaliknya. Ini bukan kes pertama, dulu dia kat Beijing siap bergaduh sebab aku tak boleh nak keluar hospital gara-gara isu GL.
Masuk wad C4, faham-faham la penuh tapi jangan la bagi aku bilik bawah dari entitlement plak. Sure la aku buat muka, aku ni takut dan tak selesa share bilik hospital dengan orang. Staff nurse datang dan brief banyak hal, semua isu hospital la. Kemudian dalam pukul 1 petang aku plak yang beria-ia tanya takde ubat ke nak paksa "pass motion", dan since doctor tak request aku OK aje la. Tapi nak dijadikan cerita, aku membuang air besar dan kecil tak berhenti-henti sampai la masanya.
Tepat pukul 3 petang, Dr.Joseph datang brief aku pasal epidural. Panjang la ceritanya, kesan dan apa yang aku akan rasa. Aku sengih-sengih tapi siap inform doctor yang aku penakut, darah pun aku tgk boleh pengsan. Dia menenangkan aku.
Tunggu punya tunggu, akhirnya dekat pukul 4 baru aku ditolak ke wad bedah. Benda-benda biasa disoal dan perlu dijawab sebelum kerja-kerja bermula. Yang lawak tu siap tanya ada tak liquid diberi sebelum aku dihantar ke wad bedah. Dengan selamba aku jawab ada, sebanyak 30ml tapi nama ubat tak ingat. Tergelak semua orang kat situ sebab jawapan aku terlebih tepat.
Kemudian aku ditolak ke bilik treatment. Bilik ni aku dicucuk dengan epidural. Sakit wooo....ubat bius dimasukkan ke tulang belakang. Aku agak terganggu emosi setelah aku tidak berupaya menggerakkan kaki sendiri lagi. Benar-benar insaf kerana aku sihat dan tiba-tiba hilang kenikmatan menggerakkan tubuh badan, kacau jiwa.
Bila aku dah stabil, aku ditolak ke bilik bedah. Aku nampak doctor Hamid Arshat dan Dr Joseph. Cepat dan cekap pekerja wad tu semua. Sekjap je screen dipasang diparas dada aku, lampu bedah ditarik ke belakang, alat-alat tu semua tak tunjuk aku pun....tapi mana suami aku. Eh, pasal perut aku ni bagai digerak-gerak tapi doctor masih dikerusinya.
Lega aku tengok suami aku melangkah masuk. Aku sebenarnya memang dah terketar-ketar, diam je la aku sambil suami memegang jari tangan kiri aku. Dimulut aku sebanyak-banyak nyer aku menyebut nama Allah, sebab aku tak tahu apa akan berlaku kemudiannya. Sehinggakan apa yang doctor Hamid cakap dengan suami aku pun aku tak boleh fokus. Aku diam aje. Yang aku tahu tetiba aku rasa ada air pancut dan mengalir ditubuh kiri aku. Air ketuban la. Tak lama lepas tu aku menangis bila mendengar suara tangisan anak aku dan suami aku kata...itu baby kita.
Dan aku masih terus di bilik bedah apabila baby dan daddy telah naik ke atas untuk procedure seterusnya. Sehinggakan bila doctor Hamid menyapa "Alia, semuanya dah selamat." Dan aku tidak terucap kata TERIMA KASIH kerana aku masih di dalam dunia aku.
Cerita anda bagaimana pula?
No comments:
Post a Comment