Wednesday, September 30, 2009

Traffic jam

Traffic jam dah hampir ke semua jalan KL lepas semua orang balik dari bercuti panjang di kampung sempena sambutan Hari Raya. Liputan surat khabar semalam menunjukkan kesesakan teruk hampir di semua tol-tol utama dan jalan persekutuan sekitar KL.

Apa yang menghairankan kenapa la tiada pihak penguatkuasa untuk mengawal keadaan? Aku bukan nak tunjuk pandai tapi hairan kerana:

1) bilangan penguatkuasa mencukupi untuk turun padang membantu rakyat
2) waktu perlu mengawal traffic hanya pagi (7.00 pagi - 9.00 pagi) dan petang (4.30 petang - 6.30 petang)
3) 5 hari seminggu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)
4) pihak penguatkuasa lebih arif cara/ kaedah untuk mengawal arus kenderaan di sekitar KL

Yang aku geram, tiap-tiap pagi, tak kira la dari jenama kereta mercedes, volvo, satria, kancil, kenari, honda, toyota, etc menggunakan "bahu kiri" jalan (a.k.a. laluan kecemasan)! Bodoh tahap gaban...menyusahkan semua orang dan ni jenis manusia yang tak sabar, pentingkan diri! Yang paling kesian adalah motor sebab nak kena ikut rentak mereka-mereka yang kurang asam nih.

Cadangan aku mudah, pihak penguatkuasa SAMAN aje pemandu yang kurang asam ni! Kalau nak cepat, sila la keluar rumah lebih awal!! Salah ke keluar awal dan sampai awal kat opis? Ke memang nak sampai opis cukup-cukup masa untuk punch card aje? Walhal, kalau sampai awal anda boleh breakfast dan baca surat khabar dan mula bekerja tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak majikan anda.

Renung-renungkan bersama demi keselamatan kita semua.

Friday, September 25, 2009

Kisah Hari Raya 2009

Hari Raya Pertama, 1 Syawal (Ahad)

1st time celebrate @ Semenyih. Macam2 hidangan yang disajikan, nasi tomato, acar buah, acar timun+nenas, biskut raya, kerepek raya, kek raya, rendang, nasi impit, sambal goreng Jawa (Ayah's secret recepie), kari ayam. Sesi bagi duit raya pada Nain, Fadhli and Afiq, as usual sure lead by Nain coz yang lain follow aje!

Mula2 raya @ rumah Mak Ngah. Dekat je...selang 6 rumah dari rumah mak aku! Beraya dengan mak Ngah, pak Ngah, Khairul, kak Aziah, Maisarah, Iskandar, Bunyamin, Nadiah, Azli, Adam, Hannah, Hani, Nur Khalidah. Since mak Ngah still blum siap masak nasi beriani kami pun decide gi umah nenek dulu kat Melawati. Cuma sempat makan kek coklat tapi sebenarnya coklat chip resipi istimewa mak Ngah Cik Nur tak bakar2 lagi. Kempunan aku & Hakam!!

Sampai umah nenek, jumpa uncle subhan, uncle Ghauth, aunty Norlia, Sakina, Imat, 2 representative Iran @ Malaysia, Mr Sia. Nenek sihat, dia dah ada bibik baru. Nenek kata dia tak buat kuih, kuih datang. Hubby aku bantai buat lawak, oklah tu nenek sebab alia kuih tunjuk, nenek kuih datang!

Kemudian kami beraya di rumah uncle Han. Meriah sungguh dengan kuih raya penuh satu meja, mee/ meehoon kari, nasi impit, kari ayam, kek lapis hijau, kuih kapit, etc. Berjumpa dengan aunty Zaiton, cik Pah, Nadia dan Rafiq so macam2 cerita kami bualkan.

Malam tu, kami makan nasi beriani di rumah mak Ngah. Difahamkan pengasas jamu Mak Dara beraya di rumahnya.


Hari Raya Kedua, 2 Syawal (Isnin)

Hubby decided balik lambat sikit coz his family menghadiri tahlil kubur @ Temerloh. Suddenly Abg Din called, dah lama tak dengar suaranya. Kami pun tunggu dia datang raya kat umah Semenyih. Bini dia tunggu hari aje nak bersalin, so sentiasa membawa barang bayi ke sana sini dan tak balik beraya samada di Johor atau Pahang. Mak masak simple but nice food, nasi putih, ikan masak kari, ikan goreng, sayur, ayam masak pedas. Kami sampai di Kuantan pukul 6. Hubby kemaruk nak makan plak, so makan lah kami rendang dan lemang buatan ayah mertua aku. Malamnya makan KFC, again dibelanja oleh ayah mertua ku...sebelum tu siap gi rumah Angah tumpang washroom, :>

Hari Raya Ketiga, 3 Syawal (Selasa)

Lepak rumah aje! Pagi sarapan nasi lemak dan sambal sotong. Kemudian, tolong-tolong ibu mertua ku masak laksa Johor.

Hari Raya Keempat, 4 Syawal (Rabu)

Lepak rumah lagi! Tolong-tolong mana patut kat rumah, today ibu mertuaku masak soto plak! Rasanya Ijat (anak yang diasuh oleh ibu mertuaku dan agak close dengan hubby aku) datang. Aku dah lupa la...tapi mak mertua ku masak asam pedas kesukaan Ijat! Malamnya, kami beramai-ramai ambil picture kat bandar Kuantan!! Balik dari ambil picture, bantai elektrik plak takde tapi alhamdulillah kawasan rumah kami ada elektrik. Tengah syok dok layan TV2 dengan hubby, tetiba ada orang call nak raya. Tgk jam kat dinding dah pukul 11 mlm lebih. Dalam hati aku pun berkata, biar betul orang ni dah dekat tengah malam dan dia tak pikir ke orang lain nak berehat jugak untuk settlekan keje lain keesokkan harinya. Kemudian hubby terdengar orang yang bertandang ke rumah kami itu memberi alasan rumah dia takde elektrik, panas dok dalam rumah so dia jalan-jalan raya la!! Apa la punya manusia, tak pikir ke orang ada anak kecik nak tido ke, tuan rumah dah tido ke....bawak2 la pikir tambahan lagi bunyi di malam hari lagi jelas...senang kata suara makcik tu agak kuat sedikit, kalau orang ada anak kecil sure terjaga! Maaf, aku bukan suka mengomen orang tapi aku senantiasa meningatkan diri jangan suka menyusahkan orang sebab aku tak suka orang susahkan aku juga, walaupun dia adalah adik aku sendiri!

Hari Raya Kelima, 5 Syawal (Khamis)

Lepak rumah lagi dan lagi! Sarapan kami sekeluarga makan di kedai mamak Alif. Mak mertua ku masak plak mee kari. Aku pack barang-barang, kemas serba sedikit rumah, dah letih mengelat nak tolong mak mertua aku!! Sori mak.

Hari Raya Keenam, 6 Syawal (Jumaat)

Masuk keje dah!! Jalan raya tak jem, sarapan pagi dengan member-member opis di Mid Valley!

Hari Raya Ketujuh, 7 Syawal (Sabtu)

Open house Raya @ Semenyih dan merangkap birthday party (khas untuk Fadli, sbb tu decoration belon banyak). Fadli banyak dapat hadiah, uncle su bagi LEGO, aku bagi beg sekolah Thomas & Friends, uncle2 yang lian banyak bagi kereta mainan. Aku pun dapat hadiah dari minuman kesihatan, Nescafe Latte, coklat, mangkuk, gelang crystal, jam tangan & tudung. Banyak makanan yang disediakan, dibawa oleh makcik dan pakcik aku termasuk cousin aku. Detail artworks yang diusahakan oleh kami dan pictures ada di blog http://www.gearberolengoleng.blogspot.com/

Hari Raya Kelapan, 8 Syawal (Ahad)

Semua yang pulang beraya siap sedia untuk pulang ke sarang masing-masing menyudahkan tugasan sebagai pelajar/ pekerja/ warga emas/ etc.

Salam Hari Raya semua. ;>

Friday, September 18, 2009

My dear blog readers,






Salam Aidil Fitri buat semua umat Islam yang menyambut Aidil Fitri, mohon ampun maaf andai ada terguris hati dan perasaan anda. Semoga kemesraan kita berpanjangan dan disulami keikhlasan dalam persahabatan.


Eliyazz @ copywrite

Tuesday, September 15, 2009

Apa punya hal da...

Mungkin aku perlu perhatikan diriku dahulu sebelum aku boleh meng'komen' diri orang lain...tapi kali ni aku sememangnya tak boleh nak tahan...perkataan yang lafaz dari mulutnya berbisa dan aku kurang pasti apa niat sebenarnya dia berkata begitu...Aku hairan akan persoalan yang keluar dari mulutnya...

Setelah aku bertanya orang sekeliling, rupanya dia kurang disenangi orang lain jua...kenapa yea??? Hum...hairan...aku harap kalau dia baca sila BERUBAH! Bawak-bawak la pikir positive cket...

Adakah salah menjadi orang yang OUT SPOKEN? Dan salah ke menjadi orang yang TOO OUT SPOKEN? Memang tak salah kalau TOO OUT SPOKEN untuk membawa kebaikan kepada semua orang sekeliling. Dan ianya confirm salah bila TOO OUT SPOKEN bila hanya membawa kepentingan untuk diri sendiri dan segelintir orang disekeliling sahaja.

Jalan penyelesaian...aku malas nak cakap-cakap lagi dengan dia...tah-tah aku yang tambah dosa, lagi-lagi sakit hati aku, last-last aku gak yang tension dengan orang spesis macam dia!

Mungkin betul yang first impression tu penting...yea..aku akui ianya sekarang tapi kot yea pun jangan extream smp ingat seumur hidup begitu aje...yea dak???? Kita harus memberi peluang kepada kawan kita jika benar dia hendak berubah....AMIN. (statement ni bukan refer to aku yea)

Friday, September 11, 2009

Minggu terakhir di bulan Ramadhan

Penat aku gelak dengan geng partition perempuan...banyak hal dibincangkan! Aku ngam dengan depa ni semua...maklum la, kami di sini minoriti.

Benarnya seronok nak raya tapi tak boleh gitu kan...banyak lagi peluang yang tidak direbut oleh kita dalam bulan ramadhan ni. Dan, dalam nak memenuhi buka puasa beramai-ramai..aku agak teruja...penuh dah minggu depan dgn planning nak buka posa beramai-ramai...

Isnin = opis hubby
Selasa = opis aku lak..geng mesyuarat partition
Rabu = opis hubby
Khamis = kosong lagi...
Jumaat = ramai buka atas jalan coz nak balik kampung! Aku? Raya KL dulu la...

Wednesday, September 9, 2009

Milik Siapakah Gadis Ini by Sudirman

Best plak lagu ni time aku layan kat tempat Elly nih...benornya semua dok sibuk google lagu raya, aku plak sibuk layanzz lagu Sudirman yang aku rasa2 beshhh...huhuhuh...aku takde PC pun boleh pinjam org lain punya utk update blog...kuikuikuikui...

milik siapakah gadis ini
wajah lembut bagaikan sutera
ingin hatinya kumiliki
apakan terdaya
adakah kan terdaya


milik siapakah hati ini
bagai berkurun lama kesepian
ingin aku mencurahkan kasih
kepada yang sudi
adakah ia sudi


lama telah kuimpikan
gadis sepertinya
mengisi taman hati
dengan cahya kasih


lama telah kuimpikan
gadis sepertinya
mengisi taman hati
dengan cahya kasih suci...


siapakah gadis yang kuidam...

Friday, September 4, 2009

Penghayatan di bulan Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah, sudah 13 hari aku berjaya menyempurnakan puasa dengan baik dan sentiasa berusaha untuk pastikan ibadah ini lebih sempurna daripada sebelumnya.

Kali pertama aku berpeluang berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran office hubby adalah pada 03 September 2009. Mulanya aku kaget kerana tiada pengalaman tapi alangkah terkejutnya aku, anak-anak itu lebih bersifat pemalu, menundukkan muka ke lantai dan senantiasa menyembunyikan wajah dibalik tudungnya.

Selepas beramah mesra, aku mengenali adik disebelah aku dengan panggilan Ibah. Dia berasal dari Pahang, tapi tidak mengetahui kampung halamannya di mana dengan lebih tepat. Lahir pada 8 September 2001, dalam darjah 2. Dia bercita-cita untuk mejadi cikgu.

Sumbangan pihak office hubby kepada anak-anak kecil ni adalah duit raya, beg sekolah dan kepada rumah itu sendiri adalah duit bagi pengurusan makan, minum dan sebagainya.

Makanan yang dihidangkan enak-enak, dari kuih-muih, nasi, lauk-pauk, air sejuk dan panas. Ibah mengatakan dia suka sate dan kek coklat, lauk yang dihidangkan juga sedap. Air laici ni pun sedap kak.

Keseluruhannya majlis ini berjaya kerana selain berbuka bersama-sama untuk mengeratkan hubungan sesama kita, majlis ini juga menyedarkan kita berapa beruntung kita kerana jika kita rasa kita di dalam kesusahan, masih ada orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita.

Sebak aku apabila adik-adik ini bersalam untuk pulang ke asrama. Selain bersalaman, hubby sempat menghulurkan duit raya kepada adik berdua yang duduk di meja kami. Pesanan terakhir, jangan lupa belajar rajin-rajin!