Minggu ni minggu memenatkan, bukan kerana berlari tapi kerana audit daripada pihak SIRIm QAS. Mcm biasa, harapan universiti tinggi tetapi kita tak tahu apa yang akan dinilai dan apa yang akan diminta. Dah minta, bolehkah kita beri fakta berserta bukti yang jelas??? Penat..penat..
Hari pertama, semua berjalan lancar. Unit kami dapat memberi penjelasan, bukti yang diminta, komitmen staff yang bertanggungjawab boleh dipuji. Alhamdulillah...
Hari kedua adalah audit di Melaka. Aku agak terkejut kerana sambutan staff agak dingin, kurang bersedia dan seperti tak ISO. Mungkin mereka COOL, tapi betul ke? Reaksi masing2 membuatkan aku terpikir....... Alhamdulillah berjalan lancar walau ada kekurangan di mata aku.
Esok hari ketiga, opis aku yang akan diaudit. Aku doakan yang terbaik, staff memberikan kerjasama, semua yang diminta insya-allah akan dipermudahkan dengan izin Allah. Amin. Sebelah petangnya, adalah majlis penutup....aku harapkan tiada isu besar yang dikemukan oleh pihak auditor.
1 comment:
Amin...good luck sayang...
Post a Comment