Monday, March 20, 2017

Dekorasi rumah

Dah lama mengimpikan nak beli rumah tapi sampai sekarang belum beli. Alasan klasik ialah duit gaji bulanan tak cukup. Tapi bila senarai semula apa yang dibeli, selain makanan haruslah kategori pakaian, yuran kelas, hutang-hutang sebab nak up to date...sadis ok! 

So sepanjang berangan-angan tu, bila scroll up and down FB ke, IG ke, Blog ke...kutip la semua ilmu berkaitan rumah. Gambar bawah ni bagus untuk buyer rumah ambil tahu bila nampak crack.


Selain daripada itu, sebagai pencinta PINK, mestilah mengimpikan satu ruang di rumah tu nanti ada sentuhan magis perempuan. Rasanya tak salah kalau dapur kita bagi sentuhan warna pink & grey, modern nampak di mata ni dan combination colour memang ummmph! Kemasan rose gold menambah dramatik. 
Kalau lepas ni ikea jual periuk kemasan rose gold boleh beli 😂



Untuk ruang tamu, rasanya diri ini suka bermain dengan cermin, lampu chandelier, konsep modern minimalist. Memang kurang berkenan dengan hiasan kecil-kecil seperti candle dalam dulang, sepasu bunga besar....nak maintain bebas habuk sukar! Owh..lepas tu laminate timber floor...rumah perlu bebas bulu-bulu karpet demi kesihatan sinus.

Contoh macam meja segitiga diapit 2 kerusi merah gaya modern. Ya...saya suka tengak meja segitiga tu sahaja.


Rumah yang kita beli daripada developer sekarang mmg konsepnya ruang tamu dan ruang makan bersekali. Kalau korang perasan, normally designer akan wujudkan pembahagi secara ilusi melalui susun atur perabot atau walls atau hiasan.

By the way, gambar bawah ni dia ada sticker dinding untuk RULES OF HOUSE. Yea...itu sahaja yang saya suka. Boleh la nak tulis OBEY TO MUMMY, NO HANDPHONES ON DINING TABLE, SHARE WITH YOUR BIG BROTHER, etc.... 


Tengak gambar bawah ni terus teringat rumah arwah atok yang sedang dalam proses renovation di kampung. Dah pesan kat keluarga makcik, kalau ada panel pintu atau tingkap nak dibuang, bagi kat saya. Rupanya boleh buat headboard atau kepala katil. Sunggah klasik dan bersahaja.


Last but not least, cantik plak ropol tingkap ni gaya tutu. Maybe boleh buat langsir gaya tutu untuk ruang bilik tidur utama. Tak semestinya PINK, dominant pink kat semua ruang nanti boring plak. Bilik tidur boleh warna blue atau green, senang nak tido lena.


No comments: