Mummy pernah sharing bahasa Azizi sebelum ni (klik sini utk baca), now nak review tahap penguasaan dia selepas cubaan pertukaran bahasa.
Secara zahirnya nampak dia confuse, dah kenapa perempuan ni cakap begini tapi sedikit ketegasan dan usaha mampu memberikan hasil. Semua TV hanya yang berbahasa melayu sahaja. Bila beri arahan, cerita, main bersama pun bahasa Melayu. Dalam masa 2 minggu dia mampu memahami dengan baik.
Tapi untuk pengetahuan korang, ketika Azizi pelik dgn sikap Mummy dia yang berbahasa Melayu, dia telah menolak masuk Mummy dlm bilik stor, siap tutup pintu lagi. Pastu cemas panggil MUMMY MUMMY...lawak plak ketika tu?
Kemudian dia mula cakap nakkk nakkk nakkk...ha ok la tu..
Kemudian terjadi la bahasa rojak iaitu nak MILK...kau nampak anak melayu celup di sini kan!!! It's your turn Mummy to respond accordingly kepada masalah ini. Ok...cecuba kau kembangkan minda tu, kalau kuncup makan kismis sikit. Ohhh ok, betul Azizi nak MILK? Azizi nak minum air oren? Nak minum air sirap? Nak minum susu? Sambil ucap tu muka kena ceria, bukan ganas macam nak telan dia yea.
Bila mandi, anak kecil mmg suka main buih kan...time ni la korang kena rajin cipta peluan kembangkan bahasa dia. Ehhh ehhhh banyak betul buih ni (tendency sebut BUBBLES tinggi hokey). Bestnyer...jom tiup sama-sama. Opsss...dah pecah buih. Tiup lagi kuat-kuat!
Cuba korang buat plak, apa dapatan korang?
No comments:
Post a Comment