Wednesday, June 15, 2011

Akikah Part 2

Alhamdulillah kenduri akikah baby Azizi selamat disempurnakan di Kg Air Tawar, Merlimau, Melaka.

Seekor lembu selamat ditumbangkan sempena majlis ini. Hanya 1 nama dan 1 tujuan. Lembu telah disembelih pada 03 Jun 2011, lebih kurang pukul 8.30 pagi oleh seorang imam di daerah Tiang, Melaka.



Renungan baby Azizi dan lembunya....tiada perkataan pun, mungkin lembu ni pun dah redha nak kena sembelih.

Difahamkan lembu ni mmg dah diasingkan di padang ni sejak sekian lama, mungkin nak beri dia lebih ketenangan.



Ramai budak kampung turun padang sama. Meriah betul kawasan ni. Pulak tu, 2 ekor anak lembu dtg memberi salam terakhir agaknya, menguak-nguak la mereka.




Lembu direbahkan sebelum sembelihan dilakukan. Ni picture terakhir sebelum Mm larikan diri ke dalam kereta.

Disebelah petangnya, aktiviti gotong-royong di rumah nek yang baby Azizi:



















Aktiviti proses daging lembu tadi.

Malamnya, sup tulang la juadahnya.

Kenduri pula diadakan pada 04 Jun 2011.

Ni pictures sekitar persediaan jamuan makan, masak sendiri + guna kayu api:

























Dan ini adalah pakaian rasmi kami bertiga:







Dan majlis cukur rambut/ jambul baby Azizi disempurnakan oleh imam masjid kampung:



Waktu ni mmg masih sporting, mode baguih lagi!!




Dah meragam bila turn nek yang.




Dengan nenek OK!



Gamaknya redha je kot, dah tak larat nak merengek.



Hmmmmm....marah Dd. Ala, cayang anak Mm. Kesian dia...



Dan ni posing dalam kereta on the way balik ke KL pada 05 Jun 2011. Penat dan kepala dah botak no.1.

2 comments:

Nur Hidayah said...

sori alia...xdpt dtg...bestnye buat kenduri akikah kt kg...gotong royong smue...

eliyazz said...

gitu la...lagi gembira tgk warga tua aje yg menolong