Tuesday, May 3, 2011

Musang King aka Kunyit

Kempunan nak makan durian sedap, Dd dah tunaikan dengan makan sebiji durian Musang King. Di mana lagi kalau bukan di Sg. Dua iaitu tepi Highway Pantai Timur.



Sekilo RM28.00. Yang ni beratnya 1.3kg gitu. Aslinya dari Raub, Pahang.


Baby Azizi semangat nak makan juga. Tak bole lagi, nanti doc Atikah marah ok!


Isi tebal, biji kesep....kira berbaloi-baloi makan. Mengikut cerita tuan jual durian ni, kalau baja terlebih bijinya akan membesar. Kalau salah jenis baja, biji jadi hitam. Mahalnya jenis ni sebab susah nak jaga.


Maid aku makan 2-3 ulas, langsung sakit kepala. Org kasi air tak minum pulak, dah sakit kepala yg amat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: