Tuesday, May 31, 2011

Berubah

Kadang tu Mm sgt hairan (belum terkejut badak lagi la...) kenapa kita sebagai manusia sangat cepat berubah. Ibarat kata, masuk kandang lembu terus kita jadi lembu, masuk kandang kambing teruk boleh mengembik macam kambing.

Walau ada pepatah orang veteran suruh kita cepat-cepat adapt suasana sekeliling, Mm tetap berpendirian keadaan sekarang dah tak sesuai lagi. Yelah, rata-rata orang zaman sekarang berpendidikan iaitu paling lekeh pun ada sijil SPM (wooiiii....kena bangang OK, penat belajar 2 tahun baru dapat sijil tu).

Kenapa tidak menggunakan ilmu itu sebagai panduan untuk merencana kehidupan kita sehari-hari. Dan kerana ilmu juga lah Mm sangat prihatin dengan maid kat rumah, paksa dia tgk berita jam 1.30 petang, baca novel, baca newspaper. Jangan jadi katak di bawah tempurung, dan jangan selamanya nak kerja jadi maid...wah-wah, yang bercakap tu macam bagus aje bunyi yea!! Hehehhehe...

Cuma sejak 2 menjak (belum 3 menjak lagi sbb belum nak masuk wad bahagia) ni, kualiti kerja executive seakan makin diragui. Kalau A, fuhhh...takdenya dia nak buat keje jadi A+. So, Mm nak mengata sikit kat sini....executive sekarang ni dah jadi lurus bendul. Dan kadang itu, bila dia buat kerja tah apa-apa, akhirnya beban kerja tu datang kepada orang lain. Dalam kes ni, Mm la...mulalah episod buat kerja tak ikhlas. Tapi pada executive itu....ADA AKU KISAH!

Mode: Sangat bengang

No comments: