Tuesday, May 31, 2011

Berubah

Kadang tu Mm sgt hairan (belum terkejut badak lagi la...) kenapa kita sebagai manusia sangat cepat berubah. Ibarat kata, masuk kandang lembu terus kita jadi lembu, masuk kandang kambing teruk boleh mengembik macam kambing.

Walau ada pepatah orang veteran suruh kita cepat-cepat adapt suasana sekeliling, Mm tetap berpendirian keadaan sekarang dah tak sesuai lagi. Yelah, rata-rata orang zaman sekarang berpendidikan iaitu paling lekeh pun ada sijil SPM (wooiiii....kena bangang OK, penat belajar 2 tahun baru dapat sijil tu).

Kenapa tidak menggunakan ilmu itu sebagai panduan untuk merencana kehidupan kita sehari-hari. Dan kerana ilmu juga lah Mm sangat prihatin dengan maid kat rumah, paksa dia tgk berita jam 1.30 petang, baca novel, baca newspaper. Jangan jadi katak di bawah tempurung, dan jangan selamanya nak kerja jadi maid...wah-wah, yang bercakap tu macam bagus aje bunyi yea!! Hehehhehe...

Cuma sejak 2 menjak (belum 3 menjak lagi sbb belum nak masuk wad bahagia) ni, kualiti kerja executive seakan makin diragui. Kalau A, fuhhh...takdenya dia nak buat keje jadi A+. So, Mm nak mengata sikit kat sini....executive sekarang ni dah jadi lurus bendul. Dan kadang itu, bila dia buat kerja tah apa-apa, akhirnya beban kerja tu datang kepada orang lain. Dalam kes ni, Mm la...mulalah episod buat kerja tak ikhlas. Tapi pada executive itu....ADA AKU KISAH!

Mode: Sangat bengang

Monday, May 30, 2011

Penat Jerih Seorang ......

Edisi khas untuk Encik Mohd Syaifullah bin Mohd Azali. Dan kalau Mm kata lagu nyanyian Shiela Majid bertajuk Lagenda paling sesuai....ada percaya? Semua jawapan itu hanya ada pada seorang baby bernama Muhammad Azizi Syalia bin Mohd Syaifullah.

Dd sanggup keluar rumah seawal 8 pagi untuk mencari blender. Untuk apa? Untuk blend makanan baby Azizi. Dd belum breakfast, belum teguk air pun. Kenapa begitu? Sebab Dd taknak anak dia kelaparan.

Dd sanggup bayar lebih untuk pampers baby Azizi. Kenapa? Sebab taknak baby Azizi mengalami kegatalan di bahagian private part. Taknak baby Azizi menangis tahan kesakitan.

Dd sanggup tak tidur bila balik dari trip Europe. Kenapa? Nak pergi beli aircond sebab baby Azizi mengalami Ekzema yang teruk akibat cuaca sangat panas.

Dd sanggup tidur rapat ke dinding. Kenapa? Nak bagi baby Azizi ruang yang cukup selesa untuk tidur di malam hari.

Dd sanggup bangun awal. Kenapa? Kerana tangan & kaki kecil baby Azizi dah kejut Dd. Ajak bermain, cium-cium, peluk-peluk.

Dd sanggup tinggalkan kerja office. Untuk apa? Untuk teman Mm dan rescue Mm. Bila? Tahun 2010. Kenapa? Mm preggy but selalu ada bleeding smp masuk hospital 2x + bed rest.

Dd sanggup masuk OT room. Kenapa? Mm paksa tengok macamana awak dilahirkan. Kata-kata Dd ini tidak dirakamkan di mana-mana...awak tahu apa dia cakap dekat Mm bila dia dengar tangisan pertama awak? "You...anak kita..anak kita...sambil pegang jari Mm dengan erat".

*******************************************************

Ingat wahai anakku Azizi. Bila dah besar, kamu tidak boleh balas tiap jasa dan kasih sayang seorang Dd terhadap kamu. Walau segunung wang kamu beri pada Dd, Mm sangat pasti kamu tetap tidak dapat membalas jasanya. Dan bila Dd dah tua, kot-kot Dd dah sound trouble, layan aje...jgn nak tinggi-tinggi suara! Kot-kot Dd terkentut kuat, layan aje...kentut tu kan tanda bagus, mcm doctor Afifah pesan...baru perut tak kembung. Kot-kot Dd terpecah pinggan mangkuk bini awak...layan aje, beli lagi pinggan lebih mahal...Royal Dolton (ada betul namanya?) ke, confirm tak pecah dah lepas tu...betul...Mm kenal Dd!!!

Dd banyak perancangan untuk kamu, semestinya Dd cuba sedaya upaya memberi yang terbaik dengan tulang 4 keratnya. Dd dan Mm tidak akan menyekat kreativiti awak, selagi awak berfikir dan bertindak waras.

*****************************************************

Selamat Hari Bapa. Dan hadiah terbaik Mm boleh beri pada Dd sempena anniversary ke 4 adalah seorang anak lelaki bernama Muhammad Azizi Syalia bin Mohd Syaifullah.

p/s: Nak baca apa kami buat sempena anniversary ke 4 sila klik sini .

Friday, May 27, 2011

Quinoa

Katanya boleh membantu tegapkan otot, betul ke?




Campurkan sedikit (1.5 sudu kecil) ketika masak bubur nasi. Kalau letak byk, baby Azizi agak refuse nak makan. Baunya seakan bijan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 26, 2011

Hari ini ...

Mmg sejarah, yakni buat pertama kalinya takde special dinner? Sedih? Letih lebih tepat bila tahu kepayahan kerja yg perlu dilakukan. Agaknya pencen tgk jumlah aje, tu yg smp figure semua tak betul.....

This year dpt ni:




Tapi tak pikir lagi nak kasi apa kat husband tercinta, sorry yea....nanti I fikirkan bila selesai misi kat opis!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 25, 2011

Anniversary

Awal tahun rancang nak cuti pada hari anniversary, namun kekangan masa dan kerja membataskan niat itu.

Apa akan berlaku esok?

Hummmm....

Monday, May 23, 2011

Busy

Balik dan datang balik ke pejabat sebab ada meeting? Rajin? Tak la rajin, jauh sekali nak kejar APC.

Dan bila habis meeting, Dd plak masih di meja makan. Sudahnya terperuk di meja opis, menyudahkan sisa kerja!

Moral of the story, lain kali jadi pemandu lebih baik drp jadi co pilot!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 21, 2011

Tak berapa YES

Aku pun heran dgn Dd, mcmana la dia boleh decide nak pakai Internet YES....apa pun kena ingat, di negara yg kita diami ni kalau baru mmg produk tu sgt tak stabil. Dah la mahal, hampeh....




Camna bole terjerat ni??








Iklan mmg gempak!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 18, 2011

RM90

Kenduri punya pasal, macam nak sambut raya plak kecohnya Mm.

Layannnnzzzz







Walau shoot tah apa-apa, suka hati la mata & tangan Mm dalam Hal ni OK!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 14, 2011

Makan & minum

Lepas drip air, terus lapar....siap mkn sedap lagi.






Choc banana buritto.....sedap!!



Teh dangdut & air alfalfa......

Hum....laksa Johor pic takde, tp Dd kata sedap cuma tak cukup pedas!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 12, 2011

Lampu

Dah tahu hujan, cuba bertindak bijak untuk on lampu kereta. Macam bagus aje korang semua. Driver bus pun sama....tak panjang akal....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 11, 2011

Hunting for ebm

Just a moment ago, Mm pump sambil menyusukan baby Azizi. It's working...more ebm!! And of course baby Azizi a bit confused, big question mark why the position different than usual....but your understanding much appreciated.

Sudah...sudah la tu Mm.

Sekarang dah tak bebas nak bebel kat sini, byk hidden followers especially adik-adik iparku. Nanti korang ngata aku meroyan plak.

Setuju tak Mm buka new blog?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 10, 2011

Ekzema menyerang

Kesian baby Azizi, tidur malam pun sering garu-garu di dalam aircond.



Muka habis merah-merah.


Leher juga...


Badan macam naik ruam.


Syok aircond di petang. Almaklum sekarang cuaca sangat terik. Nak pasang aircond 24jam sehari mau bengkok wallet Dd.


Model cilik Mm & Dd.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 9, 2011

Penambah ebm

Bila orang tanya, speechless @ blur @ tetiba lupa....tapi ini antara yg membantu maintain ebm Mm.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 8, 2011

Happy Birthday Mum

May u always happy, in the best health conditions & murah rezeki.



We love u mum. The cake was sponsored by my little brother, A.Hakam.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Breastpump Parts

Kena tukar setelah 8 bulan dok tarah dia pagi, petang dan malam.




Corong ni dah kuning sangat, siap En. Semut dah terperangkap kat tepi tu lagi....



Sampai dah kotor gila tube ni:



Hasil postmortem:



Moral of story: sila cuci tube segera bila termasuk ebm.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 6, 2011

Majlis Akikah Part I

Lama dah rancang dan akhirnya majlis ini akan berlangsung pada awal Jun.

Senarai jemputan siap, duit lembu dah diserahkan, doorgift dalam peringkat perbincangan, aturcara majlis sudah dirancang moyang baby Azizi, baju Azizi pun mcm dah ada.

Majlis ni special kerana bakal dimasak oleh nenek-nenek saudara baby Azizi. Mm request masak kurma sikit daging tu nanti, kasi manis ada juga.

p/s: Muat lagi ke baju nikah tu?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 5, 2011

Epal hijau

Dah 2x mereka berdua ni berseronok makan epal hijau kat atas tilam. Punya la seronok sampai jadi perkara wajib di petang hari.









Baby Azizi mmg gemar nak join apa sahaja Mm & Dd buat.

Wednesday, May 4, 2011

Bila nenek balik

Baby Azizi rindu dan nak collect souvenir la....



Dapat Teddy bear, biscuit, baju, jeans....



Yang nenek plak shopping barang dapur:




p/s: Raya tahun ni Dd tak payah susah2 pegi shopping raya, baby Azizi dah ada 2-3 pasang baju, made in oversea lagi. Bukan nak rial yea kawan-kawan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 3, 2011

Musang King aka Kunyit

Kempunan nak makan durian sedap, Dd dah tunaikan dengan makan sebiji durian Musang King. Di mana lagi kalau bukan di Sg. Dua iaitu tepi Highway Pantai Timur.



Sekilo RM28.00. Yang ni beratnya 1.3kg gitu. Aslinya dari Raub, Pahang.


Baby Azizi semangat nak makan juga. Tak bole lagi, nanti doc Atikah marah ok!


Isi tebal, biji kesep....kira berbaloi-baloi makan. Mengikut cerita tuan jual durian ni, kalau baja terlebih bijinya akan membesar. Kalau salah jenis baja, biji jadi hitam. Mahalnya jenis ni sebab susah nak jaga.


Maid aku makan 2-3 ulas, langsung sakit kepala. Org kasi air tak minum pulak, dah sakit kepala yg amat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Pump Rosak

Semangat nak tambah stock ebm, tengok syok layan sesi pump kat Kuantan, tetiba je pump tak functioning. Hum...cuba tekan lagi, tak mau gak. Wayar aku kot yang sakit. Tetapi bila dah pakai wayar baru pun, KAPUT!





Macamana ni? Tokei FW sudi membantu. Tapi yang depan mata camna?


Akhirnya pinjam pump adik Dd. TQ Angah.

Monday, May 2, 2011

I'm 8 months old

Happy 8th months old baby Azizi.

Mummy & daddy love you so much!!

Sudah pandai garu kepala, tidur nyenyak dalam posisi mengiring, kemas beg daddy, tunjuk rasa tak suka @ boring @ marah ....



























Dan ini wajah manja baby Azizi apabila bangun tido



















Love u my dear baby Azizi.

- Posted using BlogPress from my iPhone


Sunday, May 1, 2011

Happy Birthday

Happy birthday to you my dear Sis Azira.

Hope every single wish you made come true, insya Allah.

Love you always, don't angry with us anymore.


- Posted using BlogPress from my iPhone