Wednesday, April 27, 2011

Meroyan

Pening Mm bila fikir hal maid, Mm yang bersalah atau maid yang dah buat salah. Ke Mm yang lebih-lebih heart feeling?

Semuanya bermula apabila maid terkantoi dengar Hot FM menerusi 8TV pagi semalam, volume tu agak kuat di telinga Dd. Yang kami sakit hati tu, kalau maid nak telinga dia ROSAK, jangan babitkan telinga baby Azizi.

Dah tu, bila Mm balik petang harinya boleh pulak maid buat muka. Hai...aku baru balik, kau dah pandai buat muka masam. Apa kes? Terus Dd pesan tak payah masak, nak keluar. Mm tanya maid nak ikut ke? Kalau tak nak ikut, masak untuk dia seorang makan sudah. Dan muka masam maid terus sampai ke malam.

Disebabkan Mm bengang sangat dengan sikap dia, di awal paginya Mm terus kemas dapur, masak air, masak bubur nasi, gosok tudung sendiri dan tak kejut dia bangun. Mm tekad kalau dia tak bangun tidur sehingga waktu Mm nak pergi kerja, lantak la maid tu sebab baby Azizi akan dibawa ke office Mm.

Apa...ingat kau tu penting sangat ke? Ingat aku tak boleh handle anak aku sendiri ke? Ingat aku ni tak pandai masak ke? Ingat aku tak boleh gosok baju tudung aku sendiri ke?

Yang penting aku tak hipokrit!!!

No comments: