Hari ini, Mm ambil langkah beri bertanyakan kepada pakar property. Kita perlu dapat pandangan orang luar bagi mengimbangkan keputusan kita. Pelbagai cerita personal, pengalaman & pandangan pakar itu kongsi dengan Mm.
Lokasi, lokasi dan lokasi. Yea...lokasi itu penting. Tapi penting lagi persekitaran positive bagi perkembangan anak-anak Mm. Selain itu, jika Mm ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan keadaan mendesak untuk jual rumah itu, sekurang-kurangnya biarlah urusan jualan itu mudah & berjaya.
Jika terus berangan-angan, bila nak dapat hasilnya. Oleh itu, Mm perlu kuat semangat untuk kumpul duit. Pakar property menyatakan sebaiknya ikut falsafah ini, buat projection 5 tahun dari sekarang berapa pendapatan dan beli rumah dengan harga kemampuan tersebut. Memang sakit untuk 5 tahun itu tetapi awak takkan menyesal.
Adakah Mm harus terus bersikap skeptical?
No comments:
Post a Comment