Berat mata memandang, berat lagi hati Mm.
Apakah kerana Mm sangat sibuk sehingga susu merajuk?
Adakah kerana Mm tension susu jua merajuk?
Adakah tabiat Mm yang bila tak rasa susu nak keluar sangat tak pergi pump menyebabkan susu merajuk?
Adakah kerana resolution Mm hanya 6 bulan hingga susu merajuk?
Dalam keadaan sekarang, Mm lagi tension. Ebm yang ditinggal di rumah hanya 15oz, sedangkan keperluan baby Azizi 20oz. Pengalaman pagi tadi sekitar pukul 5 pagi lagi mengerunkan kerana bila pump hasilnya hanya 3oz. Langsung tak boleh nak lelap mata lagi.
Sampai bila keadaan ini akan berlarutan? Sampai bila hati ini sedih melihat hasilan yang tidak memberangsangkan.
Adakah Mm perlu membeli susu formula sebagai supplement jika ebm tidak mencukupi?
Adakah baby Azizi sering merengek di malam hari tanda susu semakin berkurangan?
Dd, what should I do? Siapa lagi sudi mendengar jeritan Mm ni!!!
p/s: Tekak sakit pulak hari ni...hum..hum..
No comments:
Post a Comment