Thursday, July 23, 2009

Sambungan pengalaman kena bedah...

Khamis, 16 Julai 2009

Hubby start keje balik, muah..muah...bye2..awal pukul 6 dah keluar dia dari umah mak aku. Aku sambung ZZzzZZzz la... celik bijik mata, mkn pagi 2 keping cracker, lap badan (ngeri aku nak mandi kat toilet, benarnya takut plaster tu habis), buka TV and sambung tido.

Routine biasa + makan ikan haruan (hasil tangkapan Abg Zul). Komen aku tentang ikan, ok je coz mak aku msk bubuh halia satu papan kot!!

Jumaat, 17 Julai 2009

1st day pergi toilet untuk pass motion (membuang besar). Ayo...30 mins dok dlm bilik air, semua kes takut itu ini!!

Routine biasa, ZzZzZZzz aje memanjang!

Sabtu, 18 Julai 2009

Alamak geng, dah lupa apa berlaku kat aku hari ni. Today bekalan ubat terakhir untuk aku. Dalam perut dok rasa benda garu-garu, ish...harap semua OK! Hubby busy coz hari ni nak pasang khemah kat rumah NKK. Esok dia nak tunang!

Oh...petang time depa sibuk kemas2 kat umah Mak Ngah, aku dok tgk MU live @ ASTRO.

Ahad, 19 Julai 2009

Pagi-pagi Zizie and tentera nak tgk jahitan aku. Masing-masing buat muka NGERi!! Hampeh betul..habis budak-budak tu ditakutkan...orang nakal doktor potong perut mcm ngah tau!!!

Hari ni aku nak pakai panty coz ramai orang kat umah mak ni. Keluarga tunang NKK bersanggah kat umah mak. Dalam pukul 11 lebih aku pun pakai. Hari ni Pak Busu, Mak Busu, Mak Teh, Pak Teh, Pak Ngah datang jenggah aku before majlis start.

Lepas majlis bermula, akak aku & tentera dia semua balik + hubby pun ikut. Bibik sibuk kemas dapur. Then, kak Aziah and tenteranya plak sampai. Last sekali, bibik Pak Samsul and Danish smp. Semua lega dapat air-cond.

Nak dijadikan cerita, mereka semua lapar dan hanya ada makanan ringan kat umah mak aku. Afiq dah kena marah dengan aku, mengamuk balik smp muntah-muntah kat bibik. Bibik gak yang busuk, kesian. Degil sangat, mana aku tahan bijik mata tengok. Hubby geleng kepala, what to do, aku mmg tak boleh tgk anak tak ikut arahan mak bapak ni!! Jangan marah no...

Pukul 3.15pm Zizie & tenteranya pun gi umah mak ngah. Tadi hubby tolong dah buka balik panty aku. Aku tgk ada kesan biru kat belah kiri. Aku sms hubby, NO ANSWER. Call..la rupanya tinggal handphone. Semua org tak bawah phone, tawakal tepon arif kazenku. Aku nangis la, kenapa naik biru, kelam kabut dia balik. Laki mmg camtu, lupa bini kat umah. Sibuk ambil pic dengan pengantin. Bini ni susah payah tahan sakit kat umah, lupa yea..mentang2 perut kenyang!! Then, dia pun tuam. Mak balik, keluar balik, ayah balik tanya kenapa biru?? Terhimpit ke??

Dah petang, Cik Nadz, Azli, Adam, Hannah Sofea, Maisarah & Cik Nur datang melawat. Kendian datang plak, Cik Nor, Cik Sabariah, Sanam and Arif. Borak-borak..semua muka exhausted!! Sorry guys, aku tak boleh buat apa-apa, disable dengan kerja berat utk 3 bln dari sekarang.

Actually, operation aku sama dengan Hannah Sofea. HS kena 4 tebuk utk major operation kat part ginjal & salurannya. So, kami ni geng baru lepas kena bedah. Cik Nadz aku tgk perut dia sarat sangat dah, tunggu masa meletup!!

Isnin, 20 Julai 2009

Hari ni hubby jaga aku. Mak ada urusan kat Pejabat Tanah @ Melaka. Aku gi jumpa doktor kat depan umah ni. Mana la tau...ubat tahan sakit pun dah habis. Ish...dok corner lipat2, atau jalan main langgar je segala minor lubang jalan membuatkan perut aku sakit. Hubby, drive slowly!!

Doktor kata, ok tapi minta aku tekan2 tepi jahitan...langkah awal kot-kot ada nanah ke so boleh elakkan risiko lagi besar. Biru tu sbb otot dikerah kerja kuat-kuat. Apa awak buat?? Hehheeh...
Borak dengan doktor sebab buat operation, then tanya dia what's different between my case and those yang ceazer? Awak uteres tak kena potong, no hal nak on lepas 30 days. Then, awak kena cepat gak coz cyst tu jahat...so, lambat2 karang kacau balik perancangan awak. Normaly kita mmg nak cepat so cyst bukan penghalang. Ada mcm2 pendapat la utk operation mcm kes you ni.

Nak cucui, plaster you masih ada. Nanti dah takde, kita boleh cucikan. So far, OK!

Selasa, 21 Julai 2009

Same routine.

Rabu, 22 Julai 2009

Hubby mata bengkak. Bukan setakat aspirin, dia allergy jugak Siflax. Tah...aku dulu belajar biologi separuh jalan je kot!!

Mak tadi gi TESCO Semenyih, mcm2 lagi dia beli. Kata nak beli cotton buds je, ni smp seluar, selipar Afiq pun dia beli. Beli lak pengilat kuku nak sapu kat brouch baru dibeli. Mlm mak nak tgk Nur Kasih @ TV3 website. Layan....

Khamis, 23 Julai 2009

Ha...hubby dah smp?? Dia dapat MC, mata sepet betul..kalah mata aku! Terpaksa bangun, gosok gigi and cuci muka. Hubby depan mata, kena cun-cun selalu! Maklum la, dia kata suka aku makeup nipis. Tamparan hebat buat aku yang malas ni.

No comments: