Wednesday, July 29, 2009

Baby Bloom versus Maid Salary

Ini berita (keratan ayat-ayat yang bagus utk difikirkan bersama) aku salin balik dari New Sunday Times, July 26 2009 (front page & page 12, col 5 )

Birth rate three times lower than a generation ago

The birth rate is declining and men are to blame. Experts concede there is a casual link between that and the attitudes of men.

According to the results of a study by UPM, the people continued to think that housework and childcare were solely the mother's responsibility.

"Women work to help men supplement the family income, but men don't help their wives around the house," said the family economics expert.

"If there is a child on the way, the first question that usually springs to a woman's mind is 'who's going to look after my kid?'" said Jariah.

There is a higher proportion of women in universities, but for every four with a tertiary education, one is not in the labour force. They usually stop work after having their first child.

The population demographic patter has evolved to the extent that couples now opt to have an average of just 2.2 babies.

Just a generation ago an average 6.2 children were born per couple, almost triple the current figure, said the National Population and Family Development Board.

We thought latchkey kids was a Western term, but there are such children here too.

What happens when the birth rate falls

Low birth rate, if not arrested today, is going to cause a myriad problems in the years to come.

Go to any country and you'll see that with an increase in education for women, the number of children goes down.

When couples can't have a child ...

Infertility is not a contributor to the steady decline in childbirth rates in the country, says a medical expert.

Dr Surinder, a consultant obstetrician and gynaecologist, says this is a natural progression as men and women are opting to become parents later in life.

Stress, smoking, drugs and excessive alcohol, gynaecological diseases and sexxually trasmitted infections can affect a woman's reproductive organs.

For men, the reasons are stress, smoking and other negative lifestyle habits, wearing tight undergarments and lounging in sauna or hot bath.

And while accessibility to fertility treatment is on the rise, the high cost is an obstacle for many childless couples. Less than 5% of couples in the country have access to assisted reproductive procedures, says Dr Surinder.

Ini pula berita (keratan ayat-ayat yang bagus utk difikirkan bersama) aku salin balik Utusan Malaysia, 27 Julai 2009 (muka 16)

Pembantu rumah: Gaji seragam

Kerajaan akan memperkenalkan surat perjanjian kerja dan struktur upah atau gaji yang seragam kepada pembantu rumah asing yang bekerja di negara ini tidak lama lagi.

Bulan lalu, pihak berkuasa pekerjaan Filipina mengeluarkan kenyataan gaji ditetapkan kepada pembantu rumah negara itu sekurang-kurangnya AS$400 (RM1,400) sebulan.


Sembang-sembang

Dah lama sebenarnya aku nak ulas perkara ini. Ini pandangan peribadi aku, wanita berkerja + berusaha melalui perubatan untuk dapat babies + sambung belajar peringkat sarjana + adik kepada seorang kakak yang bekerja dan mempunyai 3 org heroes.

Pernah tak fikir, nak membesarkan anak di kota sangat mencabar. Dengan harga tadika yang mahal, kalau tak hantar ke tempat yang betul karang kesian tak reti membaca, tak kenal A B C, tak boleh kira, tak kenal 1 2 3, kalau tak pun...sampai hati ke nak tgk anak jauh ketinggalan berbanding anak jiran setempat.

Yang takde anak, berhabis ribu-ribuan untuk mendapatkan anak. Kalau tak nanti dikata plak oleh orang sama ada MANDUL atau TAK TERROR. Hakikatnya orang saja buat-buat tak faham keadaan kesihatan kita.

Itu belum masuk wajib bayar gaji pembantu rumah tiap-tiap bulan. Rasa aku rata-rata gaji bibik dibayar oleh majikan sekarang RM500 sebulan tanpa gagal. Dan kadang aku tak faham apa yang difikirkan oleh pembantu rumah kerana mereka seronok sembang di petang hari (majikan balik berlari masuk rumah), cara hidup yang ????? (kalau sakit misalnya, hanya cara garu duit syiling ke tubuh boleh buang angin, bukan ubat doktor atau minum air halia) dan mereka juga dibeli baju baru, sepatu baru, sabun, sikat, hatta handphone oleh majikan. Tu pun ada yang lari dari rumah majikan, tinggal anak kecil majikan dalam rumah, kes macam ni kena difikirkan jugak? Dan time hari raya, aku yang tua ni pun tak dapat duit raya, tapi pembantu rumah dapat duit raya, bukan sikit yea..melebihi RM100. Baju kurung raya dan selendang sah-sah dah diberi majikan...kesian kalau orang datang pakai baju lama. Hujung minggu tiada paksaan kalau taknak ikut majikan gi jalan-jalan dengan anak-anak.

Atau, kalau takde anak, mungkin ambil servis cuci rumah seminggu sekali. nanti orang ni sapu sampah, buang sawang, cuci toilet, mop lantai kat umah kita. Ni pun kena bayar tau ... kalau buat sendiri patah pinggang dan confirm takde REHAT di hujung minggu. Setuju tak?

Orang sentiasa membayangkan keseronokkan hidup di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan, apatah lagi sebut KL ... hidung senantiasa tinggi, kot kalau kata rumah dia beli kat KLCC nak hidung tinggi au tak heran sangat. Tapi orang tidak MAHU memikirkan kos kehidupan, kesibukan kehidupan, tekanan (mental atau fizikal), pencemaran yang terpaksa ditempuh oleh warga di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan. Hairankan sebab rata-rata orang dari kampung, desa, luar kota, bandar kecil semua fikir orang yang tinggal di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan semuanya BANYAK duit, kaya, canggih, hebat dan sebagainya.

Hakikatnya, gaji kami yang bekerja di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan pun sama jugak dengan orang yang bekerja di tempat-tempat lain. Dengan kos yang lebih berbanding anda, maksud saya kos tol nak pergi keje, kos parking nak pergi kerja, kos breakfast & lunch, kos orang jaga anak, mana la nak mampu bayar gaji pembantu rumah ikut harga kerajaan Filipina. Dan kalau tangga gaji tu terlalu mahal untuk diserap oleh kami, jangan terkejut ramai la wanita di luar sana nanti akan berhenti kerja hujung tahun ni.

Pandangan normal masyrakat terhadap warga di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan seperti di bawah:

Balik-balik cakap, awak takpe la gaji besar boleh beli rumah besar, kita mampu beli rumah ni aje. Boleh tak fikiran tu matang sikit, kalau aku ni berduit, dah lama aku beli tapi kenapa kau yang dah beli dulu? Oh..kau senang la ada pembantu rumah, padan la rumah kau kemas, anak kau sihat sangat. Anak aku mak aku yang jaga. Boleh la kau hantar anak kau gi tadik mahal tu, aku tak mampu, takat tadika biasa tu boleh la.

Kau best boleh jalan-jalan kat shopping complex..... tapi pernah tak fikir kalau kita dah melangkah masuk bangunan tu, kalau duit tak habis minimum RM100 tu tak logik langsung. Yelah makanan, minuman, tax itu ini lagi ... sekali bukak wallet je, terbang duit not RM50. Kalau dah dua kali buka tu terbang lagi RM50. Blum habis lagi, duit tol kat kawasan lembah klang mana ada bawah RM1. Hai..buat-buat lupa plak....duit minyak kereta, duit parking kereta sekali masuk RM3.00 atau tambahan jam berikutnya sekian harga. Harga tersembunyi ada lagi....siapa kata takde... tayar kereta, service kereta, lagi sedih kalau kena langgar!!

Apa yang paling aku nak sangat? Tentunya berehat dengan TENANG di rumah pada hari SABTU dan AHAD. Tapi, sakit hati gak bila ada mulut kata kesian itu, kesian ini, takde orang nak bawak, tak pernah pergi, etc. Habis, aku ni tak payah masuk buku kau untuk dikira ke???

Kesian aku dan diri aku ni ..... itulah hakikat kehidupan wanita di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan!

No comments: