Thursday, July 30, 2009

7 tahun telah berlalu

Hari ini genap 7 tahun arwah atok sebelah mak meninggal. Mak, mak ngah, mak teh dan busu Kiah telah berkongsi untuk membuat kenduri arwah atok di Masjid Sebatu, Merlimau, Melaka.

Kalau ikut cerita mak yang belum lengkap ketika cerita ini ditulis, makanan dimasak oleh pihak masjid. Jadi, busu Kiah telah menghadirkan diri ke masjid pada malam ini, mewakili pihak keluarga yang lain.

Walau arwah telah pergi, banyak kenang peribadi aku dengan beliau. Paling aku tidak boleh lupa adalah ketika mak dan ayah menunaikan haji pada tahun 2001, arwah dan nenek la yang menemani Hakam dan aku di rumah. Aku masih sempat meminta duit dari arwah untuk membelikan aku coklat cadbury size kecil. Sementelah dari kecil pun, kalau pulang ke kampung, tak sah kalau aku dan cousin yang lain tidak menaiki kereta mini atok ke kedai runcit di pekan Merlimau. Senyum lebar apek kedai tu, macam-macam kami beli. Kadang tu, arwah yang simpan semua gula-gula kami dalam kocek sebelum tiba di rumah. Nanti tiba je kat rumah, tentu kena marah.

Aku masih ingat juga, zaman aku sekolah menengah, aku balik kampung telephone kawan aku nama Marha (kami panggil dia Comot) yang tinggal di bandar Melaka. Mungkin agak lama aku berborak sampai kena sound dengan Mak Ngah (padahal panggilan tempatan). Yea aku faham, siapa nak bayar bil. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, ayah telah memberi atok duit untuk tampong kos telephone tersebut. Ynag hairan, atok aku COOL aje.

Aku rindu dan sayang sangat arwah atok. Aku doakan dia ditempatkan di samping orang-orang yang beriman di sisi Allah s.w.t. Al-fatihah...

Wednesday, July 29, 2009

Baby Bloom versus Maid Salary

Ini berita (keratan ayat-ayat yang bagus utk difikirkan bersama) aku salin balik dari New Sunday Times, July 26 2009 (front page & page 12, col 5 )

Birth rate three times lower than a generation ago

The birth rate is declining and men are to blame. Experts concede there is a casual link between that and the attitudes of men.

According to the results of a study by UPM, the people continued to think that housework and childcare were solely the mother's responsibility.

"Women work to help men supplement the family income, but men don't help their wives around the house," said the family economics expert.

"If there is a child on the way, the first question that usually springs to a woman's mind is 'who's going to look after my kid?'" said Jariah.

There is a higher proportion of women in universities, but for every four with a tertiary education, one is not in the labour force. They usually stop work after having their first child.

The population demographic patter has evolved to the extent that couples now opt to have an average of just 2.2 babies.

Just a generation ago an average 6.2 children were born per couple, almost triple the current figure, said the National Population and Family Development Board.

We thought latchkey kids was a Western term, but there are such children here too.

What happens when the birth rate falls

Low birth rate, if not arrested today, is going to cause a myriad problems in the years to come.

Go to any country and you'll see that with an increase in education for women, the number of children goes down.

When couples can't have a child ...

Infertility is not a contributor to the steady decline in childbirth rates in the country, says a medical expert.

Dr Surinder, a consultant obstetrician and gynaecologist, says this is a natural progression as men and women are opting to become parents later in life.

Stress, smoking, drugs and excessive alcohol, gynaecological diseases and sexxually trasmitted infections can affect a woman's reproductive organs.

For men, the reasons are stress, smoking and other negative lifestyle habits, wearing tight undergarments and lounging in sauna or hot bath.

And while accessibility to fertility treatment is on the rise, the high cost is an obstacle for many childless couples. Less than 5% of couples in the country have access to assisted reproductive procedures, says Dr Surinder.

Ini pula berita (keratan ayat-ayat yang bagus utk difikirkan bersama) aku salin balik Utusan Malaysia, 27 Julai 2009 (muka 16)

Pembantu rumah: Gaji seragam

Kerajaan akan memperkenalkan surat perjanjian kerja dan struktur upah atau gaji yang seragam kepada pembantu rumah asing yang bekerja di negara ini tidak lama lagi.

Bulan lalu, pihak berkuasa pekerjaan Filipina mengeluarkan kenyataan gaji ditetapkan kepada pembantu rumah negara itu sekurang-kurangnya AS$400 (RM1,400) sebulan.


Sembang-sembang

Dah lama sebenarnya aku nak ulas perkara ini. Ini pandangan peribadi aku, wanita berkerja + berusaha melalui perubatan untuk dapat babies + sambung belajar peringkat sarjana + adik kepada seorang kakak yang bekerja dan mempunyai 3 org heroes.

Pernah tak fikir, nak membesarkan anak di kota sangat mencabar. Dengan harga tadika yang mahal, kalau tak hantar ke tempat yang betul karang kesian tak reti membaca, tak kenal A B C, tak boleh kira, tak kenal 1 2 3, kalau tak pun...sampai hati ke nak tgk anak jauh ketinggalan berbanding anak jiran setempat.

Yang takde anak, berhabis ribu-ribuan untuk mendapatkan anak. Kalau tak nanti dikata plak oleh orang sama ada MANDUL atau TAK TERROR. Hakikatnya orang saja buat-buat tak faham keadaan kesihatan kita.

Itu belum masuk wajib bayar gaji pembantu rumah tiap-tiap bulan. Rasa aku rata-rata gaji bibik dibayar oleh majikan sekarang RM500 sebulan tanpa gagal. Dan kadang aku tak faham apa yang difikirkan oleh pembantu rumah kerana mereka seronok sembang di petang hari (majikan balik berlari masuk rumah), cara hidup yang ????? (kalau sakit misalnya, hanya cara garu duit syiling ke tubuh boleh buang angin, bukan ubat doktor atau minum air halia) dan mereka juga dibeli baju baru, sepatu baru, sabun, sikat, hatta handphone oleh majikan. Tu pun ada yang lari dari rumah majikan, tinggal anak kecil majikan dalam rumah, kes macam ni kena difikirkan jugak? Dan time hari raya, aku yang tua ni pun tak dapat duit raya, tapi pembantu rumah dapat duit raya, bukan sikit yea..melebihi RM100. Baju kurung raya dan selendang sah-sah dah diberi majikan...kesian kalau orang datang pakai baju lama. Hujung minggu tiada paksaan kalau taknak ikut majikan gi jalan-jalan dengan anak-anak.

Atau, kalau takde anak, mungkin ambil servis cuci rumah seminggu sekali. nanti orang ni sapu sampah, buang sawang, cuci toilet, mop lantai kat umah kita. Ni pun kena bayar tau ... kalau buat sendiri patah pinggang dan confirm takde REHAT di hujung minggu. Setuju tak?

Orang sentiasa membayangkan keseronokkan hidup di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan, apatah lagi sebut KL ... hidung senantiasa tinggi, kot kalau kata rumah dia beli kat KLCC nak hidung tinggi au tak heran sangat. Tapi orang tidak MAHU memikirkan kos kehidupan, kesibukan kehidupan, tekanan (mental atau fizikal), pencemaran yang terpaksa ditempuh oleh warga di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan. Hairankan sebab rata-rata orang dari kampung, desa, luar kota, bandar kecil semua fikir orang yang tinggal di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan semuanya BANYAK duit, kaya, canggih, hebat dan sebagainya.

Hakikatnya, gaji kami yang bekerja di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan pun sama jugak dengan orang yang bekerja di tempat-tempat lain. Dengan kos yang lebih berbanding anda, maksud saya kos tol nak pergi keje, kos parking nak pergi kerja, kos breakfast & lunch, kos orang jaga anak, mana la nak mampu bayar gaji pembantu rumah ikut harga kerajaan Filipina. Dan kalau tangga gaji tu terlalu mahal untuk diserap oleh kami, jangan terkejut ramai la wanita di luar sana nanti akan berhenti kerja hujung tahun ni.

Pandangan normal masyrakat terhadap warga di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan seperti di bawah:

Balik-balik cakap, awak takpe la gaji besar boleh beli rumah besar, kita mampu beli rumah ni aje. Boleh tak fikiran tu matang sikit, kalau aku ni berduit, dah lama aku beli tapi kenapa kau yang dah beli dulu? Oh..kau senang la ada pembantu rumah, padan la rumah kau kemas, anak kau sihat sangat. Anak aku mak aku yang jaga. Boleh la kau hantar anak kau gi tadik mahal tu, aku tak mampu, takat tadika biasa tu boleh la.

Kau best boleh jalan-jalan kat shopping complex..... tapi pernah tak fikir kalau kita dah melangkah masuk bangunan tu, kalau duit tak habis minimum RM100 tu tak logik langsung. Yelah makanan, minuman, tax itu ini lagi ... sekali bukak wallet je, terbang duit not RM50. Kalau dah dua kali buka tu terbang lagi RM50. Blum habis lagi, duit tol kat kawasan lembah klang mana ada bawah RM1. Hai..buat-buat lupa plak....duit minyak kereta, duit parking kereta sekali masuk RM3.00 atau tambahan jam berikutnya sekian harga. Harga tersembunyi ada lagi....siapa kata takde... tayar kereta, service kereta, lagi sedih kalau kena langgar!!

Apa yang paling aku nak sangat? Tentunya berehat dengan TENANG di rumah pada hari SABTU dan AHAD. Tapi, sakit hati gak bila ada mulut kata kesian itu, kesian ini, takde orang nak bawak, tak pernah pergi, etc. Habis, aku ni tak payah masuk buku kau untuk dikira ke???

Kesian aku dan diri aku ni ..... itulah hakikat kehidupan wanita di kota raya/ bandaraya / kota metropolitan!

Monday, July 27, 2009

Beautiful song to my lovely one's

At last, i'm managed to put this video up and shared with others...



This song reminds me of someone i used to love and still love till this minute i'm typing...whew!

Lyric for Eternal Flame - The Bangles

Close your eyes, give me your hand, darling
Do you feel my heart beating, do you understand?
Do you feel the same, am I only dreaming?
Is this burning an eternal flame?

I believe it's meant to be, darling
I watch when you are sleeping, you belong to me
Do you feel the same, am I only dreaming
Or is this burning an eternal flame?

Say my name, sun shines through the rain
A whole life so lonely, and then you come and ease the pain
I don't want to lose this feeling

Say my name, sun shines through the rain
A whole life so lonely, and then you come and ease the pain
I don't want to lose this feeling

Close your eyes and give me your hand
Do you feel my heart beating, do you understand?
Do you feel the same, am I only dreaming
Or is this burning an eternal flame?

Is this burning an eternal flame?

An eternal flame?

Friday, July 24, 2009

Gatal, Digatalkan, Menggatalkan, Tergatal, ...

Aduh....tah apa kena aku...gatal gilos leher smp kulit kepala!!! Bayangkan mata nak terlelap, aku terjerit-jerit gatal... habis hubby kena tukar cadar, bantal, selimut!! Jam menunjukkan pukul 12 tengah mlm... tq hubby, baru i boleh tido.

Bangun pagi, habis mak aku garu kepala dengan shampoo. Hilang kejap gatal-gatal kepala. Pukul 2 mak kasi cream plak, sapu seluruh leher. Muka??? Ish, muka takleh sapu la dik!!

Pukul 4.45 petang, hubby jom gi klinik nak. I tak tahan ler...gatal..

Doctor Klinik Dinamik, Semenyih bagi aku calamine, ubat sebelum mkn, ubat selepas mkn utk mlm sahaja, dan ubat cacing....pasal nak kena mkn doctor??? Mana la tau, lepas buat operation, semua ulat-ulat dalam badan awak dah kena usik. So, dia dah kacau smp awak gatal-gatal. Sabar je la aku terima kenyataan tu!!! Nasib makan sekali aje, 20ml.

Harap sangat mlm ni aku tido dengan aman. Amin.

Thursday, July 23, 2009

Sambungan pengalaman kena bedah...

Khamis, 16 Julai 2009

Hubby start keje balik, muah..muah...bye2..awal pukul 6 dah keluar dia dari umah mak aku. Aku sambung ZZzzZZzz la... celik bijik mata, mkn pagi 2 keping cracker, lap badan (ngeri aku nak mandi kat toilet, benarnya takut plaster tu habis), buka TV and sambung tido.

Routine biasa + makan ikan haruan (hasil tangkapan Abg Zul). Komen aku tentang ikan, ok je coz mak aku msk bubuh halia satu papan kot!!

Jumaat, 17 Julai 2009

1st day pergi toilet untuk pass motion (membuang besar). Ayo...30 mins dok dlm bilik air, semua kes takut itu ini!!

Routine biasa, ZzZzZZzz aje memanjang!

Sabtu, 18 Julai 2009

Alamak geng, dah lupa apa berlaku kat aku hari ni. Today bekalan ubat terakhir untuk aku. Dalam perut dok rasa benda garu-garu, ish...harap semua OK! Hubby busy coz hari ni nak pasang khemah kat rumah NKK. Esok dia nak tunang!

Oh...petang time depa sibuk kemas2 kat umah Mak Ngah, aku dok tgk MU live @ ASTRO.

Ahad, 19 Julai 2009

Pagi-pagi Zizie and tentera nak tgk jahitan aku. Masing-masing buat muka NGERi!! Hampeh betul..habis budak-budak tu ditakutkan...orang nakal doktor potong perut mcm ngah tau!!!

Hari ni aku nak pakai panty coz ramai orang kat umah mak ni. Keluarga tunang NKK bersanggah kat umah mak. Dalam pukul 11 lebih aku pun pakai. Hari ni Pak Busu, Mak Busu, Mak Teh, Pak Teh, Pak Ngah datang jenggah aku before majlis start.

Lepas majlis bermula, akak aku & tentera dia semua balik + hubby pun ikut. Bibik sibuk kemas dapur. Then, kak Aziah and tenteranya plak sampai. Last sekali, bibik Pak Samsul and Danish smp. Semua lega dapat air-cond.

Nak dijadikan cerita, mereka semua lapar dan hanya ada makanan ringan kat umah mak aku. Afiq dah kena marah dengan aku, mengamuk balik smp muntah-muntah kat bibik. Bibik gak yang busuk, kesian. Degil sangat, mana aku tahan bijik mata tengok. Hubby geleng kepala, what to do, aku mmg tak boleh tgk anak tak ikut arahan mak bapak ni!! Jangan marah no...

Pukul 3.15pm Zizie & tenteranya pun gi umah mak ngah. Tadi hubby tolong dah buka balik panty aku. Aku tgk ada kesan biru kat belah kiri. Aku sms hubby, NO ANSWER. Call..la rupanya tinggal handphone. Semua org tak bawah phone, tawakal tepon arif kazenku. Aku nangis la, kenapa naik biru, kelam kabut dia balik. Laki mmg camtu, lupa bini kat umah. Sibuk ambil pic dengan pengantin. Bini ni susah payah tahan sakit kat umah, lupa yea..mentang2 perut kenyang!! Then, dia pun tuam. Mak balik, keluar balik, ayah balik tanya kenapa biru?? Terhimpit ke??

Dah petang, Cik Nadz, Azli, Adam, Hannah Sofea, Maisarah & Cik Nur datang melawat. Kendian datang plak, Cik Nor, Cik Sabariah, Sanam and Arif. Borak-borak..semua muka exhausted!! Sorry guys, aku tak boleh buat apa-apa, disable dengan kerja berat utk 3 bln dari sekarang.

Actually, operation aku sama dengan Hannah Sofea. HS kena 4 tebuk utk major operation kat part ginjal & salurannya. So, kami ni geng baru lepas kena bedah. Cik Nadz aku tgk perut dia sarat sangat dah, tunggu masa meletup!!

Isnin, 20 Julai 2009

Hari ni hubby jaga aku. Mak ada urusan kat Pejabat Tanah @ Melaka. Aku gi jumpa doktor kat depan umah ni. Mana la tau...ubat tahan sakit pun dah habis. Ish...dok corner lipat2, atau jalan main langgar je segala minor lubang jalan membuatkan perut aku sakit. Hubby, drive slowly!!

Doktor kata, ok tapi minta aku tekan2 tepi jahitan...langkah awal kot-kot ada nanah ke so boleh elakkan risiko lagi besar. Biru tu sbb otot dikerah kerja kuat-kuat. Apa awak buat?? Hehheeh...
Borak dengan doktor sebab buat operation, then tanya dia what's different between my case and those yang ceazer? Awak uteres tak kena potong, no hal nak on lepas 30 days. Then, awak kena cepat gak coz cyst tu jahat...so, lambat2 karang kacau balik perancangan awak. Normaly kita mmg nak cepat so cyst bukan penghalang. Ada mcm2 pendapat la utk operation mcm kes you ni.

Nak cucui, plaster you masih ada. Nanti dah takde, kita boleh cucikan. So far, OK!

Selasa, 21 Julai 2009

Same routine.

Rabu, 22 Julai 2009

Hubby mata bengkak. Bukan setakat aspirin, dia allergy jugak Siflax. Tah...aku dulu belajar biologi separuh jalan je kot!!

Mak tadi gi TESCO Semenyih, mcm2 lagi dia beli. Kata nak beli cotton buds je, ni smp seluar, selipar Afiq pun dia beli. Beli lak pengilat kuku nak sapu kat brouch baru dibeli. Mlm mak nak tgk Nur Kasih @ TV3 website. Layan....

Khamis, 23 Julai 2009

Ha...hubby dah smp?? Dia dapat MC, mata sepet betul..kalah mata aku! Terpaksa bangun, gosok gigi and cuci muka. Hubby depan mata, kena cun-cun selalu! Maklum la, dia kata suka aku makeup nipis. Tamparan hebat buat aku yang malas ni.

Monday, July 20, 2009

Pembedahan kedudukan peranakan dan ovaricyst

Ahad, 12 July 2009

Semua org tanya soalan yang sama, pukul berapa nak daftar masuk hospital? Hum..klinik kata sebelum pukul 6, lepas tgk NONA TV3 la...walhal, pukul 4 petang baru aku and hubby kalut nak keluar dari Cyberjaya gara-gara mertua aku nak belajar jalan CYB - BANGSAR. Parent aku steady kata esok la kami datang!!

Daftar je masuk, awal-awal tangan kanan aku kena gari dengan tag. Banyak sticker kecik-kecik atas nama aku gak hospital print out. Pasal? Entah...yang best dia tanya next to kin siapa, aku bantai jawab takde...mana la ada anak...last-last letak nama hubby! HEhehehhe...marah hubby aku! Pastu, ada porter tarik beg aku naik medical wad, D3. Porter, please send this patient to D305. Ready to accept patient now!

Naik atas, masuk bilik...best sebab TV ASTRO dan PANTAI compliment set . Nurse dari negara INDIA masuk tanya aku allergy apa, pernah operation tak, kat mana operation, apa fasiliti yang termasuk peti ais kecik. Apa-apa, minta puan tekan button ini untuk bantuan.

Lepas mertua aku balik, tengah dok sorang-sorang, masuk plak nurse nak ambil sample darah. Lemah lembut tegur aku, siap mintak maaf kena cucuk aku 2x sbb 1st time ambil dapat sikit je. Aku pun sibuk tanya itu, ini dan maklum balas darinya ada pesakit menangis berjam-jam.

Lepas tu, datang plak makanan. Sedap aku melantak ayam kurma, kangkung dan cendawan campur bersama nasi. Kesian hubby tgk aku makan. Tgh goyang-goyang kaki, aku ajak hubby turun gi cari makanan dan setelah siap pakai tudung, Dr Nazri Bhupalan (pakar bius) masuk. Dia soal aku again pasal allergy dan mini operation yang pernah aku buat kat underarm. Dan dengan senang hati dia memaklumkan yang aku orang pertama esok kerana orang itu ada masalah dengan insurance. Dan dia kata kena puasa bermula pukul 12 mlm, akan dihantar milo panas pukul 11 dan esok pagi pukul 6 ada orang akan datang assist aku sepatutnya.

Turun bawah, hubby pesan nasi goreng cina & surprise ada BASKIN ROBINS, 1901 dan STARBUCKS. Syok la hubby dapat minum latte kegemaran. Aku masuk mini mart beli apple juice.

Mandi time... aku dah promise nurse nak cukur all over tummy smp half peha. Bising la hubby aku kata cepta coz nurse dah dtg nak verify ok ke idak. Dalam aku bebel2 mana ada bulu roma kat perut aku...nah..ketuk2 pisau cukur banyak rupanya. Nurse verify kata lulus utk operation esok.

Malam, lepas sembahyang di surau, aku sibuk tgk Mentor musim ke3, sempat lagi aku tujukan lagu ETERNAL FLAME to my beloved hubby. Sibuk la dia access cari lagu tu di internet lepas aku paksa la kan...

Pukul 10 mlm, nurse masuk maklumkan aku kena puasa, aku mintak milo tapi dia kata kena bayar. Bayar pun bayar je la. Dia akan kejut aku pukul 6 pagi untuk masukkan air enema. Sampai je milo bersama bil, tgk harga...mak datok..mahal sungguh..RM23.00.

Pukul 11, aku sembahyang Isyak, solat hajat dan minum milo + cracker 3 keping + 3 biji kurma.

Pastu tido peluk hubby atas katil hospital. Tido malam tak nyenyak...!!

Isnin, 13 Julai 2009

Mak oii...pukul 5.30 pagi dah masuk bilik aku...ayat mulanya..selamat pagi...aku tido dengan hubby kat sebelah. Kami nak masukkan enema dan puan puasa yea untuk hari ni. Aku hangguk kepala dan kata pass urine dulu lah. Ok, nanti saya datang balik.

Puan nanti lepas dah siap semua, pakai baju ni. Sekarang saya masukkan enema, mengiring smp dah tak tahan baru ke toilet yea. Byk gak enema dia masukkan. Dalam 5 minutes, berlari aku ke toilet. Sorry bang, dah tak tahan. Habis semua keluar, mandi, sembahyang subuh.

Sampai la saat sedih...aku dah pakai baju kertas biru, pakai cap kertas biru & dok atas katil, hubby cakap dengan muka sedih sgt..call mak minta maaf salah silap. Call mak aku tak dapat la plak. Call mak hubby, sedih sekejap. Aku text message aje kat mak aku. Pastu mak return call. Mak aku plak yang COOL, aku yang lebih2. Then aku kiss hubby, sarung cincin aku kat jari dia & say sorry. Muka masing2 aku rasa dah lebar. Masuk plak staff nurse, bawak masuk katil, minta aku baring atas katil tersebut. Aku peluk erat hubby dan naik atas katil. You feel nak pass urine tak? Sbb kat bawah sangat sejuk. Aku jwb dah banyak tadi gi toilet. Ok, kita cucuk ubat tapi you jangan turun lagi katil. Ubat ni akan buat you dizzy yea. OK!!

Dah 10 minutes, dia kata kat hubby nak tolak aku ke 1st floor. Hubby pun follow then kami berpisah kat pintu. Aku dok kat satu area yang banyak katil, aku sorang2 je dengan staff nurse. Yelah..jam baru pukul 7.45 am. Aku kena pindah katil lagi terus tolak kat tepi bilik bedah. Aku dengar Dr Hamid at 3rd floor. Then Dr Nazri tolak aku masuk operation theater 1. Fuhhh...mmg sejuk gila. Again aku kena naik plak ke katil sepatutnya. Terketar-ketar aku, cantik...semua peralatan aku tak nampak, equipment macam baru aje. Awal-awal tangan kiri aku Dr Nazri tangkap pasang "valve"...then dengar sia sebut nama nurse "azurah"...teringat boss lama aku dulu...aku cakap-cakap dengan Dr Nazri...aku keje kat mana, nama bos aku...dia pun cakap...nurse, oksigen please. Cekup je kat hidung, takde bau pelik pun...pastu aku bijak sikit...apa kata sedut dalam-dalam...baru 3x sedut...aku dah tak tau apa.

Alia...alia...sakit ke??? Aduh...perit perut aku...Sakit (terlalu lemah la suara waktu tu, bayangkan la yea)...mata aku fokus tgk jam kat dinding 9.25 am...kita bagi injection kat punggung awak yea...sorry kena iringkan awak sekejap, tahan sakit sikit...ok, dah...minah tepi aku ni plak, boleh bantai jerit-jerit sakit...sakit...apa pun aku hilang sekali lagi...sedar sekali lagi, dia tgh bersih kan aku dari apa tah..tangan kanan ni dah mmg amik BP je memanjang...every 5/10 mins...BP too low rupanya after operation. Pasal nurse? Takde apa...aku hilang sekali lagi...Alia..alia...sakit ke? Aku hangguk je...malas dah nak jwb...kita akan tolak awak naik atas yea...hangguk aje...fokus..fokus...jam dekat pukul 11 am.

Nurse tolak...tolak...smp kat tepi katil, cuba you pindah ke katil you sendiri..boleh ke tak? Nak angkat badan pun separuh perut nak tercabut, baru beberapa mm angkat punggung...tak boleh la nurse, sakit sgt. Jalan terakhir, pakai slider. Ok, dah bungkus aku dengan kain, tolak keluar...hilang lagi...sedar-sedar dalam lift...ehhh...hubby la kat hujung kaki...senyum kat hubby, muka dia dah tak leh senyum. Hilang lagi......dengar suara mak aku cakap dia masih tak sedar....dengar semua suara tapi mata tak larat...sakit tangan kena drip water...bang, pukul berapa? Sebelas lebih...hilang lagi....

Bang...i nak kencing la...nurse datang...boleh jalan tak? Kita ke toilet yea...baru bangun aku rasa perit gila perut, jalan mcm kat atas awan..bang..bang...i tak boleh lagi..terus hubby angkat letak atas katil...darah dah masuk tube air...dia kasi bekas tadah...aku pun menyelesaikan apa patut. Kendian check BP for every 30 mins...hilang lagi...

Alia..are you ok? Sakit tak? Sakit...tah apa doctor bising kat nurse...kita bagi you ubat tahan sakit..ok...alamak, betul ke ubat tahan sakit, mcm ubat sembelit la plak...hilang lagi....eh, pakai pad plak...hilang lagi...

Bang...pukul berapa? Asyik la tanya pukul berapa..dengar suara kak Aziah..buang air kecil lagi...hilang lagi...alia, mak balik dulu yea...aku hangguk kepala aje (mata tutup)...angah balik jugak dulu...aku hangguk kepala lagi....hilang lagi...

Lewat petang, dalam pukul 7 mlm baru aku active bercakap. Tu pun malas nak cakap-cakap, sakit tekak coz tak mkn minum lagi...Nurse kendian minta hubby kasi aku minum air kosong sikit-sikit, dalam pukul 8 mlm dia kasi minum milo aje...esok baru boleh makan. Yolah...ape-ape aje!!

Hhehehhe..Nkk & tunang sampai..borak-borak...Zizie, Abg Zul, Nain, Lie, Afiq, Bibik & Ayah smp...Nain beli big bear..kasi kat aku la...borak-borak...mak ngah & pak ngah....borak-borak...makcik, pakcik, sanam, sabariah, hilmiah, pak uda, mak uda, hisham, dila, dina & anak laki sham (tak ingat nama)...semua bye-bye aku pukul 9.45 pm....aku pun tgk mak kasi aku big basket full with fruits and flowers, kak aziah pun bagi aku medium size basket full with fruits.

Sambung tido....ZZzzZZzzZZzz

Selasa, 14 Julai 2009

Tepat pukul 5 pagi, bang..bang...i nak kencing la...cepat...dah tak tahan...kesian kat hubby tido tak selesa tapi misi aku blum complete lagi...tekan button, nurse masuk pujuk aku bangun gi toilet. Aku kata dah cuba semalam tapi tak boleh...dia pujuk kata aku dah baring lama sangat...you boleh bangun...kita cuba bangun yea...aku hangguk...dia tutup tube air...turun kan katil ke tahap rendah & teggakkan badan aku smp posisi duduk...dia kiri & hubby kanan...cuba bangun, you ampu dressing tu yea...aduh...kepala aku...kaki keras...badan lemah...hum...hum...tak boleh...duduk balik aku kat tepi katil...cuba bangun...ehh...saya dah terkencing la....takpe-takpe...mcmana ni??...takpe-takpe, nanti kita bersihkan...ok, rileks badan, jangan keraskan badan, buka mata, dengar apa i cakap...akhirnya aku berjaya bangun, gi toilet, bersih kaki dengan air sejuk (sian nurse, dia tak salah pun berkali-kali minta maaf cuci kaki aku dengan air sejuk). Dia tukarkan baju kertas biru dengan t-shirt & sarong. Terus aku dok atas kerusi, then atas katil. Hubby kata dia lapar...nak keluar gi cari sarapan. Aku kata OK. Dai gi tanya nurse mana Mc'D terdekat...then dia gi beli...dalam 30mins dia balik. Jam baru pukul 7 pagi tapi aku dah mkn bubur. Hubby belanja 3 org nurse coz dia happy aku dah bangun dengan usaha nurse tu. Sorry, aku dah lupa nama nurse yang tolong aku tu!! Pastu dia pun story mcmana berjasanya nurse tu tak berganjak walau aku dah terkencing lama dah tanpa aku sedarinya...tq nurse.

Permulaan yang baik, alhamdulillah. Doktor Hamid datang, aku tgh rancak borak dengan akak aku, Zizie kat phone. Laju aje doktor kata esok dah boleh keluar, jmp dia 3 hari sblm mula bertugas. Tegak aje aku kat atas kerusi, hehehe...

Ehh...bunga la...dari department hubby aku di MJSB...tq banyak-banyak...maklum la depa faham semangat PINK aku..Wan botak datang...borak-borak...pastu cik mah datang...borak-borak...mah datang bawak buah-buahan...tq mah...mah, belajar rajin-rajin smp habis master ko yek... mak& ayah pun datang...mak ngah tepon mak..tanya dah kasi aku mkn blum...makcik pun tanya aku dah makan belum...agaknya kalau tak dapat mkn tu, mau kena marah hospital dengan makcik-makcik aku kot...!!

Petang hari cket, mak teh plak tepon...dia tak dapat datang...takpe...aku pun dah active sedikit berbanding semalam.

Rabu, 15 Julai 2009

Yea..yea...boleh keluar..tapi...Puan boleh keluar kalau nak, kalau tak nak dan nak stay kat sini pun boleh, tapi doktor tak akan datang lawat puan lagi...aku tgh sedap melantak bubur pagi-pagi dia dah tanya mcm2 kat aku...aku bincang-bincang..keluar aje la...dok umah lagi senang mak & ayah aku. Siap hubby terserempak Dr Hamid dan dia yakin jawab aku dah boleh keluar Ngeri aku time budak-budak pelatih nak buka dressing aku. Tapi nasib buka elok-elok..siap suruh hubby ambil pic lagi...hubby settle dengan bahagian bawah, dapat ubat, salinan report lab, gunting tag name tangan...then aku pakai pampers...mula-mula tu kelakar gak...nak kencing tapi mcmana??? Lawak betul...nak cerita terperinci buat kena gelak dengan korang aje..hampeh!!

Tunggu plak Wak and bini dia...dah pukul 12 lebih, siap hospital tanya nak lunch dulu ke?? Ish..tak payah...dah nak balik...borak punya panjang smp tak ingat nak balik masing-masing...

Nurse tolak aku ke bawah...tunggu kat lobby...rupanya ada service tolak barang-barang smp bawah...hospital oh hospital...bye-bye..aku nak balik semenyih....tq semua...good service from all of you guys!! Aku sayang korang semua.