Friday, June 26, 2009

Yun Nam Hair Care

Disebabkan aku mempunyai masalah rambut gugur yang serius, hubby dah beli voucher utk rawatan kepala. Bunyi mcm murah, yealah RM18 utk 2x rawatan....tetapi....

1) Tanya soalan pelik, apa perkerjaan anda sebelum pendaftaran dilakukan.
2) Tiada langsung tanda harga dipaparkan bagi rawatan yang disediakan.
3) Business orientation lebih kurang kedai rambut lain cuma ada scan kulit kepala dan staff pakai baju corporate LooK.

Nak dijadikan kisah, harga yang perlu dibayar utk 5x rawatan kelemumur dan 5x rawatan herba adalah RM3600.00! Padahal, rawatan kelemumur tu hanya shampoo dan sembur ubat 6x tiap kali shampoo kepala!! Utk pakej ni, ibarat 5 minggu aje sbb tiap kali datang dia akan buat rawatan kelemumur dan herba sekali. Dah tu, paksa kita decide waktu itu juga dengan alasan nak order stock barang...perhhh...tiap minggu datang tak kan le condition kepala dan rambut kita sama??? Jangan la ingat orang yang datang tu takde ilmu sains! Dah la tu, BM hancus, BI pun hancus. Walau muka aku mcm cina dan tak boleh cakap cina, aku faham le korang kata apa.

Tambahan, dia minta kita beli set rawatan kepala di rumah berharga RM500++ meliputi:
a) Herba ginseng Shampoo 7
b)Jasmine Herbal Conditioner 2
c) Hair renewal lotion
d) Hair Nutritional Lotion 3
e) Hair Cleansing Lotion
f) Herbal Hair Tonic 3

Moral of story:
Kalau dah terpaksa, harus mencuba rawatan ni. Tetapi jika sedari awal kita dah mengetahui kelemahan rambut, segera mencari rawatan atau petua yang bersesuain supaya tidak banyak RM perlu dilaburkan hanya utk kecantikan kepala. Tapi, aku heran sbb aku cuci muka di DERMALOGICAL pun tak mahal macam ni woooi....

Kalau bos YUN NAM baca, cuba perbaiki mana yang patut. Zaman ekonomi meleset ni, ada ke org nak buat rawatan mahal-mahal????

4 comments:

marza said...

aku seorang student.
aku baru je pergi ptg tadi pd august 9/2009.
aku nak FREE CONSULTATION.
tp aku di trick untuk bayar deposit rm350 untuk FULL TREATMENT.
boleh ke aku dapat balik duit tu semula?
aku belum lagi buat full treatment.

nizaha said...

nak tanya jugak...sekarang macam mana? dah ada improvement ke atau dah dapat solution lain?

Pwincess Yuyu said...

Aq baru jerr dapat call dari Yun Nam Hair Care for Free Treatment . So , how , Pergi or tak ?

eliyazz said...

Jika belum buat apa2 komitment, better jgn terlibat langsung. Bukan apa, bila dah mula mesti diteruskan selama-lamanya. Bila kita dah membayar, of course mereka susah nak beri balik melainkan kita report kepada Tribunal Pengguna, bergantung kepada kes.

Tak banyak improvement pun, mungkin kita tidak berusaha mengenali rambut sendiri. Dalam kes husband saya, rupanya dia ada masalah kulit kepala dan allergy kepada bahan2 tertentu pada shampoo.

Dan sebaiknya berjumpa doctor dahulu untuk mengetahui masalah yang dihadapi. Mungkin bacaaan internet juga boleh membantu sebelum sebarang keputusan dibuat.