Disebabkan aku mempunyai masalah rambut gugur yang serius, hubby dah beli voucher utk rawatan kepala. Bunyi mcm murah, yealah RM18 utk 2x rawatan....tetapi....
1) Tanya soalan pelik, apa perkerjaan anda sebelum pendaftaran dilakukan.
2) Tiada langsung tanda harga dipaparkan bagi rawatan yang disediakan.
3) Business orientation lebih kurang kedai rambut lain cuma ada scan kulit kepala dan staff pakai baju corporate LooK.
Nak dijadikan kisah, harga yang perlu dibayar utk 5x rawatan kelemumur dan 5x rawatan herba adalah RM3600.00! Padahal, rawatan kelemumur tu hanya shampoo dan sembur ubat 6x tiap kali shampoo kepala!! Utk pakej ni, ibarat 5 minggu aje sbb tiap kali datang dia akan buat rawatan kelemumur dan herba sekali. Dah tu, paksa kita decide waktu itu juga dengan alasan nak order stock barang...perhhh...tiap minggu datang tak kan le condition kepala dan rambut kita sama??? Jangan la ingat orang yang datang tu takde ilmu sains! Dah la tu, BM hancus, BI pun hancus. Walau muka aku mcm cina dan tak boleh cakap cina, aku faham le korang kata apa.
Tambahan, dia minta kita beli set rawatan kepala di rumah berharga RM500++ meliputi:
a) Herba ginseng Shampoo 7
b)Jasmine Herbal Conditioner 2
c) Hair renewal lotion
d) Hair Nutritional Lotion 3
e) Hair Cleansing Lotion
f) Herbal Hair Tonic 3
Moral of story:
Kalau dah terpaksa, harus mencuba rawatan ni. Tetapi jika sedari awal kita dah mengetahui kelemahan rambut, segera mencari rawatan atau petua yang bersesuain supaya tidak banyak RM perlu dilaburkan hanya utk kecantikan kepala. Tapi, aku heran sbb aku cuci muka di DERMALOGICAL pun tak mahal macam ni woooi....
Kalau bos YUN NAM baca, cuba perbaiki mana yang patut. Zaman ekonomi meleset ni, ada ke org nak buat rawatan mahal-mahal????
Kisah mummy moden dengan 2 hero kesayangan, membahagikan masa karier, keluarga dan pendidikan
Friday, June 26, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Selamat Pengantin Baru
Aku dengan bangga hati mengucapkan selamat pengantin baru kepada Suriani Binti Che Kar dan pasangannya Rizal Iskandar Bin Ab Aziz yang telah selamat diijabkabulkan pada 06 Jun 2009 di Bachok, Kelantan.
Semoga kalian berdua sentiasa menjaga alam rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna sifatnya dan comel.
Mohon ampun di atas ketidak hadiran kawanmu yang cun ini ke teratak ibumu.
Semoga kalian berdua sentiasa menjaga alam rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna sifatnya dan comel.
Mohon ampun di atas ketidak hadiran kawanmu yang cun ini ke teratak ibumu.
LaYaN....
Cahaya Cinta
Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerna harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku nafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerna harta
Inilah citra cahaya cinta
Ohhh..ohhh...
Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Sayangi daku....
Minggu ni adalah minggu aku feeling sorang-sorang. Nak tau kenapa? Tah yea...fikiran aku kusut, hati aku kurang senang...mungkin aku banyak berfikir pasal berita sensasi Dr Hamid kot...Yea lah, kalau aku....malas la aku nak cerita....hidup, mati, kaya, miskin, senang, susah, sihat, sakit semuanya atas kehendak-Nya...alhamdulillah masih diberi kesempatan menghidup oksigen di bumi ini lagi.
To my beloved hubby:
Kita bertemu dan bercinta
Kita jumpa di lecture hall, UiTM tahun 2003 dan bercinta
Ini bahagia yang ku cari
Saat paling bahagia dalam hidupku pada 26 Mei 2007 tepat pukul 2.30 petang
Janji denganku semai cinta nan satu
Aku tidak lagi meragui kasih, sayang dan cinta mu kepada ku kerana kau telah membuktikannya dengan izin-Nya
Tuhan menguji takkan berhenti
Banyak dugaan terpaksa ditelan dan ditempuhi tetapi kau tetap teguh berdiri di sisi ku
Inilah oh takdirnya
Ya...inilah takdir-Nya dalam menjalani kehidupan berkeluarga

Thursday, June 11, 2009
Doktor kata....
Tergamam aku dan hubby bila doktor nasihatkan aku untuk menjalani pembedahan. Macam-macam aku pikirkan, yang pasti aku risau sakit la..aku kan penakut kalau tak dah lama jadi doktor. Hakikatnya aku terlupa nak tanya risiko dan peluang selepas menjalani pembedahan.
Mak aku negative. Mak mertua aku positive. Aku amalkan 80-20. Husband aku blum kata apa-apa.
Orang yang takde anak, berusaha nak anak. Yang mudah dapat anak, ragamnya lain. Kalau aku sedih, yea..mmg aku sedih. Tapi hidup perlu diteruskan. Aku sanggup hadapi kepayahan demi hubby aku...nak timang anak kan bang!!
Tuesday, June 9, 2009
Azur, Putrajaya Shangri-La
Orang kata candle light dinner, mmg ada candle pun cuma lagi ada lampu biru...hehheheh
Date: 27 May 2009
Set Dinner for Alia = RM118 ------> dapat air orange+carrot letak ais, mana boleh minum!!!
Tenderloin for Syaifullah = RM60.00
Gratin King Prawn for Syaifullah = RM30.00
Blueberry Sponge for Syaifullah = RM20.00
Fresh Brewed Coffee for Syaifullah = RM12.00 -----> kes jealous tgk bini minum tea
Carrot Quencher for Syaifullah = RM15.00
Total = RM293.25
Aku: "Abang nak tau tak apa yang kurang la ni"
Hubby: "Apa?"
Aku: "Nama romantik, muzik takde ke? I nak next year kita cari tempat sambil makan boleh dengar orang main piano!!"
Hubby: "Wah, mana nak cari tu???"
Aku: "Cari la...mesti ada punya!"
Decoration cantik kat hotel ni. Sempat la aku bergaya depan camera hubby berlatar belakangkan PM office di malam hari....hehhehehe...next year jangan lupa yea DARLING...bunga 3 dozen dah wajib kasi!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)