Hati aku tersentuh hari nie dapat forward email satu keluarga yang dlm kesusahan di Hulu Klang. Kebenaran itu pahit, tapi itu lah reality kehidupan warga KL. Bak kata pemandu pelancong aku kat Kuching, KL tak pernah tido. Dalam sibuk warga KL mencari rezeki, masih ada yang hidup susah dan dia adalah rakyat Malaysia sendiri.
Hal ini diakui kakak aku sendiri (dia cikgu sek. ren. melawati 1), sudah 2/ 3 tahun berturut2 time Hari Guru mesti dia terima kuih yang dibungkus rapi dalam kertas tisu. Hati akak aku tersentuh, semestinya hadiah itu sgt bermakna kpd dia. So, bukan harga hadiah jadi pengukur yg penting keikhlasan hati. Yang kureng tu akak aku seringkali tak tahu sape yang beri.
Menurut akak aku lagi, ada kalanya pelajar dia lama tak dtg sek, bila tanya "Tolong bapa, cikgu". Kasihan....
Hari ini kalau aku berada di tempat anak2 itu, aku mesti sedih dan malu kerana kwn2 aku mampu utk mkn mewah, buku lengkap ke sek, bercuti ke oversea, dtg/ balik naik kereta....yang sama hanya sepasang baju sekolah biru putih....kesian anak2 ni sebenarnya...tapi hidup harus diteruskan...suka atau duka harus telan bulat2....
Bagaimana nasib anak2 kita di masa hadapan?? Pandai bawa diri ke? Atau mudah terpengaruh? Pembelajaran dia bagus ke? Jangan mempercayai 100% kerana kelak menangis air mata darah pun fakta hidup tidak boleh dipadam...doa bersama utk kesejahteraan dan kejayaan anak2 kita...
No comments:
Post a Comment