Friday, June 27, 2008

Golongan Yang Susah

Hati aku tersentuh hari nie dapat forward email satu keluarga yang dlm kesusahan di Hulu Klang. Kebenaran itu pahit, tapi itu lah reality kehidupan warga KL. Bak kata pemandu pelancong aku kat Kuching, KL tak pernah tido. Dalam sibuk warga KL mencari rezeki, masih ada yang hidup susah dan dia adalah rakyat Malaysia sendiri.

Hal ini diakui kakak aku sendiri (dia cikgu sek. ren. melawati 1), sudah 2/ 3 tahun berturut2 time Hari Guru mesti dia terima kuih yang dibungkus rapi dalam kertas tisu. Hati akak aku tersentuh, semestinya hadiah itu sgt bermakna kpd dia. So, bukan harga hadiah jadi pengukur yg penting keikhlasan hati. Yang kureng tu akak aku seringkali tak tahu sape yang beri.

Menurut akak aku lagi, ada kalanya pelajar dia lama tak dtg sek, bila tanya "Tolong bapa, cikgu". Kasihan....

Hari ini kalau aku berada di tempat anak2 itu, aku mesti sedih dan malu kerana kwn2 aku mampu utk mkn mewah, buku lengkap ke sek, bercuti ke oversea, dtg/ balik naik kereta....yang sama hanya sepasang baju sekolah biru putih....kesian anak2 ni sebenarnya...tapi hidup harus diteruskan...suka atau duka harus telan bulat2....

Bagaimana nasib anak2 kita di masa hadapan?? Pandai bawa diri ke? Atau mudah terpengaruh? Pembelajaran dia bagus ke? Jangan mempercayai 100% kerana kelak menangis air mata darah pun fakta hidup tidak boleh dipadam...doa bersama utk kesejahteraan dan kejayaan anak2 kita...

Wednesday, June 25, 2008

Pencarian kerja baru

Sedar tak sedar dah dekat tiga tahun aku kerja di sektor IPTS. Kerja apa pun, kalau minat zero kira kita menyusahkan orang. Contohnya kalau datang kerja pastu mengatal, baik jangan kerja sbb korang ni kasi aku buat dosa (kutuk korang la... dalam hati aje!!).
Sebenarnya bukan itu isu yang aku nak citer, aku baru je isi permohonan kerja secara maya untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Sejam gak aku isi, terkial-kial nak isi maklumat, bukak file itu, tutup file ni, tapi akhirnya siap. Aku puji sistem yang dipunyai kementerian sumber manusia kerana boleh detect kepincangan/ kesalahan maklumat yang kita masukkan atau auto recognize post office kawasan aku, negeri mana aku dok.....bagus2...kurangkan kesalahan ketika mengisi.
Kat sini aku nak promote juga kepada mereka yang masih tidak berkerja untuk sama2 mengisi permohonan di sawang spp secepat yang mungkin (betul ke sawang tu merujuk web???, penguasaan bahasa kureng..)

Monday, June 23, 2008

Pemandu Wanita

Gara-gara aku kena memandu sendiri hari ini, aku pun nak komen sikit isu "Pemandu Wanita". Kadang2 aku pelik mcmana wanita boleh memandu kereta yang langsung lampu brek tak menyala??? atau accessories kereta dia tu mcm kereta racing??? Banyak betul duit wanita zaman metropolitan ni yer. Tapi yang aku musykil tu bukan apa....cara pemanduan, justifikasi si pemandu dan keadaan kereta tu tak kena. Contohnya, ada sorang akak ni kereta dia hebat gila (kereta malaysia), rim kereta punya mahal, lampu brek ketiga mati, lampu brek lain digelapkan (sampai aku nak langgar tadi) tapi bawak slow gila kat lorong laju. Bayangkan meter kereta kancil aku 60km/j. Helo...mak aku pun bayar road tax, so pandai la ke tepi sekali kak!! Ingat dia aje nak kena check in???? Aku pun ganaz gak bawak keter tapi aku ni kalau memandu tengok sekeliling jugak, terutama kena perhati motor2, pemandu wanita (takut kena langgar), kalau slow tu pandai la ke tepi, etc. Sayang betul aku kat semua orang............................................

Friday, June 20, 2008

ilmu oh ilmu....

ada patut adik aku hakam gelak kat aku gara2 dia baca rekod book aku...dia gelak sbb cikgu sek. ren. aku nulis strength aku dlm art & psychology...tup2 ambik engineering...aku ni dari kecik bercita2 nak jadi lawyer...hheheh...layak ke ha??? aku rasa sgt layak tapi...pushing factor lagi banyak...hahhahah...dari kecik buka mata nampak buku drawing father aku...dah la tak faham nape gini, nape gitu...pening2....habis matrix aku decide buat mechanical engineering...habis mengaji tak gak jadi engineer...nasib aku la kan...kecewa???? no comment bro coz life must go on...haahhahh....tapi aku bangga coz aku tgh buat master in mechanical engineering....reason aku buat master senang je...aku saja nak habiskan duit mummy monster (aku tipu la kawan, so jgn caya sgt) dan nak penuhi cita2 father aku nak tgk anak buat master (yang ni betul)...tapi nak wat master ni kena byk berkorban masa, tenaga dan wang....ingat yea kwn2 soal wang terakhir...seronok benarnya belajar master ni sbb kita dok dengan geng2 otai...jgn cakap la experience depa ni...pengalaman itu men'dewasa'kan seseorang...mcm bagus...blub2...adik aku announce tak dapat hostel plak...kena pikir nak buat apa ni....

Dengki sebenarnya...

Aku dengki dgn husband sebenarnya...asyik2 blog...balik2 blog...aku cakap sepatah...respond lambat gila...so aku ambil keputusan join dia main blog...nak rasa plak keseronokan main blog...as start...aku mintak dia ajar itu ini...penat la dia set itu ini...tengok...sibuk tanya aku tak letak pic ke??? adoiii...bro...i ni baru nak nulis2...don't expect too much k....